Skip to main content

Vitamin Untuk Wanita Sepanjang Hayat.

Sumbangan wanita kepada insan - insan di dalam kehidupan mereka tidak terhitung banyaknya, tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu.

Sayangi diri anda dan wanita di sekeliling anda dengan memberi tumpuan kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan diri yang betul.
(A) Vitamin untuk wanita : Dewasa
Kesan semulajadi akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang bulan dan kehidupan yang sibuk menyukarkan wanita untuk mengekalkan berat badan normal, tahap tenaga yang mencukupi dan kulit yang sihat berseri.

Kaedah pemakanan yang betul menjadi kunci utama untuk wanita kekal cergas dan yakin dalam menghadapi cabaran setiap hari.

Apabila wanita itu yakin dirinya yang terbaik, maka penampilan dan tindakannya juga tampik dengan terbaik!

(B) Vitamin Untuk Wanita : Sebelum Hamil & Kehamilan.
Penjagaan kesihatan wanita adalah sangat penting, lebih - lebih lagi ketika dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Kesihatan sebelum kehamilan bukan sahaja meningkatkan peluang untuk hamil, tetapi ia juga menjadi asas kepada kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.

(C) Vitamin Untuk Wanita : Selepas Kelahiran & Penyusuan Susu Badan.
Selepas melahirkan anak, setiap wanita perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihan badan, usaha untuk kembalikan berat badan asal atau mengekalkan berat badan ideal, memastikan diri sentiasa kuat dan bertenaga & membekalkan keperluan zat yang mencukupi
kepada bayi melalui susu badan.

(D) Vitamin Untuk Wanita : Usia Emas.
Hormon yang tidak stabil ketika fasa pra - menopaus dan menopaus memang memberikan kesan kepada wanita.

Selain itu, kesihatan tulang dan jantung juga akan turut terkesan. Kadangkala pemakanan memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah yang timbul ketika fasa perubahan ini.

Apa Vitamin Untuk Wanita Sepanjang Hayat?
Di sini saya suka menyarankan para wanita untuk amalkan vitamin - vitamin ini dalam diet seharian.
  • GLA Complex
  • Vita - Lize
  • Omega Guard 
  • Ostenutrix 
#1. Mengapa GLA Complex ini adalah vitamin terbaik untuk wanita?
GLA Complex sangat sinonim sebagai "pembantu khas wanita"Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang.
Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk meransang tahap kesihatan wanita. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, maka ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.

Apa manfaat GLA Complex ini untuk wanita?

(1) Menggalakkan Kesihatan Kulit.
Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat memberikan manfaat berikut:
  • Meningkatkan tahap kelembapan kulit : GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita.
  • Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit : Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri - ciri anti - keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.
(2) Meredakan Sindrom Pra - Menstruasi (PMS).
Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal. Nutrient yang efektif membolehkan anda untuk terus menikmati aktiviti kegemaran anda.

Kajian pengambilan GLA dan Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam;
  • Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.
  • Menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).
(3) Melegakan Simptom Menopaus. 
Simptom - simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia.

Vitamin untuk wanita iaitu GLA Complex (Omega 6) ini didapati bermanfaat untuk memudahkan perjalanan menopaus dengan;
  • Melegakan simptom - simpton ketegangan payudara.
  • Menambah baik kesihatan emosi. 
Bagi wanita yang sedang ikhtiar hamil juga disarankan untuk mengamalkan GLA Complex di dalam diet seharian.

#2. Mengapa Ostenutrix adalah vitamin terbaik untuk wanita?
Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda memastikan ia kekal sihat dan kuat. 

Apabila umur meningkat kerapuhan tulang lebih banyak dan mudah berlaku berbanding tulang yang dibina. 

Wanita dewasa, sedang hamil, selepas bersalin sehinggalah ke usia emas sangat perlu memastikan keperluan nutrisi kalsium, zink, boron, vitamin D dan magnesium untuk tulang yang kuat & bantu membina ketumpatan tulang.

Tahukah anda bahawa gaya hidup dan diet anda sangat memainkan peranan dalam memastikan kalsium dan nutrient yang lain dapat diserap untuk membentuk tulang?

3 langkah untuk tulang kuat;
  • Menjadi aktif
  • Makan dengan seimbang
  • Ambil suplemen yang membina tulang

Manfaat ostenutrix sebagai vitamin untuk wanita dewasa, hamil, berpantang sehingga ke usia emas;
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jangtung
  • membantu melegakan sembelit, melembutkan najis
  • merehatkan otot sewaktu kontraksi
  • melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang.
  • merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi (rehat yang berkualiti)
  • memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi
  • menstabilkan tekanan darah/mengatasi migrain/mengurangkan stres
  • mengurangkan risiko Osteoporosis (tulang rapuh) 
Jom lihat resepi dari Shaklee untuk tulang yang lebih kuat;
  • Kalsium - blok pembinaan untuk tulang
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan kalsium
  • Magnesium - memasukkan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu metabolisme tulang
  • Zink, Kuprum, Mangan - mengaktifkan enzim yang membantu pembinaan jisim tulang.
#3. Mengapa Omega Guard adalah vitamin terbaik untuk wanita?
Setiap peringkat umur wanita sangat memerlukan Omega Guard dalam diet harian mereka samada melalui pemakanan dan pengambilan supplemen.
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asir Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. Asid lemak 3 ini merupakan lemak sihat atau "baik" yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. 

