Skip to main content

Hari Raya Open House Keluarga & Rakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K. Panjang cuti raya kali ini. Bersambung pula dengan cuti hari pekerja & hari wesak.

Aisyah tidak ambil cuti raya yang panjang tahun ini. Isnin - Rabu tempat kerja memang sudah bagi cuti. Maka hari Khamis terus masuk kerja. Boleh dikira berapa orang staf yang sudah mula bekerja. 

Hari Raya Open House Bersama Dengan Keluarga Yang Paling Di Nantikan. 

1 Syawal 1444H Aisyah berkesempatan solat sunat Aidilfitri di rumah mak abah di Seksyen 27 Shah Alam. Kali pertama sejak 5 tahun berkahwin. Berpagi - pagian ke rumah mak abah. 

Hari raya pertama inilah open house Aisyah. Makan sama - sama dengan mak abah & adik beradik serta suami dan anak - anak. Cuma abang sulung beraya di Bentong, Pahang manakala kakak saya beraya di Johor (tak ingat nama kampung di sana 🤭).

Menu utama sudah semestinya dari air tangan mak. Kuah lodeh. Ada banyak sayur dalam kuah lodeh. Itu yang sangat seronok makan menu kuah lodeh di pagi raya. Menu yang paling sihat di anatra yang lain. Hehe 😁. Kalau bertambah kuah lodeh ini pun tidak rasa bersalah sangat.

Selain kuah lodeh, mak masak juga rendang ayam. Rebus nasi himpit. Terima kasih adik ipar ku Maisarah yang membantu mak di dapur. Maisarah ini isteri kepada adik lelaki saya, Basyir. Bermalam di Seksyen 27 Shah Alam sehari sebelum 1 Syawal.

Oh ya lupa. Adik Iparku bawa kuah kacang. Ok sambung baca lagi perenggan seterusnya.

Aisyah masak siap - siap pulut kuning dan sambal ikan bilis selepas subuh.  Kek batik sebagai pencuci mulut. Menjadi rebutan sungguh. Anak - anak sedara la yang paling suka makan. Licin satu bekas besar. 

Abang nombor 2 Aisyah, Hamzah namanya bawa 2 batang lemang. 

Masing - masing bawa sikit makanan. Bila sudah dikumpulkan nampak banyak juga menu di pagi raya. Mujur Aisyah tangguhkan untuk masak rendang ayam di hari raya ke - 2. Tidak mahu membazir konsepnya

Bersusun Hari Raya Open House.

Pasti sedang rancak & bersusun jemputan hari raya open house sekarang ini. Hujung minggu sudah pasti banyak jemputan. Paling menyeronokkan jikalau sudah selesai berpuasa sunat 6 Syawal. Hadir ke open house raya untuk raya kali ke - 2.




Teruskan aktiviti ziarah menziarahi. Erat silaturrahim. Sambil makan - makan juadah hari raya open house yang pasti sungguh enak😋.

Pejabat anda sudah buat hari raya open house? Jemput - jemputlah Aisyah ya 😁. 

Bila Pula Hari Raya Open House Di Pejabat Aisyah?

Sampai di pejabat semasa ramai lagi yang masih bercuti, secara tiba - tiba terlintas di fikiranku soalan ini “bila ya pejabat akan buat open house raya di pejabat?” 😁 

Boleh pula terlintas soalan open house raya. Sunyi sepi pejabat masa itu. Tidak lain tidak bukan mestilah terfikir tentang raya. Lagu hari raya pun masih di pasang pada kebanyakkan stesen radio.

Tunggu sahajalah semua masuk kerja lagi satu minggu. Mesti ada punya hari raya open house di pejabat. Sabar menanti memo permakluman dari pengurusan. 

Sementara menunggu, Aisyah terus mulakan puasa sunat 6 hari di bulan syawal. Semoga apabila tiba masanya hari raya open house pejabat, saya sudah selesai puasa sunat syawal. 

Minggu lepas hari Jumaat (5/5/2023) sudah dimaklumkan bila akan diadakan hari raya open house pejabat. Perasan saya? Pastinya gembira. Sebab itu yang dinantikan. Satu lagi sebab raikan raya kali ke - 2 sempena selesai puasa sunat syawal. 

Jumaat bersamaan 21 Syawal 1444H (12/5/2023), hari raya open house pejabat pengurusan hira. Tempat kerjaku sejak 2009. Lamanya. Ya hampir 14 tahun. 

