Atau,
- Tidak ada lagi masalah susu merudum
- Ibu lebih cergas
- Bayi lebih tenang (sebab cukup susu)
- Ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)
- Bayi membesar elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri.
#1. Bersenam 2 kali seminggu.
Saya mula aktif bersenam ketika mengandungkan Khadeeja pada tahun 2020. Semasa di trismester kedua sudah mula melakukan senaman yang sesuai melalui Youtube dan selepas mendapat kebenaran daripada doktor O&G saya.
Dua kali seminggu sahaja saya bersenam selama 30 - 40 minit. Selebihnya saya hanya berjalan di waktu pagi atau petang di sekitar rumah sahaja. Tidak perlu pergi jauh -jauh. Yang pasti ajaklah suami bersama. Suami adalah penguat semangat saya untuk terus kekal aktif & mengeluarkan peluh.
Selepas selesai berpantang, saya masih meneruskan aktiviti bersenam dan berjalan kaki. Ketika ini masih bersenam dengan menonton Youtube. Boleh lihat antara senaman yang saya buat di bawah ini semasa mengandung & selepas berpantang.
11 September 2021 saya mula melakukan senaman bersama dengan geng/kumpulan Fit & Fab Ladies Shah Alam dibawah bimbingan jurulatih Aida (Coach Aida). Sepanjang tempoh PKP saya masih bersenam. Bersenam melalui Google Meet setiap hari Rabu malam & Ahad pagi. Coach Aida menyediakan jadual bersenam setiap bulan. Ya ada yuran bulanan. Hanya RM 80 sebulan.
Sehinggalah ke hari ini saya masih bersenam bersama dengan geng Fit & Fab Ladies. Selain sokongan dari suami, kumpulan seperti Fit & Fab Ladies ini sangat membantu untuk saya terus kekal konsisten dengan amalan gaya hidup sihat ini.
Semakin aktif, semakin lancar & banyak pula susu badan untuk dinikmati oleh Maryam & Khadeeja terutamanya selepas selesai bersenam.
#2. Intermittent Fasting & Detoks.
Saya pasti ramai yang sudah mengetahui apa itu intermittent fasting & detoks. Pasti juga ramai yang sudah melakukannya sebagai rutin bulanan & harian amalan gaya hidup sihat. Pernah atau tidak anda ketahui yang ibu menyusu juga boleh membuat intermittent fasting dan detoks tanpa mengganggu kuantiti susu badan? Saya pernah melakukannya.
Toksin dalam badan memang kena dibuang dengan lebih kerap, samada melalui senaman atau detoks.
Ketika Khadeeja berusia 4 bulan saya sudah mula melakukan detoks dan intermittent fasting. Saya melakukannya serentak selama 5 hari sebulan sekali atau dua bulan sekali. Saya melakukan amalan gaya hidup sihat ini tanpa rasa perit & merana malah sangat menyeronokkan apabila mendapat hasil susu badan yang mencurah - curah banyak & mencukupi.
Saya kongsikan dibawah ini apa yang saya alami ketika melakukan amalan gaya hidup sihat ini ketika masih menyusukan Khadeeja & juga Maryam. Tapi sebelum itu saya kongsikan apa yang saya makan untuk 5 hari detoks & intermittent fasting.
Perlahan - lahan ulang buat detoks & intermittent fasting ini badan akan rasa lebih dan sangat ringan terutamanya ketika melakukan rutin senaman. Hari pertama & kedua detoks memang badan akan rasa letih & melepek. Itu normal sebab badan tengah dalam proses menyingkirkan toksin - toksin.
Amalan gaya hidup sihat ini sangat membantu semasa saya di dalam fasa menyusukan Maryam & Khadeeja. Boleh rasa badan lebih bertenaga sebab dapat tidur yang cukup dan sangat lena, disamping toksin yang dikeluarkan melalui peluh & pembuangan najis yang lancar.
Detoks & intermittent fasting jika dibuat bersama dengan rutin senaman, percayalah anda akan rasa sangat berpuashati sebab berat badan boleh diturunkan dengan lancar.
#3. Kurangkan Pengambilan Gula Dalam Pemakanan Seharian.
Ibu menyusu sudah pasti pernah mengalami situasi cepat rasa lapar & selalu rasa lapar. Rasa hendak makan & mengunyah sesuatu lebih kerap. Menyusukan anak memang tidak asing lagi akan merasai semua ini.
Saya juga pernah alami dan rasainya. Selalu rasa hendak makan biskut celup dengan air teh o panas. Tapi saya rasa sesuatu yang tidak menyeronokkan apabila mengulang - ulang celup biskut dengan teh o panas. Melampau pula rasa lapar. Tidak kenyang mana pun. Ini berlaku semasa saya menyusukan Maryam. Berat badan semakin naik pula.
Bermula dari rasa itu, saya terus ambil keputusan untuk sedikit demi sedikit mengurangkan minuman dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan yang manis - manis pun saya sudah lama tidak ambil.
