Skip to main content

Posts

Showing posts from June 20, 2023

Amalan Gaya Hidup Sihat Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang.

Mana satu pilihan anda?A atau B? (A) Ibu cepat lapar        Ibu kerap makan        Berat badan ibu bertambah        Berat badan ibu sukar nak turun        Ibu moody        Ibu lesu  Atau, (B) Tidak ada lagi masalah susu merudum        Ibu lebih cergas        Bayi lebih tenang (sebab cukup susu)        Ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)        Bayi membesar elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri. Pastinya mesti ramai yang memilih (B) tetapi bagaimana pula caranya? Saya akan kongsikan amalan gaya hidup sihat berdasarkan pengalaman saya menyusu & berpantang dua orang puteri, Maryam & Khadeeja di usia lewat 30.  Sekarang berusia 40 tahun. Bagi tahu awal - awal umur supaya anda juga akan rasa mampu menjalani dan melakukan amalan gaya hidup sihat seperti saya insyaAllah. Sebelum itu saya kongsikan terlebih dahulu apa rutin sebagai ibu yang bekerja, menyusukan anak & ketika berpantang selepas bersalin. Rutin Ibu Bekerja & Menyusukan Anak .  Bangun seawal pukul 4.30 pagi