Skip to main content

Petua Hilangkan Jeragat Yang Paling Berkesan.

Amalan gaya hidup sihat sangat banyak membantu bagi menghilangkan jeragat yang sudah lama bertapak pada kulit muka. Akan tetapi tidak ramai yang boleh konsisten dengan amalan gaya hidup sihat ini.

Apa amalan gaya hidup sihat itu? Boleh baca dengan lebih terperinci pada enti blog saya sebelum ini. Antaranya bersenam, detoks & IF dan mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian.

Sebelum saya kongsikan apa petua hilangkan jeragat, mari saya kongsikan apa itu jeragat & apa pula punca munculnya jeragat pada kulit wajah kita.

Apa itu jeragat & punca jeragat muncul?

Jeragat adalah tompok - tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung & kawasan sekitar mulut. Ianya berwarna lebih gelap dari kulit muka yang asal dan menyebabkan tona kulit jadi tidak sekata. 

Jeragat sebenarnya bukan di lapisan luar kulit muka, ia sebenarnya mempunyai akar sehingga ke lapisan bawah kulit. Boleh rujuk gambar dibawah ini.

Sampai bila perlu pakai make - up tebal untuk menutupi jeragat? Hendak keluar rumah mungkin ia boleh disembunyi dengan make - up. Di rumah depan suami macam mana pula kisahnya? Sebaiknya di rumah lah kita paling cantik sebab nak menghadap suami tercinta. Setuju tak para isteri semua?

Ok mari kita lihat apa punca jeragat muncul di kulit muka? 

(1) Cahaya Matahari

Anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat jika anda jenis banyak berjemur dibawah terik matahari berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran UVA & UVB yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat. 

(2) Tiada Rutin Penjagaan Kulit Muka.

Nak elak kulit muka dari berjeragat tidak perlukan duit yang banyak. Hanya perlu rajin dengan amalan rutin harian penjagaan kulit muka agar tidak mudah ditumbuhi oleh jeragat.

Mencuci muka. memakai penyegar & pelembap. Amalkan asas penjagaan kulit muka ini setiap 2 kali sehari. Jika kulit muka anda berjeragat cuba lihat adakah anda pernah culas dalam penjagaan asas kecantikan setiap hari.

(3) Usia

Risiko jeragat tumbuh akan meningkat apabila usia semakin meningkat. Kebiasaannya akan bermula pada usia awal 30-an & ada juga seawal usia 20-an. Maka cubalah untuk tidak culas buat rutin harian penjagaan kulit muka.

(4) Perubahan Hormon.

Perubahan hormon dikalangan wanita boleh berlaku ketika mengandung, menyusu, melahirkan atau mengambil pil perancang. Ianya boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah. 

Ada juga wanita yang sudah stabil hormonnya, tetapi jeragat masih muncul sana sini di wajahnya. 

(5) Persekitaran yang tercemar.

Keadaan persekitaran pada masa kini tidak dapat dinafikan sangatlah tidak bersih seperti 10 tahun yang lalu. Udara kotor. Pencemaran udara dan debu - debu. Setiap kali keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala bentuk kotoran. 

Radikal bebas yang berpunca daripada pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.

Sudah tahu punca, marilah kita lihat apa petua hilangkan jeragat dengan cara yang berkesan untuk jangkamasa panjang.

#1. Guna perahan jus lemon.

Ini salah satu cara tradisional bagi memudarkan kesan dan sekaligus menghilangkan jeragat. Jus lemon mengandungi kandungan vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk menghilangkan jeragat. Bukan sekadar menghilangkan jeragat malah boleh mencerahkan wajah.

Sapukan jus lemon sebanyak 2 - 3 sudu di kawasan berjeragat. Biarkan dalam masa 5 - 10 minit dan lakukan 2 kali sehari bagi mendapatkan kesan yang baik & memuaskan.

#2. Sapukan Aloe Vera/Lidah Buaya.

Selain sapuan jus lemon sebagai petua hilangkan jeragat yang berkesan, sapuan aloe vera juga adalah salah satu petua turun termurun untuk menghilangkan jeragat. Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efektif untuk hilangkan jeragat.

Caranya, sapukan aloe vera pada kawasan berjeragat selama 15 - 20 minit dan basuh dengan menggunakan air sejuk. Lakukannya setiap hari bagi mendapatkan kesan yang memuaskan anda.