Amalan gaya hidup sihat seperti detoks dan intermittent fasting telah banyak mengubah deria rasa manis pada lidah saya. Badan saya secara automatik akan cepat memberi signal seperti cepat rasa mengantuk, kulit muka akan mula dinaiki jerawat - jerawat kecil dan sedikit moody jika saya makan benda yang manis atau tinggi gula.Percayalah jika banyak mengambil makanan atau minuman tinggi gula anda akan cepat rasa moody. Ibu menyusu perlu sentiasa tenang dan pandai mengawal emosi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula. Kawal rasa craving. Ambil makanan yang padat dengan nutrisi.
Barulah saya dan para ibu diluar sana boleh rasai perkara dibawah ini :
- tidak ada lagi masalah susu merudum
- ibu lebih cergas
- bayi lebih tenang (sebab cukup susu)
- ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)
- bayi membesar dengan elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri.
#4. Pengambilan Supplement Secara Betul & Bijak.
Amalan gaya hidup sihat yang saya lakukan seperti bersenam, detoks, intermittent fasting & mengurangkan pengambilan makanan & minuman tinggi gula ini banyak dibantu dengan pemilihan dan pengambilan supplement yang betul & berkesan.
Sudah pastinya saya memilih supplement shaklee. Berkesan. Selamat. Terbukti. Tahun 2021 - 2023. 3 tahun berturut - turut memenangi Anugerah "Trusted Brand" untuk kategori vitamin & supplement kesihatan oleh Reader's Digest .
Apa supplement yang saya amalkan dari bujang, semasa hamil, menyusukan anak & berpantang selepas bersalin? Inilah senarai vitamin yang saya dan suami ambil secara harian sejak tahun 2014 (masih bujang) sehinggalah sekarang.
Supplement Asas Ibu Hamil,Menyusu & Berpantang |
Hamil, berpantang, bersenam, detoks & intermittent fasting & menyusukan anak secara sihat dan menggembirakan. Semua ini banyak disokong dengan pengambilan supplement shaklee.
Bermula dengan supplement harian (Best Seller Set):
- ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
- B Complex
- Sustained Release Vita - C Plus
- Omega Guard
- Ostenutrix
Saya percaya pengambilan nutrisi yang baik sangat memainkan peranan penting dalam amalan gaya hidup sihat. Nutrisi yang asas inilah yang diperlukan untuk menyokong kesihatan yang optimum.
Selapas berkahwin dan mahu ikhtiar hamil, saya dan suami cuma tambah beberapa supplement untuk dilengkapkan bersama dengan supplement harian:
- CoQ - Trol Plus
- Vivix
- Zinc Plus
- Vita - Lize
Untuk ikhtiar hamil ini, disarankan untuk dibuat bersama dengan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam, detoks & intermittent fasting dan kurangkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula. Elakkan dari makan makanan segera atau fast food jika boleh. Saya sendiri sudah lama berhenti makan fast food. Rasanya ada dalam 8 tahun.
Sudah berjaya hamil anak pertama pada bulan Disember 2017, iaitu 4 bulan selepas bernikah. Hamil anak ke-2 pada Disember 2019. Alhamdulillah. Maka sepanjang tempoh kehamilan saya amalkan supplement harian seperti diatas dan Vita-Lize.
Ibu gembira = bayi sihat. Nutrisi yang lengkap adalah kunci kepada ibu dan bayi yang lebih sihat dan kehamilan yang menyeronokkan!
Bacaan HB normal, tekanan darah tinggi pun normal pada setiap kali temujanji dengan doktor O&G, bacaan gula dalam darah pun normal walaupun dua kali kena minum air gula. Berat badan ketika hamil hanya naik 1 kg sebulan secara purata. Berat anak ketika lahir pun normal. 2,91kg & 3,2kg.
Keputusan ujian bacaan gula dalam darah |
Saya bersenam juga mengikut kesesuaian semasa di trimester ke - 2 disamping mengambil supplement ketika hamil 9 bulan 10 hari.
Ketika berpantang selepas bersalin secara pembedahan, makanan ketika berpantang adalah makanan biasa yang diambil setiap hari. Suku - suku separuh. Lebihkan sayur & buah dan juga ikan.
Perjalanan keibuan yang menggembirakan. Saya memulakan perjalanan sebagai seorang ibu dengan pengambilan supplement shaklee juga. Set menyusu & berpantang. Sama sahaja seperti supplement harian yang diambil sebelum ini, cuma saya menambah:
- Res-V
- Alfafa Complex
- Lecithin
Bagi memberi sokongan ketika melakukan amalan gaya hidup sihat, terutamanya senaman dan detoks & intermittent fasting, inilah supplement tambahan yang saya amalkan selain supplement harian/set hamil/set menyusu & berpantang.
- DTX Complex
- Herb-Lax
- ESP
- Vivix
- Alfafa Complex
- Cinch Shake
- Bantu mengawal rasa craving.
- Bantu berikan tenaga sehingga ke peringkat sel.
- Bantu hasilkan susu badan yang banyak & mencukupi untuk anak.
- Bantu kekalkan berat badan yang normal.
- Bantu menguatkan sistem immun badan.
- Memelihara kesihatan organ hati.
- Tidak ada lagi masalah susu merudum
- Ibu lebih cergas
- Bayi lebih tenang (sebab cukup susu)
- Ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)
- Bayi membesar elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri.
Comments
Post a Comment