Skip to main content

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami. 

Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT. 

Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁. 

Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023;

1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023.

2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja. 

3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅.

4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yang demam. Tapi gagahkan diri juga utk pastikan anak2 sihat. Sambil tu mama makan/telan vitamin Shaklee 😁. 

5. Ujian mendatang lagi. Selepas semua sudah kembali sihat di bulan Februari 2023, saya diuji dengan missed misscarige. Mase check up heart beat janin masih ade tapi tak grow dengan baik. Di minggu ke 8 heart beat sudah tiada dan berlaku bleeding & diakhiri dengan prosidur D&C pada bulan Mac 2023. Redha! Bab pregnant tu kite boleh usaha lagi😁🤭💪🏻. 

6. Ujian kewangan keluarga. Actually it start happend since PKP 2021/2022. Alhamdulillah  its getting much better slowly in Aug 2023. Biarlah rahsia apa yang telah terjadi. Perasaan trauma pun ada. But alhamdulillah syukur family sangat - sangat membantu kami. 

7. September 2023 sejurus selepas habis buat 30 hari cabaran transformasi (dapat la turun 2kg😁), saya disahkan hamil lagi😁. Alhamdulillah. Awal2 pregnant just bagi tahu mak abah & kakak jer. Officemate pun hanya 2 @ 3 orang je yang tahu. Ujian di minggu ke -4, ade bleeding sikit dan terus jumpa doktor O&G di KPJ Damansara. Dapat ubat utk kuatkan rahim. Alhamdulillah check up on 6 weeks janin sudah ade heart beat dan bleeding pun dah stop. Syukur alhamdulillah. Morning sickness kali nie sgt teruk. 

8. Ujian datang lagi😁. Akhir Okt 2023 sekali lagi Maryam & Khadeeja diuji dengan influenza B pulak. Kali nie saya dan suami decide utk admit hospital Columbia. Alhamdulillah sudah ada takaful medik dan baru je 3 bulan aktif pelan perubatan tu utk kami sekeluarga. Khadeeja yg admitted dulu, 2 hari lepas tu Maryam pulak & disusuli dengan saya admitted (2 kali ambil ujian darah sebab doktor nak kepastian tapi result masih demam biasa je) selepas 6 hari menjaga depa berdua dengan suami. Doktor sempat check bacaan gula dlm darah saya, alhamdulillah normal😁. 

Mase nie saya pregnant 11 minggu. Double letih sekali lagi. Emotionally memang turun naik mcm roller coster. Sambil jaga anak dengan suami di hospital, saya perlu bekejar ke KPJ utk buat check up pregnant. Mase nie belum demam lagi. Tapi muka memang nampak sangat letih bila jumpa dengan doktor O&G ku. Dia pun perasan keadaan saya mase tu yg keletihan. 

Diuji lagi semasa check up baby, sekali lagi baby tak grow mengikut minggu yang sepatutnya dan heart beat pun dah takde😭. Tapi takde bleeding pun sepanjang saya jaga anak2 di hospital. Doktor kate mungkin sebab kromosom yang terbentuk tidak normal & mencukupi. So missed misscarige for the 3rd time. Redha! Pasti ada hikmahnya❤️

Selesai buat prosidur D&C, Maryam dan Khadeeja pun dah boleh discharge dari hospital. Kembali sihat. Alhamdulillah syukur ❤️.

9. Berpantang la seperti biasa selepas missed misscarige sebanyak 2 kali sepanjang tahun 2023. Berpantang dengan set berpantang Shaklee plus vivix & ResV. Panggil CL jugakutk berurut & bertungku. Alhamdulillah rezeki utk CL ku jua😁.

⭐️⭐️ Tahun 2024 memang saya looking forward utk pregnant lagi lepas nie. Doakan ya!😁. Beri perhatian sepenuhnya utk Maryam & Khadeeja yang sedang membesar dengan bijaknya😁

Jan 2024 jugak saya akan start semula rutin workout dengan coach Shahima Aida💪🏻. Sebelum tu warning up dulu dengan running 3KM.

Semoga tahun 2024 menjadikan kita semua lebih dekat dengan Allah SWT, lebih bersyukur dan lebih sabar dengan apa ujian yang mendatang. Allah uji kerana Allah sayang pada hamba - hambanya❤️.

#coretan2023

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari semi...

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...