Skip to main content

Gaya Hidup Mengundang Kanser & Pencegahan Dengan Polifenol.

Pertama kali menyertai kelas Prof Madya Dr Haresh pada hari Sabtu 17/06/2023 yang lalu. 

Sangat membuka mata saya di dalam memahami bagaimana gaya hidup sihat & manfaat polifenol sangat berkait rapat untuk mencegah penyakit kanser. Penerangan dari Prof Madya Dr Haresh juga sangat mudah untuk saya fahami dan rasa teruja untuk saya kongsikan di sini untuk anda juga mendapat manfaat darinya. 

Sebelum saya berkongsi dengan lebih panjang lebar & lebih menarik, saya kongsikan terlebih dahulu biodata Prof Madya Dr Haresh.

Nama penuh beliau adalah Prof Madya Dr Haresh Kumar. Seorang pakar kesihatan. Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut: 
  • PhD dalam bidang Sains Perubatan dari Universiti Malaya (UM)
  • B.Sc (Kepujian) dalam Mikrobiologi dari Universiti Malaya (UM)
Prof Madya Dr Haresh juga merupakan Profesor & Pensyarah di Univerisiti Malaya (UM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) & Universiti MAHSA. Telah menerbitkan lebih dari 20 jurnal saintifik, terbitan artikel & buku akademik.

Bolehkah Kita Mencegah Kanser?


Mengapa memberi kanser peluang apabila anda boleh melakukan sesuatu mengenainya? Apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kita mendapat kanser? Dua (2) persoalan yang sering diulang - ulang sepanjang kelas bersama dengan Prof Madya Dr Haresh.

Berdasarkan sumber "Cancer Trends Progress Report - 2005 Update" oleh National Cancer Institute, NIH, DHHS, Bethesda, MD, December 2005,

"Hampir semua kanser paru - paru, pundi kencing, mulut dan kulit boleh dicegah"
"50% - 75% daripada kematian akibat kanser adalah berkaitan dengan tingkah laku atau tabiat peribadi"

Gaya hidup sihat seorang itu sebenarnya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kanser ini. Bagaimana gaya hidup anda sekarang? Mari saya kongsikan faktor penyebab dan risiko kanser dari sumber "Cancer Trends Progress Report - 2005 Update" oleh National Cancer Institute, NIH, DHHS, Bethesda, MD, December 2005,

" 30% atau lebih daripada semua kematian kanser adalah berkaitan dengan merokok"
"30% daripada semua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan pemakanan yang buruk & keadaan tidak aktif yang membawa kepada obesiti"

Mengapa perokok Jepun mempunyai penggunaan per kapita tertinggi rokok di dunia tetapi mempunyai kadar yang paling rendah bagi kanser paru - paru di dunia?

Mari kita lihat diet penduduk di Jepun.
"Diet mereka berasaskan tumbuhan yang mana ia melindungi mereka dan tidak memberi peluang untuk sel - sel kanser dimulakan; tetapi apabila diet mereka berubah ke arah penggunaan protein haiwan (diet barat), kadar kanser paru - paru mula meningkat!"
Dari sini anda sendiri boleh kenalpasti dengan mengubah gaya hidup terutamanya pemakanan harian mampun mencegah penyakit kanser.Diet berasaskan tumbuhan & buah - buahan adalah salah satu gaya hidup sihat yang perlu dimulakan dari sekarang.

Setiap hari anda perlu pastikan mendapat 5 - 6 hidangan sayuran & buah - buahan. Penduduk di Jepan mereka sudah lama mengamalkan diet berasaskan tumbuhan. Makan salad mentah pada setiap hari sudah menjadi kebiasaan & gaya hidup sihat mereka. 

Protein tumbuhan tidak menggalakkan penyakit kanser. Tempe & tapai adalah antara contoh proteiin tumbuhan yang disarankan oleh Prof Madya Dr Haresh.

Ya penyakit kanser boleh dicegah:
  • Diet berasakan tumbuhan
  • Sentiasa aktif
  • Tidak merokok 
  • Tidak mengambil alkohol
  • Menghadkan makanan berlemak tinggi
Melalui penulisan bertajuk "Fruit, vegetables, and colorectal cancer risk: the European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition" (Am J Clin Nutr.2009 May;89(5):1441-52. Eup 2009 Apr 1)
"Penemuan mencadangkan bahawa pengambilan buah - buahan dan sayur - sayuran yang tinggi dikaitjan dengan risiko CRC kurang, terutamanya kanser kolon"
Kenapa orang dulu - dulu lebih sihat berbanding sekarang?

Rahsianya mudah sahaja. Datuk, nenek & mak ayah kita dahulu mereka mendapatkan sumber makanan yang segar setiap hari di pasar pagi atau pasar tani. Mereka aktif berjalan ke pasar setiap hari bagi memastikan makanan yang dimasak adalah segar.

