Skip to main content

Posts

Showing posts from July 26, 2023

5 Tips Travel Dengan Anak Kecil.

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Memang ini yang dinantikan oleh anak - anak kita semua. Sudah ada perancangan hendak bawa anak - anak ke mana? Legoland? Berkhemah depan rumah sahaja? Balik kampung? Berkelah? Atau ke Zoo Negara?  Mempunyai anak kecil seringkali membuatkan ibu bapa berfikir dua tiga kali. Usah risau.  Ke mana pun destinasinya, perancangan yang teliti perlu dilakukan. Ianya tidaklah sesukar yang anda sangka.  Jom baca 5 tips travel dengan anak kecil yang akan saya kongsikan disini.  Tips Travel#1. Destinasi Pilihan Anda . Pilihan destinasi samada di dalam negara atau luar negara? Jika di dalam negara tidaklah perlu difikirkan untuk menyediakan passport untuk si kecil. Pengalaman saya sendiri pertama kali membawa Maryam menaiki kapal terbang ke Terengganu tahun 2019. Maka untuk travel pertama kali ini bersama anak kecil, saya dan suami memilih destinasi di dalam negara sebagai percubaan berjalan jauh dengan Maryam. Destinasi paling penting sebab perlu ambil kira a