Skip to main content

Posts

Showing posts from April 13, 2023

5 TIPS CEPAT KURUS PALING BERKESAN

Assalamualaikum & Salam sejahter kepada pengunjung blog Aisyah K sekali lagi. Alhamdulillah anda semua sudah berada di 10 malam terakhir bulan Ramadan. Aisyah K sudah dapat turun berat badan sebanyak 2kg, subhanallah berkesan sungguh apa yang saya amalkan sepanjang bulan Ramadan ini.  Bukan sahaja pada bulan Ramadan sahaja saya amalkan, tetapi sebelum & selepas itu pun saya jadikan ia sebagai gaya hidup setiap hari. Bagi tahu awal - awal, ianya tidak mudah akan tetapi bila buat setiap hari dan dapat tengok "result" walaupun kecil, ianya sebagai satu motivasi untuk terus konsisten. Sudah pasti anda mesti tidak mahu termasuk dalam golongan dua orang dewasa di Malaysia yang menghadapi masalah berat badan berlebihan & obesiti. Jangan ditambah bilangan ini dalam rekod terbaru. Ngeri betul. Perlu diingat selalu, nak cepat kurus bukan ambil masa dalam sehari untuk nampak kesan. Memang kena banyak sabar dan terus konsisten berusaha. Cabaran & Halangan Nak Cepat Kurus