Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Menukar Cara Pemakanan Untuk Mencegah Kanser.

Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi sebab penyakit kanser dan bagaimana polifenol membantu cegah penyakit kanser. Entri kali ini juga saya akan kongsikan input dari kelas Prof Madya Dr Haresh juga yang telah saya ikuti pada 17/06/2023 (Sabtu) secara diatas talian melalui aplikasi Zoom. Anda boleh kenali siapa Prof Madya Dr Haresh pada entri saya sebelum ini. "30% daripada semua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan pemakanan yang buruk atau tidak sihat & keadaan tidak aktif yang membawa kepada obesiti." Fokus entri saya kali ini adalah cara pemakanan yang sihat di dalam membantu mencegah dan mengurangkan risiko kita mendapat kanser.   Mengapa memberi kanser peluang apabila anda sendiri boleh & mampu melakukan sesuatu mengenainya? Meningkatkan Pengambilan Buah - Buahan & Sayur - Sayuran & Menghadkan Makanan Berlemak Tinggi . Penukaran cara pemakanan adalah dengan fokus kepada; (1) pengambilan protein dari sumber tumbuhan (2)

Gaya Hidup Mengundang Kanser & Pencegahan Dengan Polifenol.

Pertama kali menyertai kelas Prof Madya Dr Haresh pada hari Sabtu 17/06/2023 yang lalu.  Sangat membuka mata saya di dalam memahami bagaimana gaya hidup sihat & manfaat polifenol sangat berkait rapat untuk mencegah penyakit kanser. Penerangan dari Prof Madya Dr Haresh juga sangat mudah untuk saya fahami dan rasa teruja untuk saya kongsikan di sini untuk anda juga mendapat manfaat darinya.  Sebelum saya berkongsi dengan lebih panjang lebar & lebih menarik, saya kongsikan terlebih dahulu biodata Prof Madya Dr Haresh. Nama penuh beliau adalah Prof Madya Dr Haresh Kumar. Seorang pakar kesihatan. Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut:  PhD dalam bidang Sains Perubatan dari Universiti Malaya (UM) B.Sc (Kepujian) dalam Mikrobiologi dari Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Haresh juga merupakan Profesor & Pensyarah di Univerisiti Malaya (UM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) & Universiti MAHSA. Telah menerbitkan lebih dari 20 jurnal saintifik, terbitan artikel &am

Petua Hilangkan Jeragat Yang Paling Berkesan.

Amalan gaya hidup sihat sangat banyak membantu bagi menghilangkan jeragat yang sudah lama bertapak pada kulit muka. Akan tetapi tidak ramai yang boleh konsisten dengan amalan gaya hidup sihat ini. Apa amalan gaya hidup sihat itu? Boleh baca dengan lebih terperinci pada enti blog saya sebelum ini. Antaranya bersenam, detoks & IF dan mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian. Sebelum saya kongsikan apa petua hilangkan jeragat , mari saya kongsikan apa itu jeragat & apa pula punca munculnya jeragat pada kulit wajah kita. Apa itu jeragat & punca jeragat muncul ? Jeragat adalah tompok - tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung & kawasan sekitar mulut. Ianya berwarna lebih gelap dari kulit muka yang asal dan menyebabkan tona kulit jadi tidak sekata.  Jeragat sebenarnya bukan di lapisan luar kulit muka, ia sebenarnya mempunyai akar sehingga ke lapisan bawah kulit. Boleh rujuk gambar dibawah ini. Sampai bila perlu pakai make - up tebal unt

Amalan Gaya Hidup Sihat Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang.

Mana satu pilihan anda?A atau B? (A) Ibu cepat lapar        Ibu kerap makan        Berat badan ibu bertambah        Berat badan ibu sukar nak turun        Ibu moody        Ibu lesu  Atau, (B) Tidak ada lagi masalah susu merudum        Ibu lebih cergas        Bayi lebih tenang (sebab cukup susu)        Ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)        Bayi membesar elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri. Pastinya mesti ramai yang memilih (B) tetapi bagaimana pula caranya? Saya akan kongsikan amalan gaya hidup sihat berdasarkan pengalaman saya menyusu & berpantang dua orang puteri, Maryam & Khadeeja di usia lewat 30.  Sekarang berusia 40 tahun. Bagi tahu awal - awal umur supaya anda juga akan rasa mampu menjalani dan melakukan amalan gaya hidup sihat seperti saya insyaAllah. Sebelum itu saya kongsikan terlebih dahulu apa rutin sebagai ibu yang bekerja, menyusukan anak & ketika berpantang selepas bersalin. Rutin Ibu Bekerja & Menyusukan Anak .  Bangun seawal pukul 4.30 pagi