#3. Serbuk kunyit.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama dengan jus lemon.Kacau sehingga sebatian pekat. Sapu pada bahagian dan kawasan jeragat. Tunggu sehingga kering & bilas. Amalkan seminggu sekali petua hilangkan jeragat ini.

#4. Teh hijau.

Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum di petang hari, ia juga diambil sebagai petua hilangkan jeragat pada wajah. 

Sifat antiradang & antiinflamasi pada teh hijau ini membantu juga mengurangkan iritasi pada kulit sekaligus merawat pelbagai masalah kulit termasuklah jeragat.

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit, gunakan teh bag itu dan sapu pada kawasan jeragat. Air rendaman teh hijau itu jangan dibuang, minumlah sehingga habis.

Petua hilangkan jeragat #1 sehingga #4 adalah petua tradisional yang pernah saya amalkan ketika bujang dulu - dulu. Sekarang selepas sudah berkahwin dan mempunyai anak - anak kecil, saya tidak berkesempatan untuk menggunakan petua ini selalu, sekali sekala sahaja. Nanti anak - anakku pun nak pakai juga, mana boleh tengok mama pakai sorang - sorang 😄

Ada petua lain hilangkan jeragat tak?

Sejak sudah kahwin dan menjadikan rutin harian amalan gaya hidup sihat sehingga kini sangat membantu mengatasi masalah jeragat ini. Petua hilangkan jeragat yang lebih mudah bagi saya adalah :

(1) Jaga pemakanan harian anda. Kurangkan pengambilan makanan & minuman yang tinggi gula. Seimbang antara protein, vitamin & mineral. Lebihkan makan sayur & buah. Sewaktu ketika dahulu mak - mak kita selalu pesan makanlah ulam, ulam elok untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Maka janganlah kita memusuhi sayur. Berkawan rapatlah dengan sayur & buah setiap hari.

(2) Disiplin dan menjadikan rutin harian untuk menggunakan produk penjagaan kulit muka YOUTH Shaklee. Kandungan utama youth ini adalah polifenol. Polifenol ini bersifat tahan lasak, antiradang & antiinflamasi. Ianya melindungi kulit muka anda dari dalam sehingga ke peringkat sel kulit.

Polifenol yang terdapat dalam Youth ini adalah dari anggur muscadine. Selain itu seperti pada gambar dibawah ini adalah antara kandungan utama dalam set produk penjagaan kulit Youth.

Hendak atau tidak memang anda perlu rajin dan jangan culas melakukan rutin membersih, menyegar & melembapkan kulit muka setiap hari.

(3) Aktif.

Kekal aktif mengikut tahap umur anda. Samada bersenam, berjalan kaki atau pun hiking. Apabila anda sentiasa aktif, pengaliran darah seluruh tubuh badan anda juga akan berjalan dengan lancar keseluruh organ termasuk kulit. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan kulit.

(4) Amalkan Vivix & Resv.
Vivix & ResV Shaklee ini sangat tinggi kandungan antioksidan. Sangat kaya dengan polifenol. Antioksidan ini sangat penting dalam membantu melambatkan tanda - tanda penuaan seperti:
  • Eye bag
  • Kedutan
  • Jeragat
  • Jerawat
  • Bintik hitam
Bagi yang bekerja di kawasan yang terdedeh dengan cahaya matahari (sinaran UV) & pencemaran, sangatlah bagus & disarankan mengambil vivix & ResV ini setiap hari.

Ya Vivix & ResV Shaklee boleh membantu masalah jeragat dengan berkesan. Manfaat antioksidan dalam vivix ini penting untuk membaiki & memulihkan sel - sel kulit mati atau rosak, Bila sel kulit rosak mwmbuatkan pertahanan kulit menjadi lemah sekaligus menyebabkan mudah naik jeragat. 

Kebaikan polifenol dalam vivix shaklee ini adalah:
  • Menyokong dalam pengeluaran kolagen yang sihat
  • Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan
  • Melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda berseri
Organ terbesar kita adalah kulit. Memperbaiki kulit seolah - olah memperbaiki seluruh tubuh badan kita. Inilah petua hilangkan jeragat yang paling berkesan masa kini. Mudah untuk diambil setiap hari.

