Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Raya

Petua Hilangkan Jeragat Yang Paling Berkesan.

Amalan gaya hidup sihat sangat banyak membantu bagi menghilangkan jeragat yang sudah lama bertapak pada kulit muka. Akan tetapi tidak ramai yang boleh konsisten dengan amalan gaya hidup sihat ini. Apa amalan gaya hidup sihat itu? Boleh baca dengan lebih terperinci pada enti blog saya sebelum ini. Antaranya bersenam, detoks & IF dan mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian. Sebelum saya kongsikan apa petua hilangkan jeragat , mari saya kongsikan apa itu jeragat & apa pula punca munculnya jeragat pada kulit wajah kita. Apa itu jeragat & punca jeragat muncul ? Jeragat adalah tompok - tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung & kawasan sekitar mulut. Ianya berwarna lebih gelap dari kulit muka yang asal dan menyebabkan tona kulit jadi tidak sekata.  Jeragat sebenarnya bukan di lapisan luar kulit muka, ia sebenarnya mempunyai akar sehingga ke lapisan bawah kulit. Boleh rujuk gambar dibawah ini. Sampai bila perlu pakai make - up tebal...

Hari Raya Open House Keluarga & Rakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K. Panjang cuti raya kali ini. Bersambung pula dengan cuti hari pekerja & hari wesak. Aisyah tidak ambil cuti raya yang panjang tahun ini. Isnin - Rabu tempat kerja memang sudah bagi cuti. Maka hari Khamis terus masuk kerja. Boleh dikira berapa orang staf yang sudah mula bekerja.  Hari Raya Open House Bersama Dengan Keluarga Yang Paling Di Nantikan.  1 Syawal 1444H Aisyah berkesempatan solat sunat Aidilfitri di rumah mak abah di Seksyen 27 Shah Alam. Kali pertama sejak 5 tahun berkahwin. Berpagi - pagian ke rumah mak abah.  Hari raya pertama inilah open house Aisyah. Makan sama - sama dengan mak abah & adik beradik serta suami dan anak - anak. Cuma abang sulung beraya di Bentong, Pahang manakala kakak saya beraya di Johor (tak ingat nama kampung di sana 🤭). Menu utama sudah semestinya dari air tangan mak. Kuah lodeh. Ada banyak sayur dalam kuah lodeh. Itu yang sangat seronok makan menu kuah l...