Skip to main content

5 Tips Travel Dengan Anak Kecil.

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi.
Memang ini yang dinantikan oleh anak - anak kita semua.
Sudah ada perancangan hendak bawa anak - anak ke mana?
Legoland? Berkhemah depan rumah sahaja? Balik kampung? Berkelah? Atau ke Zoo Negara? 
Mempunyai anak kecil seringkali membuatkan ibu bapa berfikir dua tiga kali. Usah risau. Ke mana pun destinasinya, perancangan yang teliti perlu dilakukan. Ianya tidaklah sesukar yang anda sangka. 
Jom baca 5 tips travel dengan anak kecil yang akan saya kongsikan disini. 

Tips Travel#1. Destinasi Pilihan Anda.
Pilihan destinasi samada di dalam negara atau luar negara? Jika di dalam negara tidaklah perlu difikirkan untuk menyediakan passport untuk si kecil. Pengalaman saya sendiri pertama kali membawa Maryam menaiki kapal terbang ke Terengganu tahun 2019.

Maka untuk travel pertama kali ini bersama anak kecil, saya dan suami memilih destinasi di dalam negara sebagai percubaan berjalan jauh dengan Maryam.

Destinasi paling penting sebab perlu ambil kira aktiviti anak - anak. Pilihan destinasi itu wajib ada kolam mandi, pantai untuk anak - anak mandi manda sambil bermain - main pasir dan mudah serta berdekatan dengan kedai makan.

Tips Travel#2. Pengangkutan Yang Dinaiki
Ketika travel dengan Maryam ke Terengganu, saya dan suami memilih untuk menaiki kapal terbang sahaja sebagai permulaan perjalanan jauh. 
Lebih cepat sampai dan kebarangkalian untuk berlaku ketidakselesaan tidaklah terlalu lama. Saya dan suami buat bacaan sedikit bagaimana hendak bagi Maryam yang ketika itu baru berusia 1 tahun selesa sepanjang perjalanan yang singkat itu.

Semuanya berjalan dengan lancar dan Maryam pun selesa dan tidak meragam sangat. 

Tapi ada juga insiden anak kecil lain menangis dan meragam. Saya dan suami cuba membantu dengan ajak Maryam berkawan & bermain - main dengan anak kecil. Terus senyap sebab sudah ada geng kawan dalam kapal terbang.

Tips Travel#3. Rancang Waktu Perjalanan.
Dari pembacaan panduan travel dengan menaiki kapal terbang, saya dan suami merancang untuk memulakan perjalanan pada awal pagi sebelum subuh. 

Kami biarkan Maryam main sepuas hati. Bagi Maryam tidur tengahari sebentar. Sambung semula bagi dia main. Simpan beg siap - siap di dalam kereta. Tidur malam sekejap, pukul 4 pagi dukung Maryam yang sedang nyenyak tidur bertolak ke KLIA.

Sudah penat bermain di siang hari dan tidur sekejap pada malam sebelum bertolak, maka Maryam terus tertidur dalam kapal terbang di sepanjang perjalanan ke Terengganu. 

Tips Travel#4. Makanan Untuk Si Kecil.
Maryam masih menyusu badan saya ketika usia 1 tahun tapi sudah makan solid. Keperluan susu insyaAllah mencukupi. Saya dan suami hanya perlu sediakan makanan sahaja. 

Tidak banyak mana pun makanan yang kami bawa. Bawa roti sudah cukup sebagai bekalan di dalam kapal terbang. Maryam pula jenis yang tidak memilih makanan sangat. Di dalam kapal terbang sepanjang perjalanan, Maryam tidur lama juga, bangun tidur minum susu badan dan makan muffin yang disediakan.
Makanan di hotel pun Maryam makan seperti apa yang saya dan suami makan. Ayam, nasi dan ikan semua makan.

Jika perjalanan ke Terengganu dengan menaiki kereta, saya akan sediakan makanan berat lebih sedikit seperti bihun goreng, sandwich atau nasi goreng. Minuman paling penting untuk disediakan. Air kosong sahaja di dalam kereta 😊

Tips Travel#5. Barang Keperluan Anak.
Ini paling penting. Pakaian yang selesa dan mencukupi bersesuaian dengan aktiviti sepanjang berada di destinasi. 

Permainan anak - anak juga wajib di bawa. Bukan sahaja mainan yang dibawa, saya pastikan bawa satu atau dua buah buku aktiviti mewarna untuk anak tidak kebosanan sepanjang di dalam perjalanan di dalam kereta.
Jika perjalanan percutian dengan menaiki kapal terbang, saya hanya bawa main yang kecil seperti anak patung. 

Beg pakaian anak berasingan dengan beg pakaian saya dan suami. Lagi bagus bawa satu beg galas bagi mengisi barang keperluan harian untuk mudah dibawa jika perlu menukar pakaian di mana - mana kawasan rehat & rawat (R&R).

Stroller juga penting untuk dibawa. Jenis yang mudah dibawa, simpan & lipat. 

Mak ayah pun tidaklah kepenatan untuk berjalan jauh dengan anak - anak kecil. Selesa juga untuk anak - anak jika keletihan boleh baring tidur dalam stroller.

Bonus tips travel adalah dari segi bajet perbelanjaan sepanjang bercuti, saya dan suami menabung RM 100 sebulan sehinggalah pada tarikh yang telah kami rancang untuk bertolak. 

Siap - siapkan lebih awal bajet perbelanjaan. Hati lebih tenang dan gembira.

Hendak menikmati percutian secara percuma?
Melalui bisnes Shaklee, semua orang berpeluang untuk menikmati percutian secara percuma. Hanya dengan memulakan langkah mendaftar ahli Shaklee hari ini.

Entri seterusnya saya akan kongsikan cerita peluang menikmati percutian shaklee bertaraf 5 bintang.

Hubungi Aisyah K untuk daftar ahli shaklee dan dapat menikmati percutian Shaklee secara percuma. 

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023 

_ _ _ 

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Sha...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...