Skip to main content

Posts

Showing posts from May 1, 2020

7 Hari Pertama Ibu Mengandung Berpuasa

Hari ini 08 Ramadan 1441H, sudah 7 hari sudah berlalu saya berpuasa penuh dibulan Ramadan bersama si kecil di dalam rahim ku berusia 18 minggu 6 hari. Bagaimana saya boleh berpuasa penuh semasa mengandung untuk tempoh 7 hari pertama ini? Saya kongsikan di sini beberapa panduan agar kekal sihat & bertenaga yang telah saya amalkan. Pertama, Awal - awal kena pasang niat dan tekad dihati nak puasa penuh & memohon doa kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik utk diri saya & anak di dalam kandungan sepanjang bulan Ramadan ini khususnya. Setiap kali lepas solat fardu mesti kena mohon doa ini sambil mengusap perut agar anak dalam kandungan pun boleh dengar juga. Kedua, Nutrisi seimbang semasa sahur & berbuka puasa. Ini adalah elemen yang sangat penting terutama bagi saya yang sedang mengandung. Nutrisi untuk saya & anak di dalam kandungan perlu dijaga dengan baik terutamanya di bulan Ramadan ini. Sahur & berbuka saya akan mulakan dengan minum air ES