Skip to main content

Posts

Showing posts from May 15, 2023

Bagaimana Set Hello New You Bantu Anda Turun Berat Badan Selepas Hari Raya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua pengunjung blog Aisyah K. Selamat Hari Raya. Sudah masuk 24 Syawal. Masih berhari raya ke tu?  Teruskan amalan ziarah menziarahi di hari raya. Masa inilah nak berjumpa sanak saudara, kawan lama masa sekolah , masa belajar di universiti sambil berborak - borak panjang.  Memang tidak cukup masa rasanya bila berborak sambil makan - makan juadah hari raya open house di rumah sanak saudara atau kawan - kawan lama. Mahunya berulang - ulang tambah makanan. Banyak topik hendak dibualkan. Tanpa disedari sudah terlampau banyak juadah dinikmati. Sedap - sedap belaka semuanya. Sebelum saya menimbulkan kerisauan anda selepas sudah makan terlebih banyak, jom nikmati gambar - gambar contoh juadah di hari raya open house di kebanyakkan tempat. Juadah Raya Yang Sedap - Sedap Belaka. 😋😋😋 “Juadah raya beraneka rasa, makanlah jangan hanya dipandang, ketupat & laksa johor sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi”.  Dalam lagu raya Anuar Zain & El