Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Percutian Shaklee Bertaraf 5 Bintang.

Walaupun belum lagi pernah merasai percutian shaklee yang bertaraf 5 bintang, saya sudah dapat merasainya dari cerita dan gambar yang dikongsikan oleh leader saya yang telah merasainya. Percutian percuma dari Shaklee ini adalah salah satu insentif  yang ditawarkan kepada semua pengedar Shaklee yang layak. Lagi 2 insentif yang ditawarkan dalan bisnes Shaklee ini adalah bonus tunai dan car bonus. Ada 2 jenis percutian Shaklee  bertaraf 5 bintang iaitu: (1) Regional Trip 4 hari 3 malam (negara - negara jiran atau ASEAN) (2) International Trip 9 hari 7 malam ada dua kategori: Umrah bagi Muslim sahaja Negara lain di seluruh dunia Setiap kali cycle bisnes Shaklee anda berpeluang untuk menyertai dan merasai sendiri pengalaman percutian shaklee bertaraf 5 bintang.  Apa syarat kelayakan percutian Shaklee ini? International Trip - perlu efektif pada level Coordinator dan terkumpul 1100 conference point (CP). Regional Trip - perlu efektif leader dan terkumpul 550 conference point (CP). Lagi ban

5 Tips Travel Dengan Anak Kecil.

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Memang ini yang dinantikan oleh anak - anak kita semua. Sudah ada perancangan hendak bawa anak - anak ke mana? Legoland? Berkhemah depan rumah sahaja? Balik kampung? Berkelah? Atau ke Zoo Negara?  Mempunyai anak kecil seringkali membuatkan ibu bapa berfikir dua tiga kali. Usah risau.  Ke mana pun destinasinya, perancangan yang teliti perlu dilakukan. Ianya tidaklah sesukar yang anda sangka.  Jom baca 5 tips travel dengan anak kecil yang akan saya kongsikan disini.  Tips Travel#1. Destinasi Pilihan Anda . Pilihan destinasi samada di dalam negara atau luar negara? Jika di dalam negara tidaklah perlu difikirkan untuk menyediakan passport untuk si kecil. Pengalaman saya sendiri pertama kali membawa Maryam menaiki kapal terbang ke Terengganu tahun 2019. Maka untuk travel pertama kali ini bersama anak kecil, saya dan suami memilih destinasi di dalam negara sebagai percubaan berjalan jauh dengan Maryam. Destinasi paling penting sebab perlu ambil kira a

5 Tips Terbaik Buat Bisnes Online.

Berbaloi ke buat bisnes online ni? Bagi pendapat saya ianya sangat berbaloi.  Norma orang berbelanja sekarang pun sudah banyak berubah. Cuba lihat sekeliling anda hari ini. Pembelian barang di atas talian sudah berkembang dengan pesat dengan adanya pelbagai medium yang disediakan. Orang dahulu yang buat bisnes hanya mampu mencapai pelanggan sekitar kenalan rapat, keluarga dan jiran - jiran. Akan tetapi bila wujudnya bisnes online, pelanggan anda boleh datang dari beribu batu bukan setakat dalam kawasan anda. Tiada yang mustahil dengan bisnes online. Peluang untuk mendapatkan pelanggan sangatlah luas & terbuka. Jika dilihat di zaman sekarang ini, norma "walk in" untuk membeli barang sudah jarang berlaku. Jika ada "walk in" pun hanya sekadar mahu melihat & merasai kualiti produk. Tawaran pembelian barang di atas talian pun sudah sangat menarik. Perubahan yang sangat drastik bisnes online semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai orang sejak PKP ketika wa

10 Perbezaan Antara Vivix dan ResV Shaklee.

Nama Vivix dan ResV Shaklee sahaja pun sudah berbeza, apatah lagi perkara lain tentang dua produk terbaik & ekslusif dari Shaklee ini. Dari segi luaran warna botol Vivix dan ResV ini memang akan nampak sama sahaja. Tapi bila dilihat dan diamati secara dekat di hadapan dua biji mata & dipegang dengan dua belah tangan, sudah boleh lihat beza Viviv dan ResV . Jika hendak lihat di depan mata, anda kenalah dapatkan sebotol Vivix dan sebotol ResV. Sambil pegang botol Vivix dan ResV, boleh baca entri saya ini untuk ketahui lebih terperinci apa beza antara Vivix dan ResV. Mari saya kongiskan 10 perbezaan antara Vivix dan ResV supaya kita semua boleh manfaatkannya bagi tujuan yang sebenarnya sekaligus dapat merasai kesan kesihatan yang lebih baik. Beza Vivix dan ResV #1. Rupa . Vivix dihasilkan dalam bentuk cecair.  ResV pula didatangkan dalam bentuk kapsul lembut. Kalau anda hendak cuba dan tahu apa rasa isi dalam ResV, boleh cuba gunting kapsul lembut itu dan rasainya sendiri. Beza Vi

5 Cabaran Ibu Menyusu Kerja Dari Rumah.

Masih ingatkah anda suasana bekerja dari rumah terutamanya ketika arahan PKP 2 tahun yang lepas? Tentu banyak cabaran onak durinya.  Samada anda seorang pekerja & isteri, seorang pekerja & ibu yang sedang menyusukan anak, seorang pekerja & suami dan seorang pekerja & anak. Masing - masing pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran kerja dari rumah . Tahun 2020 saya melahirkan Khadeeja pada bulan September dan pertama kalinya melakukan kerja dari rumah . Cuti berpantang selama 2 bulan lebih telah dinikmati dengan begitu gembira sekali. Pengalaman pertama berpantang di rumah, disambung pula kerja dari rumah bersama anak - anak kecil. Semuanya berlaku di rumah. Di situlah tempat untuk bermain dengan anak. Di situ jugalah tempat menyusukan anak yang berusia 2 bulan pada ketika itu. Di situ juga tempat kerja dari rumah menghadap komputer riba. Sebelum saya kongsikan cabaran ibu menyusu kerja dari rumah, mari kita sama - sama fahami apa definisi kerja dari rumah. #1. Defin