Skip to main content

Posts

Showing posts with the label gaya hidup

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Sha...

Lega! Sudah Ada Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi

Apa yang berlaku semasa kita bergerak? Tubuh badan kita semua disokong dengan 206 tulang, more than 230 sendi dan 600 otot. Tulang menyokong berat badan dan memberikan bentuk kepada tubuh badan. Otot pula "contracting and relaxing" bagi memudahkan pergerakan. Sendi, memberikan fleksibiliti bagi membolehkan otot menggerakkan tulang. Dapat dilihat disini, tulang, otot dan sendi saling bekerjasama ketika kita bergerak & melakukan apa jua aktiviti pada setiap hari. Tidak kira samada aktiviti lasak atau pun yang  biasa.  Jika tidak diberikan sokongan dan penjagaan yang betul kepada tulang, otot dan sendi ini maka akan kedengaranlah bunyi..krikk! crack! ouch! Krikkk! Crack! Ouch!  Itu bunyi dari tulang dan sendi anda? Pernah dan biasa dengar? Usah terkejut ya di usia muda pun ada yang pernah mengalami bunyi seperti ini. Bunyi ini sangat sinonim dengan sakit sendi.  Apa itu sakit sendi? Sakit sendi adalah satu rasa yang tidak selesa, sakit atau keradangan yang timbul p...

3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita dan Seisi Keluarga.

Al - Khabir, Allah SWT lebih teliti dan terperinci tahap pengetahuan - Nya. Yang cuba disembunyikan pun Dia tahu. Yang dah lepas dan akan datang pun Dia tahu semuanya. Masya-Allah! Tuhan yang hebat. Saya teringat ustaz cakap, dunia ini Allah yang punya. Kita nak lari ke mana?  Mengetahui nama dan sifat Allah al - Khabir boleh membuatkan diri saya dan mereka yang diuji rasa terpujuk. Takpe, Allah tahu semuanya Di sinilah hati boleh memaknai kata - kata cukuplah Allah bagiku. The moment kita yakin Allah tahu semuanya, di situlah bermulanya sebuah penyembuhan jiwa. #1. Doa saat kita diuji . Saya selalu berpegang jika Allah menguji seseorang hambaNya, itu tandanya Allah ingat pada kita dan sayang pada kita.  Saya dan keluarga diuji oleh Allah. Suami saya hampir 5 bulan belum menerima bayaran gaji bulanannya. Sungguh memang terasa berat ujian ini untuk kami sekeluarga. Sepanjang 5 bulan itu, semua perbelanjaan bergantung dengan gaji bulanan saya sahaja.  Di sini Allah sangat m...

5 Cabaran Ibu Menyusu Kerja Dari Rumah.

Masih ingatkah anda suasana bekerja dari rumah terutamanya ketika arahan PKP 2 tahun yang lepas? Tentu banyak cabaran onak durinya.  Samada anda seorang pekerja & isteri, seorang pekerja & ibu yang sedang menyusukan anak, seorang pekerja & suami dan seorang pekerja & anak. Masing - masing pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran kerja dari rumah . Tahun 2020 saya melahirkan Khadeeja pada bulan September dan pertama kalinya melakukan kerja dari rumah . Cuti berpantang selama 2 bulan lebih telah dinikmati dengan begitu gembira sekali. Pengalaman pertama berpantang di rumah, disambung pula kerja dari rumah bersama anak - anak kecil. Semuanya berlaku di rumah. Di situlah tempat untuk bermain dengan anak. Di situ jugalah tempat menyusukan anak yang berusia 2 bulan pada ketika itu. Di situ juga tempat kerja dari rumah menghadap komputer riba. Sebelum saya kongsikan cabaran ibu menyusu kerja dari rumah, mari kita sama - sama fahami apa definisi kerja dari rumah. #1. D...

Menukar Cara Pemakanan Untuk Mencegah Kanser.

Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi sebab penyakit kanser dan bagaimana polifenol membantu cegah penyakit kanser. Entri kali ini juga saya akan kongsikan input dari kelas Prof Madya Dr Haresh juga yang telah saya ikuti pada 17/06/2023 (Sabtu) secara diatas talian melalui aplikasi Zoom. Anda boleh kenali siapa Prof Madya Dr Haresh pada entri saya sebelum ini. "30% daripada semua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan pemakanan yang buruk atau tidak sihat & keadaan tidak aktif yang membawa kepada obesiti." Fokus entri saya kali ini adalah cara pemakanan yang sihat di dalam membantu mencegah dan mengurangkan risiko kita mendapat kanser.   Mengapa memberi kanser peluang apabila anda sendiri boleh & mampu melakukan sesuatu mengenainya? Meningkatkan Pengambilan Buah - Buahan & Sayur - Sayuran & Menghadkan Makanan Berlemak Tinggi . Penukaran cara pemakanan adalah dengan fokus kepada; (1) pengambilan protein dari sumber tumbuhan (2)...