Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Menyusukan Maryam Ketika Di Bulan Ramadan

10 Ramadan 1441H berrsamaan 03 May 2020 Saya nak kongsikan pengalaman menyusukan Maryam binti Mohamed Tharmizy di bulan Ramadan pada tahun lepas bulan May 2019 ketika si kecil berusia 9 bulan. Menyusu badan di bulan Ramadan terutamanye memang banyak cabarannya x kire la ibu bekerja dari rumah atau di pejabat. Salah satunye nak pastikan susu badan kita tetap kekal padu khasiatnya utk dinikmati oleh anak2 kita sepanjang hari.  . Menyusu badan ini juga ade mase up & down juga. Bukanlah indah saje setiap hari kan. Tapi saya atasinya sepantasnya agar Maryam tetap mendapat susu yang padu khasiatnya.  . Seperti yang kita semua ketahui, menyusu badan nie kena kerap minum air. So dibulan puasa nie saya amalkan lebih minum air kosong + performance drinks (oren & lemon) + vivix + esp mase sahur & berbuka selain makanan yang menggalakkan susu yang banyak. Buah kurma sudah semestinya wajib ambil bagi ibu menyusu seperti saya ini. Selain makan real food- ayam, ik

7 Hari Pertama Ibu Mengandung Berpuasa

Hari ini 08 Ramadan 1441H, sudah 7 hari sudah berlalu saya berpuasa penuh dibulan Ramadan bersama si kecil di dalam rahim ku berusia 18 minggu 6 hari. Bagaimana saya boleh berpuasa penuh semasa mengandung untuk tempoh 7 hari pertama ini? Saya kongsikan di sini beberapa panduan agar kekal sihat & bertenaga yang telah saya amalkan. Pertama, Awal - awal kena pasang niat dan tekad dihati nak puasa penuh & memohon doa kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik utk diri saya & anak di dalam kandungan sepanjang bulan Ramadan ini khususnya. Setiap kali lepas solat fardu mesti kena mohon doa ini sambil mengusap perut agar anak dalam kandungan pun boleh dengar juga. Kedua, Nutrisi seimbang semasa sahur & berbuka puasa. Ini adalah elemen yang sangat penting terutama bagi saya yang sedang mengandung. Nutrisi untuk saya & anak di dalam kandungan perlu dijaga dengan baik terutamanya di bulan Ramadan ini. Sahur & berbuka saya akan mulakan dengan minum air ES