Jarang kita dengar mereka akan menyimpan lebihan makanan dan makan semula pada keesokkan harinya. Aktif berkebun juga salah satu cara gaya hidup orang dulu - dulu kekal sihat.

Apa bezanya dengan zaman sekarang?

Sebelum saya jawab di sini sudah tentu anda sendiri sudah tahu apa bezanya gaya hidup dulu dan sekarang ini. Pelbagai kemudahan yang ada pada hari ini menjadikan kita kurang aktif bergerak.

Pagar rumah kebanyakkan semuanya elektronik, hanya tekan butang dan pagar terus buka. Begitu juga dengan penghawa dingin, television, kipas malah penyedut hampagas (vacuum) pun hanya dengan tekan dari jauh semuanya bergerak dan berfungsi dengan sendiri tanpa perlu anda bangun & bergerak.

Setuju atau tidak? 

Makanan pun sudah mudah diperolehi sekarang. Dengan kemudahan grab atau panda food, makanan sudah mudah didapati di atas meja makan.

Kemudahan - kemudahan ini tidak salah untuk kita guna pada setiap hari & memang ia sangat memudahkan kerja harian. Akan tetapi sedar atau tidak terdapat kesan jangka panjang yang tidak begitu menyihatkan. Anda akan menjadi lebih malas, kurang aktif bergerak dan sudah jarang - jarang masak sendiri di rumah.

Dari segi diet pemakanan harian pula, sudah jarang kita lihat hidangan ulam - ulam & sayuran dan buah - buahan diatas meja. Mungkin ada, tetapi terlalu sedikit yang mengamalkan di dalam diet harian. 

Mari kita berfikir sejenak, bolehkan anda pastikan setiap hari anda dapat 5-6 hidangan sayur - sayuran & buah - buahan? 

Bagaimana Untuk Anda Menikmati Gaya Hidup Seperttiation)i Orang Dulu - Dulu, Tetapi Dalam Masa Yang Sama Mahu Menggunakan Segala Kemudahan Yang Ada Pada Masa Kini?

(1) Pertamanya, anda & saya sendiri perlu ubah kepada gaya hidup lebih sihat. Gaya hidup yang lebih sihat adalah seperti berikut:
  • Kekal aktif - bersenam, berjalan di awal pagi pukul 7 - 9 pagi.
  • Tidur awal
  • Diet protein tumbuhan
  • Berhenti makan makanan segera 
  • Mula amalkan polifenol
(2) Kenapa perlu mula amalkan polifenol pada zaman sekarang? Kadar pencemaran yang tinggi, radikal bebas diluar sana juga yang tinggi, tekanan & diet pemakanan yang tidak sihat.

Bagaimana polifenol boleh mencegah penyakit kanser?

Buat pertam kali, para penyelidik menunjukkan bahawa phytoalexin (sejenis xeno polifenol) boleh mengganggu tiga peringkat utama penghasilan kanser; ia meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan di dalam proses permulaan (initiation);  bertindak sebagai agen anti - keradangan dalam proses promosi dan merencatkan pembentukan sakur darah baru yang membekalkan tumor dengan nutrisi semasa peringkat perkembangan (progression).

(a) Resveratrol/Polifenol & Kanser Kulit.

Aplikasi tunggal resveratrol dilakukan ke atas kulit tikus tanpa rambut. Apa penemuan selepas dilakukan ujikaji ini?
  • Secara signifikan menghalang penebalan kulit dan pembengkakan yang lazimnya dilihat dengan pendedahan yang tinggi kepada cahaya UVB.
  • Faktor xeno resveratrol merupakan penghalang cahaya matahari bagi kedua - dua tumbuhan dan haiwan, serta berguna di dalam rawatan dan pencegahan beberapa jenis kanser kulit.
(b) Resveratrol/Polifenol & Knaser Prostat.

Polifenol merencat tumbesaran kanser prostat sehingga 98% di dalam kajian yang melibatkan haiwan. Penemuan lain adalah resveratrol/polifenol didapati mengurangkan kejadian kanser prostat di dalam haiwan melalui kebolehannya mengganggu faktor tumbesaran tumor di dalam prostat.

(c) Polifenol/Resveratrol & Kanser Peparu.

Resveratrol mempunyai kesan signifikan ke atas tumbesaran tumor dan metastasis peparu.

Apa maksud metastasis? Penyebaran sel tumor dari tempat tumor bermula ke bahagian badan yang berbeza. 

Dalam satu kumpulan haiwan, faktor xeno ini diberikan selama 32 hari & didapati tumbesaran tumor terencat serta pembentukan kapilari darah pada tapak tumor didapati berkurang secara berkesan.

