Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita dan Seisi Keluarga.

Al - Khabir, Allah SWT lebih teliti dan terperinci tahap pengetahuan - Nya. Yang cuba disembunyikan pun Dia tahu. Yang dah lepas dan akan datang pun Dia tahu semuanya. Masya-Allah! Tuhan yang hebat. Saya teringat ustaz cakap, dunia ini Allah yang punya. Kita nak lari ke mana?  Mengetahui nama dan sifat Allah al - Khabir boleh membuatkan diri saya dan mereka yang diuji rasa terpujuk. Takpe, Allah tahu semuanya Di sinilah hati boleh memaknai kata - kata cukuplah Allah bagiku. The moment kita yakin Allah tahu semuanya, di situlah bermulanya sebuah penyembuhan jiwa. #1. Doa saat kita diuji . Saya selalu berpegang jika Allah menguji seseorang hambaNya, itu tandanya Allah ingat pada kita dan sayang pada kita.  Saya dan keluarga diuji oleh Allah. Suami saya hampir 5 bulan belum menerima bayaran gaji bulanannya. Sungguh memang terasa berat ujian ini untuk kami sekeluarga. Sepanjang 5 bulan itu, semua perbelanjaan bergantung dengan gaji bulanan saya sahaja.  Di sini Allah sangat mengajar diri s

Vitamin Untuk Wanita Sepanjang Hayat.

Sumbangan wanita kepada insan - insan di dalam kehidupan mereka tidak terhitung banyaknya, tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu. Sayangi diri anda dan wanita di sekeliling anda dengan memberi tumpuan kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan diri yang betul. (A) Vitamin untuk wanita : Dewasa Kesan semulajadi akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang bulan dan kehidupan yang sibuk menyukarkan wanita untuk mengekalkan berat badan normal, tahap tenaga yang mencukupi dan kulit yang sihat berseri. Kaedah pemakanan yang betul menjadi kunci utama untuk wanita kekal cergas dan yakin dalam menghadapi cabaran setiap hari. Apabila wanita itu yakin dirinya yang terbaik, maka penampilan dan tindakannya juga tampik dengan terbaik! (B)  Vitamin Untuk Wanita : Sebelum Hamil & Kehamilan . Penjagaan kesihatan wanita adalah sangat penting, lebih - lebih lagi ketika dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Kesihatan sebelum kehamilan bukan sahaja menin

Cepat Hamil Wajib Ada Vitamin E Dalam Diet Harian Suami Isteri.

Topik ikhtiar hamil sehingga berjaya sangat rapat dengan diri saya dan suami.  Sebab? Saya sendiri sedang berusaha untuk hamil anak ke -3 selepas keguguran 5 bulan yang lalu. Saya dan suami bersama - sama sedang berusaha. Usaha dari pelbagai segi. Paling penting gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat yang kami sama - sama sedang buat dan menjadi amalan harian adalah; Intermittent fasting Detoks sebulan 2 kali Bersenam 2 kali seminggu Ambil supplement Shaklee Tidur yang berkualiti dan mencukupi. Paling utama dalam bab ikhtiar untuk cepat hamil, saya dan suami ada berjumpa dengan doktor  Gynaecologist and Obstetrician yang sudah kami kenali sejak mengandung Maryam tahun 2018 bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk cepat hamil. Fokus saya untuk entri ini adalah m engapa saya katakan wajib ambil vitamin E di dalam diet harian pasangan suami isteri? Vitamin E Untuk Suami/Lelaki. Vitamin E adalah antioksida yang melindungi sel anda dari rosak. Di kalangan lelaki, vitamin E mempunyai pelbag

CoQ10 Wajib Ambil Jika Mahu Ikhtiar Hamil.

Gitu sekali tajuk entri blogku. Tapi, ya memang betul. Jika anda adalah antara yang sedang ikhtiar untuk hamil sangat wajib amalkan CoQ10 ini setiap hari atau setiap kali kitaran haid bulanan isteri anda. Opps, bukan hanya isteri sahaja yang perlu ambil & amalkan, encik suami pun sama ya. Sebab ushah untuk ikhiar hamil mesti datang dari kedua belah pihak. Setuju tak? Mari teruskan pembacaan. Apa itu Coenzyme (CoQ10)? CoQ10 merupakan zat makanan larut minyak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungi dengan lebih baik. Coenzyme Q10 ini adalah salah satu vitamin yang amat disarankan diamalkan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. CoQ10 adalah sebahagian daripada rantai pengangkutan elektron yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga dalam sel - sel kita. Ianya juga berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan kesan merosakkan radikal bebas pada sistem pembiakan.  Semakin kita meningkat usia, tahap CoQ10 secara semulajadi akan berkurang. Den