Skip to main content

Rahsia Dapat Cash Rebate Setiap Bulan : Dapat Makan Supplement PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia & baru blog Aisyah K. 

Puasa pun sudah, raya pun sudah. Mari kita bekerja lebih gigih dan efektif. Peluang pekerjaan diluar sana sangat banyak sejak tahun 2022 sehingga kini. Berniaga mahupun bekerja dengan gaji tetap pada setiap bulan masing - masing mempunyai cabaran turun & naiknya.

Cash Rebate Pertama Pada Tahun 2015.

Aisyah sendiri masih bekerja tetap di sebuah syarikat swasta dari tahun 2009 sehingga kini. Pada masa yang sama saya membuat bisnes shaklee secara diatas talian sahaja. Bermula aktif dalam bisnes shaklee ini dari tahun 2017 sehingga kini. Tahun 2015 saya hanya sebagai pengguna produk supplement shaklee terbaik di Malaysia. Setiap bulan konsisten amalkan produk supplement asas shaklee.

Tidak menyangka pula sambil makan supplement shaklee setiap bulan secara konsisten, dapat pula cash rebate. Tidak pernah terfikir pun boleh dapat bonus tunai pada setiap bulan. Ketika tahun 2016 hanya memikirkan mahu lebih sihat sahaja dengan pengambilan supplement shaklee disamping bersenam dan sentiasa bergerak aktif.

Atas sebab apa saya mula mengamalkan supplement shaklee ini? Mari baca cerita pengalaman saya. Bermula tahun 2015 dan masih bujang lagi ketika ini, rutin harian adalah pergi kerja seawal 7.30 pagi balik lewat malam pukul 7 malam baru sampai rumah. Ulang - ulang rutin yang sama setiap hari, bermula la badan rasa lemau, lesu, cepat letih dan berat badan naik. Kulit muka pun jadi kusam.

Mak saya mula perasan dan tegur. Apa yang mak saya tegur? Ini antara dialog mak yang saya masih ingat sehingga ke hari ini;

"Lagi 2 tahun (2017) dah naik kawin, takkan nak jadi macam nie aje. Balik dari kerja kadang sempat tolong masak kadang tu tertidur keletihan sampai ke subuh. Do something now!. Dah kawin nanti lagi banyak tenaga nak digunakan. Makanlah supplement sikit"

Uish. Pedih menusuk kalbu teguran mak. Dari situ saya mula amalkan supplement shaklee terbaik di Malaysia ini. Sedikit demi sedikit saya amalkan. Bermula dengan Alfafa Complex, diikuti dengan Lecithin, B Complex, Vita C Sustained Release, Gla Complex, Omega Guard & Ostenutrix (ketika tahun 2015 dipanggil Ostematrix). 

Mak saya memang sudah ada kesedaran awal tentang pengambilan supplement. Itulah sebab mak tegur anak perempuan bongsu dia yang sorang ni. Sebelum saya mengenali supplement shaklee, mak saya sendiri telah belikan beberapa supplement di farmasi yang berkaitan dengan wanita, tapi saya tidak amalkan secara konsisten..hehe 😄

Itulah kisahnya bagaimana saya bermula secara konsisten dengan produk supplement shaklee dari tahun 2015. Teguran dari mak saya itu sangat menjadi penguat semangat untuk terus lebih sihat setiap hari. 

Dari teguran itu, saya pilih supplement shaklee. 

Mari sambung baca cerita saya lagi tentang bagaiman saya dan anda boleh dapat cash rebat sambil makan supplement shaklee.

2015 - 2016 : Makan supplement shaklee hampir dua tahun. Alhamdulillah dapat merasai perubahan pada tahap kesihatan tubuh badan. Badan lebih cergas setiap hari selepas balik dari tempat kerja. (sampai mak pun perasan lain macam betul cergas saya - setiap hari boleh masak makan malam 😅). 

Sudah mendaftar sebagai ahli atau lebih tepat lagi pengguna tegar produk supplement shaklee tanpa sedar dapat cash rebate dalam RM30 - RM60 sebulan.

2017 - kini : Bermula secara aktif dalam bisnes shaklee secara diatas talian. Badan pun sudah semakin sihat & cergas. Kali ini lebih fokus.

Bagaimana cara saya dan anda boleh menikmati produk shaklee secara percuma dengan adanya bonus shaklee atau cash rebate setiap bulan?