Persiapan sebelum hari raya open house di pejabat seperti biasa adalah mendekorasi bertemakan “kampung style” bersama - sama rakan sekerja. 

Oleh kerana Aisyah tidak berkesempatan hadir hari raya open house pejabat, maka bermulalah lakaran & fikirkan prop yang sesuai mengikut tema. 

Alhamdulillah mujur Hira Catering ada semua barang keperluan dan gunakan hiasan yang sediada di pejabat. Konsepnya masih tidak mahu membazir 😁. 

Rabu, 10/5/2023 Aisyah bersama kawan - kawan pejabat memulakan kerja menghias & dekorasi raya kampung style. Kenapa mula awal sangat? Sebab Aisyah tidak dapat hadir tapi nak juga rasakan suasana rewang. 

Maka inilah hasil sentuhan tangan yang sangat kreatif dari warga kerja Institusi Pendidikan Hira selepas seharian berganding bahu tangan & kaki.



Oleh kerana Aisyah tidak dapat hadir hari raya open house pejabat Jumaat ini, maka ambillah peluang ber”selfie” dengan hasil dekorasi hiasan untuk tetamu ber”OOTD”


Aisyah rakamkan juga kenangan dalam bentuk video. Video ala - ala trend sekarang  “Wes Anderson” tu. Hehe 😁.

Cuba komen selepas sudah tonton video ala - ala “Wes Anderson” Aisyah. Percubaan pertama video ku 😁. Trend raya tahun 2023 gitu. 

Apa Aktiviti Semasa Hari Raya Open House?

Selain bermaaf - maafan di pagi raya sambil menghulurkan duit raya kepada anak sedaraku yang ramai, mestilah mahu bergambar banyak - banyak untuk kenangan bersama keluarga. 

Ya, betul. Ambil gambar. Selfie. Selagi matahari belum terasa panas terik Selagi itulah aktiviti bergambar tidak berhenti. Sebagai kenangan untuk ditatap semula bukan hanya untuk disimpan. Betulkan? 😁

Agihan duit raya dari nenek - nenek 😁
Sepupu Maryam, Nusrah ❤️
Paklang Aisyah, adik abahku ❤️
Berpanas terik pun masih nak bergambar
Aisyah bersama puteriku, Fatimah Az Zahra
Anak bujangku, Zayd Fariz
Mana Maryam? 😁
Aisyah & Mizy ❤️
Adik ipar Aisyah, Kak Yasmin ❤️
Bersama ibu mertua❤️

Juadah Di Hari Raya Open House. 

Juadah apa yang anda bayangkan akan terhidang di atas meja makan sebelum tiba di open house raya? Juadah - juadah open house raya sudah semestinya enak belaka. Mesti rasa hendak makan macam - macam juadah. 

Tengah mengidam laksa johor pulak sekarang

Saya akan kongsikan cara bagaimana anda masih boleh menikmati semua juadah di hari raya open house tanpa rasa bersalah atau terpaksa pilih mana yang patut makan & tidak makan. 

Nantikan perkongsian seterusnya di dalam entri blog Aisyah K. Sebelum itu mari baca cerita bagaimana penyediaan juadah hari raya open house yang menjimatkan & pantas dari kawan saya Fatin.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ 

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Rahsia Dapat Cash Rebate Setiap Bulan : Dapat Makan Supplement PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia & baru blog Aisyah K.  Puasa pun sudah, raya pun sudah. Mari kita bekerja lebih gigih dan efektif. Peluang pekerjaan diluar sana sangat banyak sejak tahun 2022 sehingga kini. Berniaga mahupun bekerja dengan gaji tetap pada setiap bulan masing - masing mempunyai cabaran turun & naiknya. Cash Rebate Pertama Pada Tahun 2015. Aisyah sendiri masih bekerja tetap di sebuah syarikat swasta dari tahun 2009 sehingga kini. Pada masa yang sama saya membuat bisnes shaklee secara diatas talian sahaja. Bermula aktif dalam bisnes shaklee ini dari tahun 2017 sehingga kini. Tahun 2015 saya hanya sebagai pengguna produk supplement shaklee terbaik di Malaysia. Setiap bulan konsisten amalkan produk supplement asas shaklee. Tidak menyangka pula sambil makan supplement shaklee setiap bulan secara konsisten, dapat pula cash rebate. Tidak pernah terfikir pun boleh dapat bonus tunai pada setiap bulan. Ketika tahun 2016 hanya memikirkan mahu...