Bonus - anda akan kelihatan awet muda dan tubuh badan juga semakin sihat. InsyaAllah.
Promosi Jun 2023 dengan kemudahan pembayaran secara ansuran bagi pengguna kredit kad Maybank.
  • Trio Vivix - 10% diskaun (RM 1,077.30/RM 179.55 x 6 bulan)
  • Trio ResV - 10% diskaun (RM 1,155.60/RM 192.60 x 6 bulan)
  • ResV-ivix - 5% diskaun (RM 785.70/RM 130.95 x 6 bulan)
Peluang anda untuk menikmati manfaat polifenol dalam Vivix & ResV Shaklee sebagai petua hilangkan jeragat yang paling berkesan.

Hubungi Aisyah K untuk dapatkan promosi bulan ini. Saya bersedia membantu memberikan konsultasi cara pengambilan supplement yang betul, sesuai & berkesan dengan tujuan kesihatan anda.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni Shaklee Berpantang Selepas Bersalin & Menyusukan Anak Sehingga Usia 2 Tahun.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung  setia & baru blog Aisyah K.  Sudah genap 9 tahun pada bulan Jun tahun 2014 saya mendaftar sebagai pengedar sah shaklee. Bermula dengan set supplement asas sahaja. Dari situ bermulalah pelbagai testimoni shaklee yang saya sendiri perolehi. Bermula dari bujang sehinggalah kini anak sudah ada 2 orang. Testimoni shaklee semasa hamil 9 bulan 10 hari. Testimoni shaklee semasa menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.  Ada juga testimoni shaklee ketika kulit muka naik jerawat.  Menakjubkan sungguh bila konsisten ambil supplement shaklee terbaik di Malaysia ini. Kulit muka saya kembali sihat dan jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan parut.  Paling menggembirakan adalah saya hanya fokus untuk 1 sahaja akan tetapi dapat 2 sekali testimoni shaklee sepanjang hamil, berpantang & menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kesan sampingan yang tidak disedari. Sebab fokus ketika itu hanya hendak sihat tubuh badan & anak pun sihat bersam

Keistimewaan & Kelebihan Pengedar Shaklee Kelana Jaya, Selangor.

Anda sedang mencari pengedar sah shaklee di kawasan sekitar Petaling Jaya, Selangor?  Salam perkenalan kepada semua pengunjung blog Aisyah K. Ya betul. Aisyah K adalah pengedar shaklee yang anda sedang cari. Secara khususnya, saya menetap di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Bersedia 24/7 untuk anda hubungi bagi mendapatkan produk shaklee serta perkhidmatan konsultasi penggunaan produk shaklee yang berkesan. Sedikit Pengenalan Sebagai Pengedar Shaklee . Pada 20 Jun 2014 saya adalah tarikh saya mendaftar sebagai pengedar shaklee . Hampir 9 tahun sudah bersama dengan shaklee. Bermula ketika masih bujang & sudah bekerja sehinggalah kini anak sudah 2 orang.   Bekerja di Klang. Ramai pengguna produk shaklee di sekitar kawasan Klang telah menghubungi saya bagi mendapatkan supplement shaklee dengan kadar segera.  Sebagai pengedar shaklee yang menetap di Kelana Jaya, sangat mudah untuk saya ke Home Office Shaklee di Sunway Geo Petaling Jaya. Sangat dekat. Hanya 5 minit sahaja dari te

Amalan Gaya Hidup Sihat Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang.

Mana satu pilihan anda?A atau B? (A) Ibu cepat lapar        Ibu kerap makan        Berat badan ibu bertambah        Berat badan ibu sukar nak turun        Ibu moody        Ibu lesu  Atau, (B) Tidak ada lagi masalah susu merudum        Ibu lebih cergas        Bayi lebih tenang (sebab cukup susu)        Ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)        Bayi membesar elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri. Pastinya mesti ramai yang memilih (B) tetapi bagaimana pula caranya? Saya akan kongsikan amalan gaya hidup sihat berdasarkan pengalaman saya menyusu & berpantang dua orang puteri, Maryam & Khadeeja di usia lewat 30.  Sekarang berusia 40 tahun. Bagi tahu awal - awal umur supaya anda juga akan rasa mampu menjalani dan melakukan amalan gaya hidup sihat seperti saya insyaAllah. Sebelum itu saya kongsikan terlebih dahulu apa rutin sebagai ibu yang bekerja, menyusukan anak & ketika berpantang selepas bersalin. Rutin Ibu Bekerja & Menyusukan Anak .  Bangun seawal pukul 4.30 pagi