Skip to main content

Posts

Showing posts from September 2, 2023

5 Keperluan Asas Wanita Mengandung Dengan Sihat.

" Abang, mama pregnant! MasyaAllah seronoknyaaaaa". Ketika moment tu rasa macam nak lompat ke bintang kan. Esok terus rasa tak larat. Hahaha. Umumnya ramai yang bersetuju bahawa pada trimester pertama adalah tempoh masa yang paling sukar untuk wanita mengandung hadapi. Rasa ketidakselesaan yang kita sendiri tak tahu nak ungkapkan dengan kata - kata yang tepat. Perubahan fizikal tidak terlalu ketara lagi masa trimester pertama. Tapi dia punya rasa letih memang tidak boleh nak bawa bincang langsung. Lebih berat lagi apabila ditambah dengan perasaan dan emosi bercampur baur. Seronok, stress, risau, takut semua ada. Belum lagi dengan rasa mual, nak termuntah, lidah rasa semua tak sedap.  Sangat overwhelming. Disini saya ingin kongsikan 5 keperluan wanita mengandung .  #1. Sokongan moral & emosi dari ahli keluarga . Apabila seseorang wanita disahkan mengandung, segala jenis hormon akan berubah. Emosi boleh jadi kejap ok kejap tak ok kejap lagi rasa nak menangis. Pelbagai rasa