Skip to main content

Cepat Hamil Wajib Ada Vitamin E Dalam Diet Harian Suami Isteri.

Topik ikhtiar hamil sehingga berjaya sangat rapat dengan diri saya dan suami. 

Sebab?

Saya sendiri sedang berusaha untuk hamil anak ke -3 selepas keguguran 5 bulan yang lalu. Saya dan suami bersama - sama sedang berusaha. Usaha dari pelbagai segi. Paling penting gaya hidup yang sihat.
Gaya hidup sihat yang kami sama - sama sedang buat dan menjadi amalan harian adalah;
  • Intermittent fasting
  • Detoks sebulan 2 kali
  • Bersenam 2 kali seminggu
  • Ambil supplement Shaklee
  • Tidur yang berkualiti dan mencukupi.
Paling utama dalam bab ikhtiar untuk cepat hamil, saya dan suami ada berjumpa dengan doktor Gynaecologist and Obstetrician yang sudah kami kenali sejak mengandung Maryam tahun 2018 bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk cepat hamil.

Fokus saya untuk entri ini adalah mengapa saya katakan wajib ambil vitamin E di dalam diet harian pasangan suami isteri?

Vitamin E Untuk Suami/Lelaki.

Vitamin E adalah antioksida yang melindungi sel anda dari rosak. Di kalangan lelaki, vitamin E mempunyai pelbagai manfaat hebat yang merangkumi daripada kecergasan fizikal sehingga kesihatan jantung dan meningkatkan peluang anda untuk menjadi seorang bapa!

Mari kita kenali bagaimana vitamin E meningkatkan kesihatn lelaki.
  • Meningkatkan kecergasan & prestasi sukan.
  • Memastikan jantung mengepam dengan sihat.
  • Meningkat kecergasan sperma.
Bagaimana vitamin E meningkatkan kecergasan sperma? Pengambilan vitamin E secara tetap membantu:
  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Melindungi sperma daripada serangan radikal bebas.
  • Meningkatkan bentuk dan pergerakan sperma yang sihat.
  • Mengekalkan tahap Testosteron yang sihat.
  • Pengurusan andropaus yang lebih baik.
Untuk pretasi yang lebih baik, selain memiliki tubuh badan yang sihat dan tenaga yang mencukupi anda juga memerlukan jantung yang sihat untuk mengepam darah dan membekalkan nutrisi kepada sel -sel anda. Vitamin E;
  • Menghalang pembentukan plak di ateri 
  • Meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Keperluan vitamin E bagi lelaki mengikut usia adalah seperti berikut:
  • 20 -an : Mengekalkan paras hormon yang sihat dan meningkatkan hormon testosteron  lelaki.
  • 30 - an : Meningkatkan kadar kesuburan lelaki.
  • 40 - an dan ke - atas : Mengoptimumkan hormon dan kesihatan lelaki.
Tubuh badan sihat cergas & kualiti sperma yang sihat adalah antara ikhtiar untuk berjaya hamil bagi para suami.

Vitamin E Untuk Isteri/Wanita.
Bagi para wanita pula, vitamin E sangat sinonim di dalam meningkatkan kesuburan.

Vitamin E adalah adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:
  • Bertindak sebagai antioksida anti - penuaan untuk menyokong kualiti telur.
  • Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.
  • Membantu telur tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.
  • Membantu kitaran haid yang teratur.
  • Menstabilkan hormon bagi wanita yang mengalami PCOS
Rujukan:
  1. Moslemi MK, Tavanbakhsh S. Selenium–vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate. International Journal of General Medicine. 2011;4:99-104. doi:10.2147/IJGM.S16275.Moslemi MK, Tavanbakhsh S. Selenium–vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate. International Journal of General Medicine. 2011;4:99-104.
  2. Umeda, F. Kato. K., Muta, K. and Ibayashi, H (1982). Effect of Vitamin E on function of pituitary-gonadal axis in human and subjects. Endocronilogia Japonica, 29(3), pp.287-292.
  3. Institute of Medicine. Food and Nutrition Board. Dietary Reference Intakes: Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoidsexternal link disclaimer. Washington, DC: National Academy Press, 2000.
  4. Glynn RJ, Ridker PM, Goldhaber SZ, Zee RY, Buring JE. Effects of random allocation to vitamin E supplementation on the occurrence of venous thromboembolism: report from the Women’s Health Study. Circulation 2007;116:1497-1503
Apa tanda - tanda seseorang wanita itu subur? 
  • Haid yang teratur pada setiap bulan
  • Hari ovulasi mudah diketahui
  • Tiada fibroid di rahim
  • Tiada endrometriosis
  • Berat badan yang ideal
  • Tidak merokok
Khusus untuk wanita yang ada masalah haid yang tidak teratur, saya amat syorkan untuk amalkan GLA Complex yang juga mengandungi vitamin E selain GLA & LA. Kitaran haid yang teratur sangat membantu anda untuk tahu bila hari ovulasi & mudah merancang untuk bersama dengan suami.

