Skip to main content

5 Tips Terbaik Buat Bisnes Online.

Berbaloi ke buat bisnes online ni?

Bagi pendapat saya ianya sangat berbaloi. 

Norma orang berbelanja sekarang pun sudah banyak berubah. Cuba lihat sekeliling anda hari ini. Pembelian barang di atas talian sudah berkembang dengan pesat dengan adanya pelbagai medium yang disediakan.

Orang dahulu yang buat bisnes hanya mampu mencapai pelanggan sekitar kenalan rapat, keluarga dan jiran - jiran. Akan tetapi bila wujudnya bisnes online, pelanggan anda boleh datang dari beribu batu bukan setakat dalam kawasan anda.

Tiada yang mustahil dengan bisnes online. Peluang untuk mendapatkan pelanggan sangatlah luas & terbuka.

Jika dilihat di zaman sekarang ini, norma "walk in" untuk membeli barang sudah jarang berlaku. Jika ada "walk in" pun hanya sekadar mahu melihat & merasai kualiti produk. Tawaran pembelian barang di atas talian pun sudah sangat menarik.

Perubahan yang sangat drastik bisnes online semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai orang sejak PKP ketika wabak Covid-19 menular di awal tahun 2020.
Mari saya kongsikan 5 tips bisnes online bagi yang baru hendak ceburinya atau anda yang sudah lama membuat bisnes online tetapi mahu melakukan perubahan dengan cara & tips yang lebih praktikal.

Tips bisnes online #1 Buat bisnes yang anda minat.

Bina bisnes yang betul - betul anda minat seperti bisnes jual pakaian, jual makanan, jual vitamin atau produk kesihatan dan pelbagai lagi.

Cuba buat kajian sikit di mana - mana platform bisnes online, lihat permintaan dan sambutan dari pembeli produk apa yang paling ramai dan paling mendapat sambutan yang tinggi.
Lebih mudah untuk anda fokus kepada bisnes tersebut sahaja. 

Tips bisnes online #2 Buat bisnes yang sudah ada dalam pasaran.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah pergilah intai peluang yang telah sedia ada. Pergi tengok realiti pasaran sekarang. Sudah banyak jenama dari pelbagai segmen. Anda sudah tidak perlu memerah otak untuk mulakan bisnes online dari bawah,

Tidak perlu lagi hendak fikir produk sendiri. Pilih jenama yang sudah lama bertahan di pasaran & daftarlah sebagai agen bisnes yang anda sudah lihat berpotensi memberikan keuntungan jangkamasa panjang.

Jual barang atau perkhidmatan untuk jenama yang sudah dikenali ramai & berpotensi tinggi di platform media sosial seperti WhatsApp, Instagram, Facebook, Tiktok atau di blog anda sendiri.

Mudah sangat bukan?

Apa kelebihan buat bisnes online dengan menggunakan produk yang sudah berada lama di pasaran?
  • Jenama sudah lama dikenali & dipercayai oleh pengguna.
  • Tidak perlu memengan stok.
  • Kos atau modal yang sangat rendah.
  • Kurang risiko kerugian.
  • Fokus hanya dengan aktiviti pemasaran dan jualan sahaja.
Salah satu contohnya adalah syarikat Shaklee. Sudah 65 tahun berada di pasaran dan sehingga kini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan sudah tiga (3) tahun berturut - turut di undi oleh pengguna bagi Anugerah Trusted Brand tahun 2021, 2022, dan 2023.
Tips Bisnes Online #3 Modal Yang Rendah.

Sebagai orang yang baru di dalam bisnes online, anda tidak perlu mulakan bisnes online dengan modal yang besar dan tinggi. 

Tidak perlu modal yang besar untuk sewakan premis dan membayar gai pekerja.

Dengan modal yang rendah pun anda sudah boleh mulakan bisnes online. Percaya atau tidak, bisnes online Shaklee hanya perlu bayar RM35.00 sahaja seumur hidup. Sangat rendah untuk mulakan bisnes online.
Boleh buat terus aktiviti pemasaram dan jualan melalui platform percuma seperti Instagram, Facebook, dan WhatsApp.

Tips Bisnes Online #4 Simpan Pengkalan Data.

Bagi mengikat "engagement" dengan pelanggan, pastikan setiap kali ada pelanggan yang membeli produk atau perkhidmatan anda, penting untuk anda simpan pengkalan data pelanggan seperti  nombor telefon, alamat dan pastinya nama.

Penting untuk membuat "engagement" tersebut bagi mendapatkan testimoni dan maklum balas tentang produk yang dibeli oleh pelanggan anda.
Selain itu, pengkalan data pelanggan juga digunakan bagi tujuan menjaga hubungan agar mereka sentiasa mengingati anda dan selalu membeli dengan anda. Bertanya khabar juga sangat bagus bagi mengekalkan hubungan sesama pelanggan.

Apabila pelanggan berpuas hati dengan layanan dan produk yang diberi, pasti mereka akan selalu membeli dengan anda. Pelanggan yang berpuas hati juga secara tidak langsung akan mengesyorkan produk anda kepada kenalan mereka.

Tips Bisnes Online  #5 Konsisten.

Ya betul, bukan mudah untuk hendak kekal konsisten dalam apa jua yang kita lakukan terutamanya di dalam bisnes online. 

Percayalah dengan sikap konsisten anda atau kita semua boleh pergi jauh walaupun hanya dalam bisnes online.
Consistent action creates consistent results
Dua faktor yang boleh dan mampu mendorong konsistensi anda dalam bisnes online ini adalah:
(1) Komuniti bisnes yang saling dan sentiasa memberi sokongan.
(2) Minat yang mendalam di dalam bisnes online

Saya yakin rata - rata anda semua pada hari ini mempunyai kemahiran untuk melayari mana - mana laman sesawang di dalam internet. 

Rugi sekiranya anda asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannnya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan.

Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan bisnes online, jadikan lima (5) tips bisnes online yang saya kongsikan ini sebagai panduan untuk anda memiliki bisnes yang bertahan selama bertahun lamanya.

Hubungi Aisyah K bagi menyertai bisnes online terbaik di Malaysia ini. Saya bersedia memberikan konsultasi bagi menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee. InsyaAllah.


#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari semi...

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...