Skip to main content

Posts

Showing posts from June 30, 2023

Menukar Cara Pemakanan Untuk Mencegah Kanser.

Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi sebab penyakit kanser dan bagaimana polifenol membantu cegah penyakit kanser. Entri kali ini juga saya akan kongsikan input dari kelas Prof Madya Dr Haresh juga yang telah saya ikuti pada 17/06/2023 (Sabtu) secara diatas talian melalui aplikasi Zoom. Anda boleh kenali siapa Prof Madya Dr Haresh pada entri saya sebelum ini. "30% daripada semua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan pemakanan yang buruk atau tidak sihat & keadaan tidak aktif yang membawa kepada obesiti." Fokus entri saya kali ini adalah cara pemakanan yang sihat di dalam membantu mencegah dan mengurangkan risiko kita mendapat kanser.   Mengapa memberi kanser peluang apabila anda sendiri boleh & mampu melakukan sesuatu mengenainya? Meningkatkan Pengambilan Buah - Buahan & Sayur - Sayuran & Menghadkan Makanan Berlemak Tinggi . Penukaran cara pemakanan adalah dengan fokus kepada; (1) pengambilan protein dari sumber tumbuhan (2)

Gaya Hidup Mengundang Kanser & Pencegahan Dengan Polifenol.

Pertama kali menyertai kelas Prof Madya Dr Haresh pada hari Sabtu 17/06/2023 yang lalu.  Sangat membuka mata saya di dalam memahami bagaimana gaya hidup sihat & manfaat polifenol sangat berkait rapat untuk mencegah penyakit kanser. Penerangan dari Prof Madya Dr Haresh juga sangat mudah untuk saya fahami dan rasa teruja untuk saya kongsikan di sini untuk anda juga mendapat manfaat darinya.  Sebelum saya berkongsi dengan lebih panjang lebar & lebih menarik, saya kongsikan terlebih dahulu biodata Prof Madya Dr Haresh. Nama penuh beliau adalah Prof Madya Dr Haresh Kumar. Seorang pakar kesihatan. Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut:  PhD dalam bidang Sains Perubatan dari Universiti Malaya (UM) B.Sc (Kepujian) dalam Mikrobiologi dari Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Haresh juga merupakan Profesor & Pensyarah di Univerisiti Malaya (UM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) & Universiti MAHSA. Telah menerbitkan lebih dari 20 jurnal saintifik, terbitan artikel &am