Salah satu tanda wanita itu sedang subur adalah dengan melihat kepada kualiti dan jumlah lendiran serviks. Di sinilah peranan sejenis asid lemak perlu iaitu Gamma Linolenic Acid (GLA) yang meningkatkan kesuburan wanita. 

GLA ini akan membantu wanita menghasilkan lendiran serviks yang lebih subur dan berkualiti, yang dikenali sebagai ‘mukus serviks putih telur’. Cecair serviks ini sangat subur, nipis, berair dan lebih kenyal. Ia juga sangat membantu sperma untuk berenang melalui uterus, terus ke tiub Fallopio dan terus menuju kepada telur atau ovum.

Sumber vitamin E dalam pemakanan harian.
11 makana tinggi vitamin E  yang perlu ada dalam diet anda setiap hari;
  • Kuaci/Biji bunga matahari
  • Kacang almond
  • Kacang tanah
  • Kacang Hazel
  • Buah avokado
  • Buah kiwi
  • Sayur bayam
  • Asparagus
  • Brokoli
  • Udang laut 
  • Minyak kelapa sawit
Bagaimana kita hendak ketahui mendapat bekalan vitamin E yang mencukupi setiap hari? Keperluan vitamin E pada setiap hari adalah sebanyak 400IU. 400IU ini bersamaan dengan:
  • 1kg biji gandum
  • 500ml minyak safflower
  • 8kg bayam
  • 500gram badam 
Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampun memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampun meningkatkan kiraan sperma mereka.

Saya berikan sedikit panduan sebelum anda memilih mana - mana supplement vitamin E;
  • Pastikan dari sumber yang semulajadi ( lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan)
  • Pilih vitamin E yang ada sekali selanium.
  • Lihat pada label botol supplement - cari perkataan mixed tocopherol.
Pengalaman Keguguran 2 kali & Berjaya Ikhtiar Hamil Semula.
Cerita keguguran kali pertama,
Saya pernah keguguran pada tahun 2019 (usia 36 tahun) kerana saya sendiri tidak menyedari hamil ketika itu. Sehinggalah saya demam yang agak lama dari biasa dan terus ke klinik untuk dapatkan rawatan untuk demam tu.

Buat ujian ari kencing, doktor bagi tahu yang saya hamil. Saya dan suami amat terkejut masa itu. Kami memang tidak menjangka. Selepas periksa secara terperinci dan scan rahim, memang ada kantung & janin, akan tetapi sudah tidak dapat diselamatkan kerana sudah tiada degupan jantung. 

Dipendekkan cerita selesai berpantang selepas keguguran, saya dan suami ikhtiar semula bersama untuk berjaya hamil. Kami ambil masa dalam 6 bulan untuk ikhtiar sehingga berjaya hamil. Pada hujung tahun 2019 iaitu di awal usia saya 37 tahun saya berjaya hamil. 

Sepanjang 6 bulan ikhtiar hamil itu juga kami terus & sentiasa amalkan gaya hidup sihat bersama - sama. 

Cerita kegugran kali ke - 2,
Keguguran kali ke - 2 ini berlaku pada Feb 2023 & pada awal Mac 2023, semasa pemeriksaan keadaan rahim selepas selesai berpantang, doktor scan untuk pastikan rahim dah elok dan masa tu terjumpa telur yang telah matang dan cantik dari ovari sebelah kiri. 

Doktor terkejut sangat sebab cepat sangat saya kembali subur. Dengan muka terkejut, doktor terus panggil kami duduk bincang untuk rancang kehamilan seterusnya. Doktor nasihatkan untuk kami berusaha ikhtiar hamil semula selepas 3 - 5 kali kitaran haid saya. 

Sama juga, kini sepanjang 6 bulan ikhtiar hamil, kami masih dan sentiasa amalkan gaya hidup sihat bersama - sama seperti senarai di atas. IF, bersenam, detoks dan ambil supplement shaklee.

Apa supplement yang saya amalkan untuk ikhtiar hamil selepas keguguran kali pertama tahun 2019?
Semasa berpantang selepas keguguran sehinggalah berjaya hamil selepas 6 bulan ikhtiar, inilah supplement Shaklee yang saya dan suami amalkan setiap hari selain gaya hidup yang sihat;
  1. Supplement asas - ESP, Vita C, Omega Guard, B Complex, Vita-Lize & Ostenutrix.
  2. Khusus untuk kesuburan & ikhtiar hamil - Vitamin E Complex, CoQ - Trol Plus, Gla Complex, Zinc Complex, Vivix & Res-V
Suami saya amalkan vitamin E & saya amalkan GLA Complex.
Saya amalkan 1 biji GLA Complex selepas makan tenghari dan 1 biji lagi selepas makan malan. Yang terbaik adalah mula amalkan di hari pertama haid sehinggalah pada 2 atau 3 hari sebelum dan pada hari ovulasi.

Untuk suami saya, ambil 1 biji vitamin E sehari selepas makan tengahari atau makan malam.

Sangat disyorkan untuk suami amalkan juga CoQ - Trol Plus untuk bagi sperma lebih bertenaga dan bergerak lebih pantas.

