Skip to main content

3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita dan Seisi Keluarga.

Al - Khabir, Allah SWT lebih teliti dan terperinci tahap pengetahuan - Nya.

Yang cuba disembunyikan pun Dia tahu. Yang dah lepas dan akan datang pun Dia tahu semuanya. Masya-Allah! Tuhan yang hebat.

Saya teringat ustaz cakap, dunia ini Allah yang punya. Kita nak lari ke mana? 

Mengetahui nama dan sifat Allah al - Khabir boleh membuatkan diri saya dan mereka yang diuji rasa terpujuk.
Takpe, Allah tahu semuanya
Di sinilah hati boleh memaknai kata - kata cukuplah Allah bagiku.
The moment kita yakin Allah tahu semuanya, di situlah bermulanya sebuah penyembuhan jiwa.
#1. Doa saat kita diuji.
Saya selalu berpegang jika Allah menguji seseorang hambaNya, itu tandanya Allah ingat pada kita dan sayang pada kita. 

Saya dan keluarga diuji oleh Allah. Suami saya hampir 5 bulan belum menerima bayaran gaji bulanannya. Sungguh memang terasa berat ujian ini untuk kami sekeluarga. Sepanjang 5 bulan itu, semua perbelanjaan bergantung dengan gaji bulanan saya sahaja. 

Di sini Allah sangat mengajar diri saya & suami untuk melihat dan mensyukuri nikmat lain yang Allah sentiasa berikan kepada kami. Nikmat sihat, nikmat dapat bangun malam untuk solat sunat & nikmat anak - anak yang sentiasa memahami keadaan semasa kami.

Isteri diuji disaat suaminya tiada apa - apa. Pernah menangis. Ya saya dan suami sudah sampai satu tahap menangis dengan ujian ini. Lepaskan semua rasa sekali tu je dan terus jalan terus & sentiasa berdoa kepada Allah.

Doa agar sentiasa diberikan kekuatan fizikal, mental & emosi. Doa yang saya baca adalah susunan kata - kata yang terbit dari hati dikala hati ini terasa berat sangat dengan ujian ini.
Ya Allah, terima kasih diatas segala nikmat islam, iman, ehsan & kesihatan fizikal, mental & emosi yang Engkau sentiasa berikan yang terbaik buat kami sekeluarga. Ya Allah, lapangkanlah segala kesulitan kami di dalam mencari rezeki di muka bumiMu ini.
Selain dari doa susunan sendiri, saya juga ingin kongsi doa yang bagus untuk wanita di luar sana amalkan setiap hari.
#2. Doa sebelum tidur untuk seisi keluarga.
Doa ini khusus saya reka sendiri ayatnya dari anak pertama saya lahir sehinggalah ke hari ini.
Ya Allah berikanlah kepada Maryam, Khadeeja, saya, suami saya, kedua ibubapaku, ibu mertuaku, adik - beradikku & anak - anak tiriku agar kami dapat tidur dengan lebih lena & dapat rehatkan tubuh badan ini dengan sebaiknaya sehingga kami bangun pada keesokkan harinya dalam keadaan yang lebih sihat, cergas, cerdas, pintar, soleh & solehah di dalam mentaati segala perintahMu & meninggalkan segala laranganMu.

Agak panjang doa ini, tetapi bila sudah diamalkan setiap hari terasa sangat ringkas sahaja doa ini. Saya sangat mengesyorkan untuk para wanita di luar sana untuk amalkan doa ini sebelum tidur.

Alhamdulilah doa yang saya amalkan ini dapat dirasai kesannya yang lebih baik untuk kami sekeluarga pada setiap hari.
Jom amalkan!

#3. Doa agar sentiasa dalam jagaan Allah.
Teringat satu perkongsian dari Ustazah Asma Harun dalam satu siri ceramahnya, beliau ada berkongsikan doa yang bagus untuk wanita atau para isteri amalkan agar anak - anak sentiasa dalam jagaan & perlindungan Allah swt.

Doa yang diajar ini bagus untuk dibaca dan diamalkan sebelum anak - anak pergi ke sekolah dan sebelum mereka tidur. Caranya mudah sahaja. Letakkan tapak tangan kita diatas kepala anak - anak dan baca 3 ayat ini;
  • Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin - 3x(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
  • Baca surah Ar Rahman ayat 1 - 4
Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu.
  • احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ - “Jagalah Allah, Allah akan menjagamu". Ini kita pesan dan bisik di telinga anak, walaupun anak itu masih kecil dan belum memahaminya, kita biasa dengan kata - kata ini untuk diucapkan kepada anak setiap hari.
Bila baca dengan makna sekali ayat - ayat ini di dalam doa, memang deep sungguh rasanya. Doa yang bagus untuk wanita ini secara tidak langsung mendidik kita juga. Apa - apa urusan kita di dunia ini kita serahkan kepada Allah.

Semoga perkongsian 3 doa yang bagus untuk wanita ini bermanfaat untuk para ibu di luar sana. Boleh juga kongsikan entri saya ini kepada para ibu dan wanita agar sama - sama dapat amalkan, insyaAllah.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Rahsia Dapat Cash Rebate Setiap Bulan : Dapat Makan Supplement PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia & baru blog Aisyah K.  Puasa pun sudah, raya pun sudah. Mari kita bekerja lebih gigih dan efektif. Peluang pekerjaan diluar sana sangat banyak sejak tahun 2022 sehingga kini. Berniaga mahupun bekerja dengan gaji tetap pada setiap bulan masing - masing mempunyai cabaran turun & naiknya. Cash Rebate Pertama Pada Tahun 2015. Aisyah sendiri masih bekerja tetap di sebuah syarikat swasta dari tahun 2009 sehingga kini. Pada masa yang sama saya membuat bisnes shaklee secara diatas talian sahaja. Bermula aktif dalam bisnes shaklee ini dari tahun 2017 sehingga kini. Tahun 2015 saya hanya sebagai pengguna produk supplement shaklee terbaik di Malaysia. Setiap bulan konsisten amalkan produk supplement asas shaklee. Tidak menyangka pula sambil makan supplement shaklee setiap bulan secara konsisten, dapat pula cash rebate. Tidak pernah terfikir pun boleh dapat bonus tunai pada setiap bulan. Ketika tahun 2016 hanya memikirkan mahu...