Skip to main content

Posts

Showing posts from July 10, 2023

5 Cabaran Ibu Menyusu Kerja Dari Rumah.

Masih ingatkah anda suasana bekerja dari rumah terutamanya ketika arahan PKP 2 tahun yang lepas? Tentu banyak cabaran onak durinya.  Samada anda seorang pekerja & isteri, seorang pekerja & ibu yang sedang menyusukan anak, seorang pekerja & suami dan seorang pekerja & anak. Masing - masing pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran kerja dari rumah . Tahun 2020 saya melahirkan Khadeeja pada bulan September dan pertama kalinya melakukan kerja dari rumah . Cuti berpantang selama 2 bulan lebih telah dinikmati dengan begitu gembira sekali. Pengalaman pertama berpantang di rumah, disambung pula kerja dari rumah bersama anak - anak kecil. Semuanya berlaku di rumah. Di situlah tempat untuk bermain dengan anak. Di situ jugalah tempat menyusukan anak yang berusia 2 bulan pada ketika itu. Di situ juga tempat kerja dari rumah menghadap komputer riba. Sebelum saya kongsikan cabaran ibu menyusu kerja dari rumah, mari kita sama - sama fahami apa definisi kerja dari rumah. #1. Defin