Apabila resveratrol/polifenol dimasukkan ke dalam abdomen untuk merawat sel tumor, sebatian tersebut mengurangkan isipadu tumor sebanyak 42% dan metastasis kepada peparu sebanyak 56%.

Kesimpulannya,

Faktor xeno seperti resveratrol & polifenol menghalang dan mencegah kesemua tiga mekanisma pembentukan kanser iaitu;

1. Pemulaan - Initiation
2. Promosi - promotion
3. Perkembangan - progression

melalui kesan antioksidan, anti - keradangan dan anti - angiogenik.

Vivix & ResV Membekalkan Polifenol Yang Mencukupi.

Sumber polifenol boleh di dapati di dalam sayur - sayuran & buah - buahan yang berwarna gelap seperti warna ungu, merah dan pastinya hijau. Ambil setiap hari dalam 5-6 hidangan. Saya mahu syorkan kepada anda cara yang lebih mudah bagi memastikan bekalan polifenol mencukupi setiap hari.

Betul. Ambil sesudu Vivix Shaklee di waktu pagi & 2 biji softgel ResV Shaklee sebelum tidur di waktu malam. Saya sendiri sudah mengamalkannya sejak tahun 2018 sehingga kini. Vivix & ResV Shaklee ini sudah membekalkan dos yang mencukupi pada setiap hari.

Vivix Shaklee mempunyai kandungan ekstrak pekat sumber polifenol iaitu dari anggur muscadine, japanese knotweed lobak ungu dan eldeberi eropah.

ResV Shaklee pula mengandungi spektrum ekstrak polifenol lebih banyak daripada vivix shaklee iaitu anggur muscadine, japanese knotweed, lobak ungu, Chebulic Myrobalan (mother of herbs), Pomegranate (one of the healthiest fruits on earth), black currant (tinggi antioksida) & grape pomace dan anggur merah (kaya dengan polifenol).

Apa istimewanya Vivix Shaklee & ResV Shaklee
  • Patented extraction process preserves bioactive polyphenols & captures the goodness of polyphenols in ResV
  • Developed from breakthrough clinical research including Landmark Study  & Telomere Study
  • Tested for more than 16,000 times for safety and quality during development
  • Halal-certified by Islamic Services of America (ISA) which is recognised by JAKIM
  • Natural - no artificial flavours, sweeteners, colours or preservatives
  • Scientifically advanced - years of development with scientists and global research
Prof Madya Dr Haresh ada berkongsi tentang Vivix Shaklee di dalam mencegah kanser. Antara perkongsian beliau berkenaan dari ekstrak elderberry di dalam Vivix ;
  1. Vivix mengandungi flavonoid - sifat antioksidan yang kuat.
  2. Kaya dengan anthocyanin - mempunyai kesan anti - keradangan
  3. Kaya dengan vitamin A,B,dan C serta nutrisi seperti asid amino. karotenoid, tannin.
  4. Selain daripada menguatkan sistem imun untuk menghadapi jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya sangat berkesan dalam keadaan seperti selsema, jangkitann yis, asma, batuk, kesesakan hidung dan dada serta diabetes.
  5. Menghalang pengoksidaan LDL - mengurangkan risiko penyakit jantung
  6. Kesan lain - pengurangan stres, peningkatan dalam penglihatan dan penghadaman lebih baik.
Selain itu kandungan ekstrak Japanese knotweed di dalam vivix shaklee turut dikongsikan oleh Prof Madya Dr Haresh;
"Sumber resveratrol yang didapati melambatkan proses penuaan, mengurangkan kolestrol, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan prestasi sukan & mengurangkan berat badan."
Rebut Peluang Promosi Vivix Shaklee & ResV Shaklee Sepanjang Bulan Jun & Julai 2023!

Sepanjang bulan Jun & Julai, Shaklee telah menawarkan promosi pembelian trio Vivix Shaklee & ResV Shaklee dan ResV-ivix Shaklee dengan kemudahan pembayaran secara ansuran sebanyak 6 kali bagi pengguna kredit kad Maybank. Bukan itu sahaja, Shaklee tawarkan diskaun sebanyak 5% - 10%.
Mari mulakan gaya hidup sihat dengan polifenol yang dapat mencegah kanser. Ya sekarang. Dapatkan Vivix Shaklee & ResV Shaklee sekarang dan amalkan setiap hari untuk kehidupan yang lebih sihat.

Hubungi Aisyah K untuk dapatkan promosi bulan ini. Saya bersedia membantu memberikan konsultasi cara pengambilan supplement yang betul, sesuai & berkesan dengan tujuan kesihatan anda.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ResVShaklee
#VivixShaklee

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Sha...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...