Dalam entri blog Aisyah K kali ini, saya nak berkongsi tentang masalah yang sering dialami oleh ibu hamil yang berpuasa di bulan Ramadan.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Usah risau, ibu yang sedang hamil boleh berpuasa dengan tenang & kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di sepanjang di bulan Ramadan.
BERPUASA KETIKA HAMIL |
Sebelum itu, perlu diingatkan ibu hamil telah diberikan kelonggaran dalam agama untuk tidak berpuasa jika khuatir boleh menjejaskan tahap kesihatan diri & anak di dalam kandungan.
Jika ibu hamil yang telah mendapatkan nasihat & pandangan daripada doktor yang membenarkan untuk berpuasa, boleh la teruskan dengan yakin. Tapi pasti di sepanjang berpuasa tu nanti, akan alami beberapa masalah tapi ianya boleh diatasi.
Masalah yang sering dialami oleh ibu hamil yang ketika berpuasa adalah seperti berikut :
(1) Cepat rasa penat & kurang bertenaga.
(2) Cepat rasa lapar & dahaga.
(3) Pedih ulu hati.
(4) Tiada selera makan ketika bersahur.
Jika tidak berpuasa pun ibu hamil memang pun cepat akan rasa penat, dahaga & lapar, inikan pula jika berpuasa sehingga 13 jam sehari. Saya menggunakan perkataan “cepat” kerana ibu hamil perlukan kuantiti nutrisi yang lebih utk diri sendiri & bayi di dalam kandungan. Jika terkurang sikit nutrisi semasa bersahur & berbuka puasa pasti akan terasa cepat lapar/dahaga/penat.
Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada itak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut.
Ketika mengandung, hormon progesteron akan menyebabkan otot sfinkter ini lebih cenderung untuk longgar dan makanan & asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagaian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati. Kebiasaan terjadi semasa di trimester ke - 2 & 3.
Selain itu, ada juga ibu hamil yang tiada selera untuk makan ketika bersahur di awal pagi terutamanya ketika di trimester 1.
Bagaimana set puasa shaklee membantu ibu hamil berpuasa dengan tenang & dapat nutrisi yang diperlukan secukupnya utk ibu dan anak di dalam kandungan.
Set Puasa Shaklee Untuk Ibu Hamil.
Setelah melihat kepada masalah - masalah yang kerap dialami oleh ibu hamil ketika berpuasa ini, Aisyah K amat yakin untuk menyarankan Set Puasa Shaklee untuk membantu ibu - ibu hamil melalui Ramadan tahun ini dengan lebih tenang dan sihat. Aisyah K sendiri telah mengamalkan set puasa shaklee ini ketika mengandungkan anak pertama & kedua, sejak tahun 2018 dan 2020 dan insyaAllah ketika mengandung anak yang ketiga tahun 2023.
SET PUASA SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL |
Sebenarnya supplement asas ketika hamil perlu diambil sepanjang kehamilan samada dibulan puasa ataupun selepas bulan puasa. Sangat penting untuk pengambilan secara harian sepanjang 9 bulan hamil. Selain set kehamilan ini, Aisyah K mencadangakan utk tambah lagi satu (1) iaitu Performance Drink perisa lemon - lime atau oren bagi mengatasi masalah - masalah ibu hamil ketika berpuasa seterusnya dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang & lebih menyihatkan.
(1) ESP Mix Soy Protein Isolate Powder.
SET PUASA SHAKLEE |
Cergaskan diri dengan ESP!. Protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama. Oleh sebab itu protein soya ESP memberikan tenaga dan kenyang lebih lama. Boleh membantu mengurankan masalah sebu/alahan/pedih ulu hati. Disamping itu, protein soya ESP ini juga bantu kuatkan rahim ibu dan menyokong perkembangan bayi yang sihat.
Ambil sekurang - kurangnya 2 sajian protein sehari. Cara pengambilan semasa bersahur, bancuh ESP 1 scoop atau 3 sudu besar dalam air suam atau sejuk (ikut kesukaan/selera tekak masing - masing). Minum kosong saje begitu lebih baik. Jika nak blend dengan buah pun boleh bagi menambahkan kesedapan minuman di awal pagi ketika bersahur. Begitu juga ketika berbuka puasa, bancuh dan minum ESP.
Pengalaman saya semasa berpuasa ketika hamil dan pernah mengalami pedih ulu hati semasa di trimester ke - 2, memang saya terus berlari bancuh satu gelas ESP suam sebelum tidur. Memang rasa lega perutku selepas itu. Protein soya ESP juga bantu stabilkan kadar gula dalam darah ibu hamil. Minumlah ESP di sepanjang bulan puasa.
