Skip to main content

Posts

Showing posts from August 5, 2023

CoQ10 Wajib Ambil Jika Mahu Ikhtiar Hamil.

Gitu sekali tajuk entri blogku. Tapi, ya memang betul. Jika anda adalah antara yang sedang ikhtiar untuk hamil sangat wajib amalkan CoQ10 ini setiap hari atau setiap kali kitaran haid bulanan isteri anda. Opps, bukan hanya isteri sahaja yang perlu ambil & amalkan, encik suami pun sama ya. Sebab ushah untuk ikhiar hamil mesti datang dari kedua belah pihak. Setuju tak? Mari teruskan pembacaan. Apa itu Coenzyme (CoQ10)? CoQ10 merupakan zat makanan larut minyak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungi dengan lebih baik. Coenzyme Q10 ini adalah salah satu vitamin yang amat disarankan diamalkan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. CoQ10 adalah sebahagian daripada rantai pengangkutan elektron yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga dalam sel - sel kita. Ianya juga berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan kesan merosakkan radikal bebas pada sistem pembiakan.  Semakin kita meningkat usia, tahap CoQ10 secara semulajadi akan berkurang. Den