Mengapa saya dan suami memilih vitamin e complex dari Shaklee?
Vitamin E Complex Shaklee ini menepati garis panduan di dalam memilih vitamin e seperti diatas.
  • Sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.
  • Mengandungi 10 mg Selenium.
  • Lengkap sekali dengan Grape seed extract
Info menarik yang hendak saya kongsikan disini adalah sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.

Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Oleh itu supplement selenium yang mencukupi sangat membantu dalam hubungan suami isteri.  

Selepas berikhtiar sertakan juga dengan doa yang bersungguh - sungguh kepada Allah disamping amalkan gaya hidup sihat & supplement vitaman e complex & GLA Complex Shaklee ini.

PROMOSI VITAMIN E SHAKLEE!
Sempena bulan kemerdekaan Ogos 2023, Shaklee menawarkan diskaun;
  • 60% dengan pembelian 3 botol Vita -E Complex & GLA Complex
  • 50% dengan pembelian 2 botol Vita - E Complex & GLA Complex
  • 40% dengan pembelian 1 botol Vita - E Complex & GLA Complex
Inilah masa yang terbaik bagi  pasangan suami & isteri yang sedang ikhtiar hamil untuk wajib rebut peluang ini dan mula mengamalkan Vita - E Complex & GLA Complex bersama - sama.

Hubungi Aisyah K untuk dapatkan vitamin e complex & GLA Complex dari Shaklee ini & ketahui cara pengambilan yang berkesan terutamanya bagi pasangan yang sedang ikhtiar hamil.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni Shaklee Berpantang Selepas Bersalin & Menyusukan Anak Sehingga Usia 2 Tahun.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung  setia & baru blog Aisyah K.  Sudah genap 9 tahun pada bulan Jun tahun 2014 saya mendaftar sebagai pengedar sah shaklee. Bermula dengan set supplement asas sahaja. Dari situ bermulalah pelbagai testimoni shaklee yang saya sendiri perolehi. Bermula dari bujang sehinggalah kini anak sudah ada 2 orang. Testimoni shaklee semasa hamil 9 bulan 10 hari. Testimoni shaklee semasa menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.  Ada juga testimoni shaklee ketika kulit muka naik jerawat.  Menakjubkan sungguh bila konsisten ambil supplement shaklee terbaik di Malaysia ini. Kulit muka saya kembali sihat dan jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan parut.  Paling menggembirakan adalah saya hanya fokus untuk 1 sahaja akan tetapi dapat 2 sekali testimoni shaklee sepanjang hamil, berpantang & menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kesan sampingan yang tidak disedari. Sebab fokus ketika itu hanya hendak sihat tubuh badan & anak pun sihat bersam

Keistimewaan & Kelebihan Pengedar Shaklee Kelana Jaya, Selangor.

Anda sedang mencari pengedar sah shaklee di kawasan sekitar Petaling Jaya, Selangor?  Salam perkenalan kepada semua pengunjung blog Aisyah K. Ya betul. Aisyah K adalah pengedar shaklee yang anda sedang cari. Secara khususnya, saya menetap di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Bersedia 24/7 untuk anda hubungi bagi mendapatkan produk shaklee serta perkhidmatan konsultasi penggunaan produk shaklee yang berkesan. Sedikit Pengenalan Sebagai Pengedar Shaklee . Pada 20 Jun 2014 saya adalah tarikh saya mendaftar sebagai pengedar shaklee . Hampir 9 tahun sudah bersama dengan shaklee. Bermula ketika masih bujang & sudah bekerja sehinggalah kini anak sudah 2 orang.   Bekerja di Klang. Ramai pengguna produk shaklee di sekitar kawasan Klang telah menghubungi saya bagi mendapatkan supplement shaklee dengan kadar segera.  Sebagai pengedar shaklee yang menetap di Kelana Jaya, sangat mudah untuk saya ke Home Office Shaklee di Sunway Geo Petaling Jaya. Sangat dekat. Hanya 5 minit sahaja dari te

Amalan Gaya Hidup Sihat Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang.

Mana satu pilihan anda?A atau B? (A) Ibu cepat lapar        Ibu kerap makan        Berat badan ibu bertambah        Berat badan ibu sukar nak turun        Ibu moody        Ibu lesu  Atau, (B) Tidak ada lagi masalah susu merudum        Ibu lebih cergas        Bayi lebih tenang (sebab cukup susu)        Ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)        Bayi membesar elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri. Pastinya mesti ramai yang memilih (B) tetapi bagaimana pula caranya? Saya akan kongsikan amalan gaya hidup sihat berdasarkan pengalaman saya menyusu & berpantang dua orang puteri, Maryam & Khadeeja di usia lewat 30.  Sekarang berusia 40 tahun. Bagi tahu awal - awal umur supaya anda juga akan rasa mampu menjalani dan melakukan amalan gaya hidup sihat seperti saya insyaAllah. Sebelum itu saya kongsikan terlebih dahulu apa rutin sebagai ibu yang bekerja, menyusukan anak & ketika berpantang selepas bersalin. Rutin Ibu Bekerja & Menyusukan Anak .  Bangun seawal pukul 4.30 pagi