Inilah 5 rahsia dan perkara yang perlu anda ketahui :

(1) Semua Ahli Shaklee - ya semua ahli shaklee boleh menikmati bonus shaklee atau cash rebate samada ahli biasa atau sebagai leader.

>> Daftar ahli shaklee hari ini di sini. RM 35 sahaja

(2) Pembelian produk shaklee dengan nilai minimum  150 UV (unit volume) telah melayakkan anda dan saya menikmati bonus shaklee atau cash rebate RM 24.

(3) Jumlah cash rebate serendah RM 24 sehingga RM 1,000++ mengikut jumlah belian masing - masing pada setiap bulan.

(4) Setiap produk shaklee mempunyai nilai UV, lebih tinggi jumlah UV terkumpul maka lebih banyak cash rebate yang terkumpul sehingga 30/31 haribulan pada setiap bulan. UV terkumpul itu samada dari pembelian menggunakan ID shaklee anda atau ahli kumpulan anda.

(5) Setiap bulan akan bermula dengan nilai belian kosong (0) & UV kosong (0). Maka peluang yang sama dibuka untuk setiap ahli shaklee untuk merebut cash rebate pada setiap bulan. 

Bagaimana kiraan cash rebate?

Selama 2 tahun saya hanya sebagai pengguna biasa produk shaklee sahaja & juga telah menikmati cash rebate pada setiap bulan. Dengan cash rebate inilah saya guna untuk menampung pembelian produk shaklee yang saya ambil pada setiap hari tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi pada setiap bulan. 

Ibarat dapat makan vitamin percuma dengan cash rebate ini pada setiap bulan. Inilah yang dinamakan cara yang bijak. Gaji tetap saya pun tidak diusik. Saya kongsikan disini jumlah pembelian yang melayakkan anda mendapat bonus shaklee atau cash rebate setiap bulan.


Sebagai pengguna setia, banyak dapat cash rebate

Cash rebate 4 angka masa PKP 


Kini sudah tidak rahsia lagi. Sebagai pengguna setia produk shaklee, anda sudah boleh layak mendapat dan nikmati cash rebate dengan membuat pembelian minimum sebanyak 150UV seperti jadual diatas. Seperti pengalaman saya yang dikongsikan diatas, sebagai pengguna setia selama 2 tahun dan tidak sedar dapat cash rebate. Seronok betul. Boleh dapat vitamin percuma dengan cash rebate setiap bulan.

Bila sudah mendapat manfaat dari segi kesihatan bertambah lebih baik, seronok untuk dikongsikan dengan orang ramai di sekeliling kita. Saya banyak berkongsi manfaat & pengalaman dengan rakan sekerja & ahli keluarga. Mereka ulang - ulang membeli produk shaklee hanya dengan menggunakan cash rebate

Alhamdulillah. Jadilah pengguna yang bijak, beli produk shaklee, kesihatan menjadi lebih baik, dapat bonus tunai dan boleh menampung perbelanjaan supplemetn setiap bulan.

Hubungi Aisyah K untuk daftar ahli shaklee dan dapat menikmati cash rebate.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023 

_ _ _ 

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. Info yg sangat bermanfaat... Bestnya ada income tambahan setiap bulan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lega! Sudah Ada Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi

Apa yang berlaku semasa kita bergerak? Tubuh badan kita semua disokong dengan 206 tulang, more than 230 sendi dan 600 otot. Tulang menyokong berat badan dan memberikan bentuk kepada tubuh badan. Otot pula "contracting and relaxing" bagi memudahkan pergerakan. Sendi, memberikan fleksibiliti bagi membolehkan otot menggerakkan tulang. Dapat dilihat disini, tulang, otot dan sendi saling bekerjasama ketika kita bergerak & melakukan apa jua aktiviti pada setiap hari. Tidak kira samada aktiviti lasak atau pun yang  biasa.  Jika tidak diberikan sokongan dan penjagaan yang betul kepada tulang, otot dan sendi ini maka akan kedengaranlah bunyi..krikk! crack! ouch! Krikkk! Crack! Ouch!  Itu bunyi dari tulang dan sendi anda? Pernah dan biasa dengar? Usah terkejut ya di usia muda pun ada yang pernah mengalami bunyi seperti ini. Bunyi ini sangat sinonim dengan sakit sendi.  Apa itu sakit sendi? Sakit sendi adalah satu rasa yang tidak selesa, sakit atau keradangan yang timbul pada mana

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Shake Eldeberry M

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yang demam. Tapi gagah