(2) Performance Natural Lemon Lime/Orange Flavoured Drink.
SET PUASA SHAKLEE |
Memastikan badan kekal terhidrat sepanjang bulan puasa adalah agak mencabar. Apabila badan anda tidak mendapat air secukupnya, dehidrasi akan berlaku. Oleh itu kekal hidrasi, ya itu yang paling utama bagi ibu - ibu hamil bagi mengelakkan kelesuan dan membahayakan bayi dalam kandungan.
Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan yang berlebihan menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak mendapat cecair yang mencukupi sebelum mula berpuasa & aktiviti fizikal.
Ambil minuman performance semasa bersahur & berbuka puasa - penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan gabungan propietari elektrolit OPTI - LYTE dan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.
Cara pengambilan ketika berpuasa untuk terus kekal aktif adalah 8 cawan sehari. 2 cawan semasa iftar, 4 cawan di waktu malam & 2 cawan ketika bersahur. Tips ketika nak minum Performance Drink ini, minum sedikit demi sedikit di akhir waktu imsak & semasa berbuka puasa.
(3) Omega Guard, Sustained Released Vita C, Vitalea Iron Plus, Ostenutrix & B Complex.
SET PUASA UNTUK IBU HAMIL |
(a) Sokong perkembangan saraf otak bayi di dalam kandungan.
(b) Kuatkan sistem imun ibu & bayi dalam melawan penyakit berjangkit.
(c) Kurangkan masalah gusi berdarah ketika hamil.
(d) Kurangkan masalah kekejangan otot & sembelit.
(e) Bekalkan kalsium, magnesium & vitamin D serta mineral untuk ibu & bayi.
(f) Penuhi keperluan asid folik harian ibu untuk perkembangan saraf tunjang bayi yang sempurna.
(g) Melegakan lenguh otot, stress, keletihan & sakit kepala.
(h) Menyokong pembentukan sel darah merah yang membantu bawa bekalan oksigen yang mencukupi untuk ibu hamil & bayi di dalam kandungan.
(i) Mengurangkan risiko mengalami anemia.
(j) Mengurangkan risiko kelahiran pra - matang.
Cara pengambilan Set Puasa Untuk Ibu Hamil Ketika Berpuasa:
Semasa waktu sahur - B Complex 2 biji, Sustained Vita C 2 biji & Vitalea Iron Plus 2 biji serta segelas protein soya ESP suam & segelas Performance Drink sejuk. Semasa waktu berbuka puasa - 3 biji Omega Guard, 3 biji Ostenutrix, segelas ESP suam & segelas Performance Drink sejuk.
Berpuasa Menyihatkan Ibu Hamil.
Berpuasa sebenarnya menjadikan tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan boleh dijadikan sebagai gaya hidup yang sihat selepas bulan Ramadan.
Pengambilan makanan yang tidak berminyak, tidak pedas dan pengurangan pengambilan minuman berkafein & bergula amat membantu ibu - ibu hamil untuk mengatasi masalah ketika berpuasa seperti cepat reasa lapar, letih, dahaga, pedih ulu hati & kurang selera makan.
Ketika bersahur pastikan minum air dan makan protein secukupnya untuk ibu hamil & bayi di dalam kandungan agar kekal bertenaga & kenyang lebih lama. Begitu juga ketika berbuka, kembalikan semula tenaga & bendalir dalam tubuh badan secukupnya setelah 13 jam berpuasa. Elakan makan pedas & minum air manis kerana ibu - ibu hamil sudah cukup manis.
Semoga perkongsian Aisyah K kali ini dapat memberikan panduan sedikit sebanyak untuk para ibu yang sedang hamil dapat berpuasa dengan tenang & paling penting cukup nutrisi untuk anda & bayi di dalam kandungan. Semoga Allah bantu usaha kita untuk beribadat dengan lebih baik, InsyaAllah.
konsisten amalkan supplement shaklee, memang membantu time puasa samada hamil atau menyusu, Alhamdulillah
ReplyDeleteSaya ikhtiar ESP & Performance Drink semasa berpuasa. izin Allah membantu sepanjang Ramadhan insyaa Allah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah , saya dari anak suling sampa yang ke.tiga rezeki amalkan set hamil shaklee. Next baby pun akan pilih shaklee. InsyaAllah
ReplyDeleteBest dapat amal kan set puasa shaklee sejak anak pertama dan ke2. Saya dulu start masa berpantang anak ke2 utk jayakan penyusuan. Tahniah utk baby ke-3 dan didoakan dimudahkan semua urusan Aisyah
ReplyDelete