Skip to main content

5 Keperluan Asas Wanita Mengandung Dengan Sihat.

"Abang, mama pregnant! MasyaAllah seronoknyaaaaa". Ketika moment tu rasa macam nak lompat ke bintang kan.

Esok terus rasa tak larat. Hahaha.

Umumnya ramai yang bersetuju bahawa pada trimester pertama adalah tempoh masa yang paling sukar untuk wanita mengandung hadapi. Rasa ketidakselesaan yang kita sendiri tak tahu nak ungkapkan dengan kata - kata yang tepat.

Perubahan fizikal tidak terlalu ketara lagi masa trimester pertama. Tapi dia punya rasa letih memang tidak boleh nak bawa bincang langsung. Lebih berat lagi apabila ditambah dengan perasaan dan emosi bercampur baur. Seronok, stress, risau, takut semua ada. Belum lagi dengan rasa mual, nak termuntah, lidah rasa semua tak sedap. 

Sangat overwhelming.

Disini saya ingin kongsikan 5 keperluan wanita mengandung
#1. Sokongan moral & emosi dari ahli keluarga.
Apabila seseorang wanita disahkan mengandung, segala jenis hormon akan berubah. Emosi boleh jadi kejap ok kejap tak ok kejap lagi rasa nak menangis. Pelbagai rasa dan turun naik emosi. 
Emosi wanita mengandung perlu sentiasa tenang. Maka disinilah peranan suami terutamanya dimainkan. Elakkan wanita mengandung ini dari rasa sunyi, kena selalu ada bersamanya, dengar segala luahan rasa dan cerita darinya.

Penuhi keperluan emosinya dan berikan sokongan moral untuk wanita mengandung ini melalui fasa - fasa mengandung sehinggalah selamat melahirkan. Ahli keluarga selain suami sendiri juga amatlah digalakkan untuk memberikan sokongan moral.

Bantu dari segi nasihat dan tunjuk ajar serta bekongsi tips & pengalaman.

#2. Makanan yang berkhasiat
Wanita mengandung sebenarnya memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian anda sebelum mengandung. Lebih - lebih lagi jika anda sedang berada dalam trimester kedua dan ketiga. 
Apakah contoh makanan untuk wanita mengandung perlu amalkan dalam pemakanan harian?
  • Kekacang : sumber berasakan tumbuhan yang baik untuk mendapatkan serat, protein, zat besi, folat dan juga kalsium. Folat amat diperlukan untuk kesihatan wanita mengandung dan juga janin, terutama sekali pada trimester pertama.
  • Tenusu :  wanita mengandung perlu mengambil jumlah protein tambahan dan juga kalsium untuk memenuhi keperluan janin yang sedang berkembang.
  • Ubi keledek : kaya dengan kandungan beta katorena, sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam tubuh badan. Vitamin A amat diperlukan untuk tumbesaran. janin yang sihat.
  • Telur : sumber terbaik bagi kolin, yang mana ianya sangat penting dalam kebanyakkan proses pembangunan dan kesihatan otak. 
  • Brokoli dan sayur berdaun : sayur kale dan bayam mengandungi banyak vitamin yang diperlukan oleh wanita hamil. Ada serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, zat besi, kalsium dan folat. Sangat membantu dalam mengelakkan sembelit.
#3. Tidur yang lena & berkualiti. 
Tidak cukup tidur bukan sahaja dialami selepas melahirkan anak. Malah sebelum melahirkan atau ketika wanita mengandung juga turut mengalaminya. Trimester ketiga adalah saat dimana akan rasa ketidakselesaan setiap kali mahu tidur.
Kerap terjaga, kerap rasa nak terkencing dan rasa sakit - sakit badan mengganggu kualiti tidur wanita mengandung. Perut sudah membersar. Posisi tidur pun kerap bertukar - tukar bagi mencari keselesaan.

Bagaimana untuk mendapatkan tidur yang lena?
  • Konsisten dengan waktu tidur pada setiap hari. Jika sudah biasa tidur jam 10 malam, lakukannya setiap hari.
  • Pilih posisi tidur yang lebih selesa.
  • Letakkan bantal yang lebih pada bahagian belakang badan atau antara kaki.
  • Bersenam pada siang hari. Berjalan kaki pun dah ok.
  • Jangan makan 2 atau 3 jam sebelum waktu tidur biasa anda.
  • Minum segelas susu suam. Minum ESP suam pun sedap dan rasa selesa sangat perut.
#4. Pakaian yang selesa.
Sudah banyak di luar sana pilihan pakaian selesa untuk wanita mengandung. Dari pakaian harian sehinggalah untuk hari raya. Tapi persoalannya, perlukah membeli baju yang khusus untuk wanita yang mengandung?

Ramai yang beranggapan boleh aje pakai baju yang sudah ada dalam almari tu, tidak perlu beli baju khusus ketika mengandung. 