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Ini manfaat secara umum pengambilan Omega Guard baik dikalangan lelaki atau wanita.

Manfaat omega guard untuk wanita cantik;
  • menstabilkan protein dalam kulit - lebih anjal
  • mengurangkan risiko kanser payudara
  • meningkatkan tahap kalsium dan kepadatan tulang
  • melegakan senggugut ketika haid
  • mengurangkan risiko keguguran berulang
Apa pula manfaat omega guard khusus untuk yang sedang ikhtiar hamil, wanita hamil dan selepas melahirkan & menyusu badan? Mari kita lihat dengan lebih dekat untuk anda & bayi anda!

(1) Ikhtiar hamil : pengambilan omega - 3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk hamil kerana ia;
  • menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon
  • membantu mengatur kitaran haid
  • meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung
  • meningkatkan kepekatan sperma
  • memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.
(2) Kehamilan : Apa yang anda makan sepanjang tempoh kehamilan menentukan kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan. Antara manfaat yang akan anda dapati dari pengambilan omega - 3 ini adalah;
  • menurukan risiko kelahiran pramatang
  • menggalakkan tempoh kehamilan optimum
  • mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan)
  • menggalakkan pertumbuhan/perkembangan janin yang sihat dengan meningkatkan pengaliran darah dalam plasenta
  • memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin
  • mengukuhkan koordinasi mata - tangan pada bayi
  • mengurangkan risiko bayi mengalami alahan
  • menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun, dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
  • menggalakkan perkembangan saraf otak
(3) Selepas bersalin dan penyusuan bayi : Bagi memulihkan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, inilah manfaat omega - 3 untuk diambil dalam diet seharian;
  • mengurangkan risiko kemurungan postpartum
  • menyokong proses kematangan otak semasa tempoh 5 tahun kehidupan
  • mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif - ekzema
  • menggalakkan pola tidur yang lebih baik
Di setiap peringkat kehamilan sehinggalah ke penyusuan, inilah adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak anda dengan pengambilan asid lemak Omega -3, EPA dan DHA yang terdapat di dalam kapsul lembut omega guard shaklee.

#4. Mengapa Multivitamin adalah vitamin terbaik untuk wanita?
Multivitamin sangat sinonim dengan wanita hamil. Multivitamin yang dimaksudkan ini adalah Vita - Lize Shaklee. Secara umumnya pengambilan multivitamin ini adalah untuk membantu merapatkan sebarang jurang nutrisi yang mungkin akan terjadi apabila usia semakin meningkat. 
When the food on your plate falls short: Vita-Lize is formulated to provide 28 essential vitamins & minerals needed by adult.
Secara umumnya inilah manfaat vita - lize bagi semua wanita & lelaki dewasa;
  • membekal nutrisi lengkap untuk kesihatan badan
  • menyokong pembentukan gigi & tulang
  • membekalkan tenaga
  • meningkatkan sistem imun
  • meningkatkan daya fokus dan ingatan
  • mengurangkan stress, anxiety dan menambah baik mood
Mari kita lihat secara khusus apa manfaat vita - lize ini bagi wanita hamil;
  • mengurangkan risiko HB rendah dan anemia
  • memberikan tenaga kepada wanita hamil
  • membantu selera makan ibu yang mengalami alahan teruk
  • menyokong perkembangan bayi
  • elak dari mudah pitam dan letih
  • bantu pembentukan darah merah
  • bekalkan zat besi/iron secukupnya
Kesimpulannya, vitamin untuk wanita dari shaklee ini iaitu GLA Complex, Ostenutrix, Omega Guard dan Vita - Lize ini sangat memberikan sokongan nutirsi yang komprehensif bagi wanita.

Rutin harian jadi lebih bertenaga dan cergas serta kecantikan yang seimbang luar dan dalam. 

Inilah masanya untuk para wanita memberikan perhatian kepada kesihatan mereka dengan sokongan dari produk - produk shaklee ini. 

Hubungi Aisyah K untuk dapatkan  vitamin untuk wanita dari Shaklee ini & ketahui cara pengambilan yang berkesan terutamanya bagi pasangan yang sedang ikhtiar hamil.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari semi...

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...