Masih ingatkah anda suasana bekerja dari rumah terutamanya ketika arahan PKP 2 tahun yang lepas? Tentu banyak cabaran onak durinya.
Samada anda seorang pekerja & isteri, seorang pekerja & ibu yang sedang menyusukan anak, seorang pekerja & suami dan seorang pekerja & anak. Masing - masing pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran kerja dari rumah.
Tahun 2020 saya melahirkan Khadeeja pada bulan September dan pertama kalinya melakukan kerja dari rumah. Cuti berpantang selama 2 bulan lebih telah dinikmati dengan begitu gembira sekali. Pengalaman pertama berpantang di rumah, disambung pula kerja dari rumah bersama anak - anak kecil.
Semuanya berlaku di rumah. Di situlah tempat untuk bermain dengan anak. Di situ jugalah tempat menyusukan anak yang berusia 2 bulan pada ketika itu. Di situ juga tempat kerja dari rumah menghadap komputer riba.
Sebelum saya kongsikan cabaran ibu menyusu kerja dari rumah, mari kita sama - sama fahami apa definisi kerja dari rumah.
#1. Definisi Kerja Dari Rumah.
Bekerja dari rumah merupakan satu pengaturan kerja yang memberikan fleksibiliti kepada pekerja untuk memilih atau menetapkan lokasi kerja serta membolehkan pekerja bekerja di luar persekitaran pejabat.
Dari definisi ini, nampak seperti mudahnya bekerja dari rumah. Tidak perlu menghadap kesesakan di jalan raya setiap pagi & petang. Jimat juga perbelanjaan minyak kereta dan tol. Akan tetapi di sebalik nampak seperti mudah ini, terselit juga cabaran - cabaran kerja dari rumah ini.
#2. Ibu Menyusu & Cabaran Kerja Dari Rumah.
Ya. Inilah fokus utama entri saya kali ini. Cabaran - cabaran yang akan saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya menyusukan Khadeeja & dalam masa yang sama perlu kerja dari rumah sepanjang tempoh PKP.
(a) Apabila anak - anak kecil bersama di rumah, fokus utama lebih kepada menguruskan hal - hal kebajikan mereka seperti makan minum, melayan kehendak & pelbagai pertanyaan di luar kotak dan bermain bersama mereka.
Di sinilah cabaran bagi saya untuk mengatur jadual kerja pada setiap hari. Di dalam jadual kerja harian tersebut perlu masukkan waktu mengepam susu selepas direct feeding Khadeeja, waktu untuk memasak sarapan & makan tengahari dan waktu yang lebih kerap menyusukan Khadeeja.
Jadual kerja harian saya juga perlu cukup 8-9 jam bekerja dalam satu hari. Jika terkurang saya perlu ambil masa di waktu malam sedikit jika terkurang waktu kerja di waktu siang. Begitulah rutinnya.
Perlu seimbang. Antara kerja hakiki dari rumah & keperluan anak - anak kecil.
(b) Keserasian dengan suasana norma baru kerja dari rumah. Ianya mengambil masa agak lama. Suasana pejabat memang tidak dirasai ketika berada di rumah pada mulanya.
Walaupun sudah memakai pakaian seperti bekerja di pejabat, akan tetapi suasana kerja kurang dirasai kerana tiada rakan sekerja disekeliling pada ketika itu.
Kerja dari rumah menyebabkan saya kadang kala terlupa sesi mengepam susu untuk menyediakan EBM, bekalan susu untuk Khadeeja di rumah seperti yang sudah biasa saya lakukan ketika bekerja di pejabat.
(c) Fokus kerja kadang kala hilang entah ke mana perginya. Bila fokus kerja sudah hilang, mulalah kita akan buat kerja lain seperti memasak, memasak dan memasak 😁. Ada ketikanya fokus lebih kepada anak yang sedang menyusu badan & melayan Maryam punya online class taska dia.
Niatnya hendak menyusukan Khadeeja sambil berbaring diatas katil. Sudahnya sama - sama tertidur lena dibuai mimpi indah. Opss, maaf ya bosku. Maka di malam hari ketika anak - anak sudah lena tidur saya perlu ganti berapa jam yang terkurang.
(d) Diet harian ibu menyusu boleh terjejas oleh kerana rutin harian kerja dari rumah. Apa kaitannya kerja dari rumah dengan diet harian ibu menyusu? Yer la, asyik ke sana ke sini dalam rumah. Ta jumpa dapur, jumpa ruang tamu atau jumpa bilik untuk rehat.
Saya sendiri kadang kala ada juga terlebih makan oleh kerana suasana santai kerja di rumah. Sudahlah menyusu badan menyebabkan selalu rasa lapar.
Jika tidak dijaga & dikawal dengan baik, berat badan memang boleh naik dengan begitu mudah dan laju. Mujulah saya sentiasa beringat dan kembali ke pangkal jalan.
Apabila rasa lapar tiada lagi asyik rasa hendak mengunyah biskut, keropok atau minum air 3 in 1. Protein tumbuhan dari ESP adalah penyelamat saya setiap hari selain ambil supplement harian & asas shaklee.
(e) Emosi Ibu Menyusu Kadangkala Terganggu.
Ibu menyusu dan bekerja dari rumah tidak dapat lari dari perlu mencari masa atau menyelit mana - mana masa sepanjang 8-9 jam bekerja untuk meluangkan masa khusus untuk memerah susu.
Walaupun Khadeeja sentiasa ada disisi saya ketika melakukan kerja dari rumah, saya perlu biasakan untuk berikan susu badan melalui botol sebagai persediaan jika saya perlu mula semula kerja di pejabat.
Kadangkala terkejar - kejar juga mencari masa yang diperlukan untuk menguruskan stok dan peralatan perahan susu badan. Keadaan ini memerlukan persiapan mental, emosi dan fizikal yang cukup baik dan rapi disamping sokongan moral dari suami.
Nampak Seperti Mudah Kerja Dari Rumah.
Banyak perkara yang perlu difikirkan bagi ibu bekerja dari rumah & dalam masa yang sama menyusukan anak di rumah. Fokus utama adalah kerja. Tapi dalam fikiran selalu berfikir hendak pastikan anak mendapat bekalan susu badan yang mencukupi setiap hari.
Kadangkala kerja pejabat terpaksa ditangguhkan sebentar bagi memenuhi kehendak anak yang menyusu badan. Letih itu sudah pasti. Berganda rasa letih bagi ibu menyusu yang melakukan kerja dari rumah.
Sepanjang berpantang & menyusukan Khadeeja, suppplement shaklee untuk ibu menyusu sangat membantu saya kekal bertenaga walaupun tangan dah serupa "sotong", hendak mencapai & melakukan itu ini agar apa yang dirancang di awal pagi dapat diselesaikan.
Hubungi Aisyah K untuk mendaftar sebagai pengedar shaklee dengan bayaran hanya RM 35 seumur hidup. Saya bersedia membantu memberikan konsultasi cara pengambilan supplement yang betul, sesuai & berkesan dengan tujuan kesihatan anda.
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _
Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
Comments
Post a Comment