Namun tidak semua pakaian yang ada itu sesuai dipakai oleh wanita mengandung kerana saiz badan akan berubah sepanjang kehamilan.
Semakin hari semakin membesar saiz perut wanita mengandung. Tidak perlu beli yang mahal atau mewah. Paling penting ianya selesa disamping tetap bergaya dipakai setiap hari.
  • Fabrik lembut yang serap peluh.
  • Pilih baju wanita mengandung yang mesra menyusu. Lebih jimat!
  • Pilih seluar dengan rekaan yang sesuai dengan wanita mengandung
  • Pakaian dalam (seluar & baju kecil) dipilih mengikut keselesaan dan saiz perut. Pilih juga yang ada getah yang mudah @ boleh laraskan.
#5. Pemeriksaan sepanjang wanita mengandung (maternity check - up).
Bagi memastikan kandungan anda itu tetap sihat, anda perlu menjalani pemeriksaan sepanjang mengandung pada setiap bulan. 
Pemeriksaan ini ada tujuannya pada setiap trimester dan kekerapannya bergantung kepada tahap kesihatan wanita mengandung itu & perkembangan bayi dari semasa ke semasa.
  • Trimester pertama : Pemeriksaan darah (mengetahui jenis darah, tahap hemoglobin dalam darah), ujian air kencing (tahap gula dalam air kencing, jangkitan saluran kencing, & hormon hCG) dan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan dan menganggarkan EDD
  • Trimester kedua : Pemeriksaan darah pada trimester ini adalah bertujuan untuk mengetahui samada ada kelainan pada saraf tulang belakang dan kemungkinan down syndrome. Ujian air kencing dilakukan lagi pada trimester kedua untuk memeriksa kemungkinan praeklampsia. Pemeriksaan ultrasound untuk melihat pemkembangan/pergerakan janin & mengukur panjang rahim.
  • Trimester ketiga : Ujian air kencing dan pemeriksaan darah masih perlu dilakukan bagi tujuan pemantauan. Pemeriksaan ultrasound pada trimester ini adalah untuk memeriksa jumlah air ketuban, perkembangan janin, ukur tulang peha, kepala dan perut bayi. 
Pada trimester ketiga ini juga, pemeriksaan ultrasound dilakukan bagi mengetahui kedudukan bayi samada songsang atau tidak, kadar degupan jantung bayi, kedudukan uri dan servik samada sudah bersedia untuk bersalin atau belum.

Nampak seperti sama sahaja jenis pemeriksaan pada setiap trimester, tapi tujuannya adalah berbeza. 

Pemeriksaan lain yang dilakukan secara rutin adalah timbang berat badan & ambil bacaan tekanan darah.

Semua jenis pemeriksaan ini perlu dilakukan bagi memastikan keadaan wanita mengandung dan bayi sentiasa sihat sepanjang proses kehamilan.

Semoga perkongsian 5 keperluan asas wanita mengandung dengan sihat ini bermanfaat untuk para wanita yang sedang mengandung di luar sana. Boleh juga kongsikan entri saya ini kepada bakal ibu agar sama - sama menjalani proses kehamilan dengan sihat & selamat, insyaAllah.

Nantikan sesuatu yang baru bakal tiba. Shaklee X Tanamera!

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari seminggu dengan kaedah

7 Tips Raya Dengan Shaklee Lebih Sihat & Cergas.

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri kepada pengunjung setia blog Aisyah K. 29 Ramadan lalu mesti ramai yang menanti pengumuman tarikh 1 Syawal.  Sambil menunggu pengumuman sambil itu berfikir  pukul berapa yang sesuai nak masak rendang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, bakar lemang & biskut raya. Alhamdulillah tahun 2023 kitam semua berpeluang berpuasa selama 30 hari.  Semoga Allah menerima amal soleh kita. Aameen تقبل   الله   منا   ومنكم   صالح   الأعمال  كل   عام   وأنتم   بخير Kemeriahan Syawal Tahun Ini. Ada yang sudah mula berpuasa sunat di bulan Syawal? Belum? Saya pun belum mula lagi 😁. Mood raya masih tengah meriah lagi. Aktiviti ziarah menziarahi pun masih berjalan tanpa henti.  Setahun sekali. Mesti meriah suasana bersama dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu.  Dari Kelana Jaya SS6/2 ke Seksyen 27 Shah Alam rumah mak abah Aisyah K. Kembali semula ke Kelana Jaya SS5/2 rumah mak mertua. Raya dirumah mertua SS5/2 Kelana Jaya Sana sini meriah dengan makanan di p

5 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung blog Aisyah K. Aisyah ada topik menarik yang nak dikongsikan dengan korang untuk enti kali ini. Topik ini saya belajar secara depan dengan Prof Dr Redza Rahman bersama dengan peserta di dalam program Shaklee Business Solution 18/3/2023 yang lalu.  Rezeki betul bila saya dapat sertai program satu hari ini di Dewan Kelana Tabung Haji Kelana Jaya.  Ada satu slot pada sesi petang, masyaAllah..subhanallah..serius tau saya takde mengantuk langsung, takde rasa nak tertidur pun tapi tetap setia & menanti - nantikan untuk mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang doktor yang kepakarannya dalam bidang "Science of Nutraceuticals". Sangat mudah nak faham. Sampai saya tertanya banyak kali dalam hati, "betul ke Dr Redza nie seorang saintis", mudah sangat cara penerangan yang diberikan, orang biasa seperti saya yang bukan dalam bidang sains & kurang memahami terma - terma dalam bidang sains ini, sangat