Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

Cara Paling Mudah Renew Keahlian Shaklee.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia & baru blog Aisyah K. Sebut tentang renewal , mesti yang selalu terlintas dalam fikiran anda adalah lesen kereta. Setuju tak dengan saya? Sekarang tiada alasan untuk terlupa untuk renew lesen kereta sebab pasti anda akan ingat tarikh lahir sendiri atau kalau suami lupa isteri yang selalu akan ingatkan 😄. Bagaimana pula dengan keahlian Shaklee? Mari baca entri saya ini sehingga ke akhir untuk memudahkan anda yang berminat faham cara bagaimana untuk mendaftar sebagai pengedar sah shaklee dengan team saya. Saya akan tunjukkan cara mudah untuk daftar dan renew keahlian shaklee . Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Prospek . Sebagai prospek baru, pasti anda ada banyak persoalan sebelum hendak daftar sebagai pengedar sah shaklee. Mari saya kongsikan antara soalan yang selalu ditanya oleh prospek yang mahu menyertai team saya sebagai pengedar sah shaklee adalah; #1. "Keahlian saya perlu renew setiap tahun ke?" #2. "

Rahsia Dapat Cash Rebate Setiap Bulan : Dapat Makan Supplement PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia & baru blog Aisyah K.  Puasa pun sudah, raya pun sudah. Mari kita bekerja lebih gigih dan efektif. Peluang pekerjaan diluar sana sangat banyak sejak tahun 2022 sehingga kini. Berniaga mahupun bekerja dengan gaji tetap pada setiap bulan masing - masing mempunyai cabaran turun & naiknya. Cash Rebate Pertama Pada Tahun 2015. Aisyah sendiri masih bekerja tetap di sebuah syarikat swasta dari tahun 2009 sehingga kini. Pada masa yang sama saya membuat bisnes shaklee secara diatas talian sahaja. Bermula aktif dalam bisnes shaklee ini dari tahun 2017 sehingga kini. Tahun 2015 saya hanya sebagai pengguna produk supplement shaklee terbaik di Malaysia. Setiap bulan konsisten amalkan produk supplement asas shaklee. Tidak menyangka pula sambil makan supplement shaklee setiap bulan secara konsisten, dapat pula cash rebate. Tidak pernah terfikir pun boleh dapat bonus tunai pada setiap bulan. Ketika tahun 2016 hanya memikirkan mahu leb

Bagaimana Set Hello New You Bantu Anda Turun Berat Badan Selepas Hari Raya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua pengunjung blog Aisyah K. Selamat Hari Raya. Sudah masuk 24 Syawal. Masih berhari raya ke tu?  Teruskan amalan ziarah menziarahi di hari raya. Masa inilah nak berjumpa sanak saudara, kawan lama masa sekolah , masa belajar di universiti sambil berborak - borak panjang.  Memang tidak cukup masa rasanya bila berborak sambil makan - makan juadah hari raya open house di rumah sanak saudara atau kawan - kawan lama. Mahunya berulang - ulang tambah makanan. Banyak topik hendak dibualkan. Tanpa disedari sudah terlampau banyak juadah dinikmati. Sedap - sedap belaka semuanya. Sebelum saya menimbulkan kerisauan anda selepas sudah makan terlebih banyak, jom nikmati gambar - gambar contoh juadah di hari raya open house di kebanyakkan tempat. Juadah Raya Yang Sedap - Sedap Belaka. 😋😋😋 “Juadah raya beraneka rasa, makanlah jangan hanya dipandang, ketupat & laksa johor sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi”.  Dalam lagu raya Anuar Zain & El

Hari Raya Open House Keluarga & Rakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K. Panjang cuti raya kali ini. Bersambung pula dengan cuti hari pekerja & hari wesak. Aisyah tidak ambil cuti raya yang panjang tahun ini. Isnin - Rabu tempat kerja memang sudah bagi cuti. Maka hari Khamis terus masuk kerja. Boleh dikira berapa orang staf yang sudah mula bekerja.  Hari Raya Open House Bersama Dengan Keluarga Yang Paling Di Nantikan.  1 Syawal 1444H Aisyah berkesempatan solat sunat Aidilfitri di rumah mak abah di Seksyen 27 Shah Alam. Kali pertama sejak 5 tahun berkahwin. Berpagi - pagian ke rumah mak abah.  Hari raya pertama inilah open house Aisyah. Makan sama - sama dengan mak abah & adik beradik serta suami dan anak - anak. Cuma abang sulung beraya di Bentong, Pahang manakala kakak saya beraya di Johor (tak ingat nama kampung di sana 🤭). Menu utama sudah semestinya dari air tangan mak. Kuah lodeh. Ada banyak sayur dalam kuah lodeh. Itu yang sangat seronok makan menu kuah lodeh di pagi r