Skip to main content

Menukar Cara Pemakanan Untuk Mencegah Kanser.

Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi sebab penyakit kanser dan bagaimana polifenol membantu cegah penyakit kanser.

Entri kali ini juga saya akan kongsikan input dari kelas Prof Madya Dr Haresh juga yang telah saya ikuti pada 17/06/2023 (Sabtu) secara diatas talian melalui aplikasi Zoom. Anda boleh kenali siapa Prof Madya Dr Haresh pada entri saya sebelum ini.
"30% daripada semua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan pemakanan yang buruk atau tidak sihat & keadaan tidak aktif yang membawa kepada obesiti."

Fokus entri saya kali ini adalah cara pemakanan yang sihat di dalam membantu mencegah dan mengurangkan risiko kita mendapat kanser. Mengapa memberi kanser peluang apabila anda sendiri boleh & mampu melakukan sesuatu mengenainya?

Meningkatkan Pengambilan Buah - Buahan & Sayur - Sayuran & Menghadkan Makanan Berlemak Tinggi.
Penukaran cara pemakanan adalah dengan fokus kepada;
(1) pengambilan protein dari sumber tumbuhan
(2) pilih roti, pasta or beans whole grains
(3) kurangkan makan makanan sejuk beku
(4) hadkan pengambilan karbo ringkas seperti pastri, bijirin & minuman manis.
(5) hadkan pengambilan red meats yang berlemak tinggi & yang diproses.
Disarankan juga untuk menikmati 5-6 hidagan buah - buahan & sayur - sayuran setiap hari. Antara buah dan sayur yang tinggi kandungan polifenol adalah anggur muscadine, lobak ungu, japanese knotweed, elderberi eropah, buah delima, anggur merah, balck currant dan chebulic myrobalan.

Dimanakah anda boleh dapati kesemua buah dan sayuran diatas? Sesetengah darinya ada dijual di pasaraya. Paling mudah adalah amalkan Vivix Shaklee & ResV Shaklee. Shaklee telah menyediakan dos pengambilan pada setiap hari di waktu pagi & sebelum tidur di waktu malam.

Sel yang sihat menjadikan anda lebih sihat sentiasa. Apabila sel anda sihat, ia membantu menghasilkan sel yang lebih sihat yang membolehkan badan anda berfungsi secara efektif.

Inilah sasaran dan fokus semasa pengambilan Vivix Shaklee & ResV Shaklee. Sel yang lebih sihat.

Pengambilan Daging Berlemak Tinggi & Diproses.

Hadkan pengambilan daging berlemak tinggi & diproses. Pilih ikan, ayam atau kekacang bagi menggantikan daging lembu & kambing. Jika anda mahu makan daging juga, pilihlah yang "lean cuts" dan dalam saiz hidangan yang kecil.

Cuba elak atau hadkan makan daging korban lembu atau kambing yang dimasak dengan cara BBQ kerana mengandungi radikal bebas yang tinggi. Karsinogen juga tinggi dalam daging yang dimasak secara BBQ. Apa itu karsinogen? Ianya adalah agen - agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah/kanser dalam tisu hidup.

Cara masak daging lembu atau kambing dengan cara merebus dan hidangan sup daging lebih baik berbanding daging yang digoreng. Terbayang - bayang sup tulang daging korban raya haji baru ini.

Pengambilan Buah - buahan & Sayur - sayuran.

Di dalam kajian bertajuk "Fruit, vegetables, and colorectal cancer risk : European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition" (Am J Clin Nutr.2009 May;89(5):1441-52.Epub 2009 Apr 1) 
"Penemuan mendapati bahawa pengambilan buah - buahan & sayur - sayuran yang tinggi dikaitkan dengan risiko CRC kurang, terutamanya kanser kolon"
Viviv Shaklee & ResV Shaklee telah menyediakan keperluan yang mencukupi untuk anda mendapatkan manfaat dari buah yang tinggi kandungan polifenol setiap hari

Makanan Sejuk Beku.
Kebanyakkan makanan segera diluar sana diproses dengan begitu cepat dan pantas. Kentang goreng contohnya, diambil dari peti sejuk beku dan terus dimasukkan ke dalam minyak yang sangat panas. Cara masakan begini sangat tinggi kandungan karsinogen. 

Pengambilan makanan dan minuman yang terlalu panas mungkin boleh meningkatkan  risiko kanser rongga mulut dan esofagus. Cara pemakanan begini perlu diubah. Makan makanan ketika sudah suam - suamn dan tidak terlalu panas.

Cuba lihat berapa banyak makanan sejuk beku di dalam peti ais anda di rumah? Ya memang ia memudahkan penyediaan makanan setiap hari terutamanya bekal makanan anak ke sekolah perlu disiapkan lebih awal dan cepat. 

Berpuasa atau Intermittent Fasting.

Berpuasa sunat hari Isnin & Khamis atau pun intermittent fasting sangat membantu mengubah cara pemakanan saya pada setiap hari. Saya sangat menyarankan gaya hidup sihat ini untuk anda amalkan bermula sekarang. 
Secara ringkasnya intermittent fasting adalah cara menyusun cara pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa. Contohnya 16 jam waktu berpuasa dan 8 jam waktu makan.

Manfaat berpuasa dan intermittent fasting itu sendiri memberikan masa perut anda untuk berehat dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Selain itu penting juga jenis makanan apa yang anda makan ketika berbuka puasa.

Mulakan dengan pengambilan protein berasaskan tumbuhan agar perut anda tidak terlalu terkejut dan membuatkan perut anda lebih selesa menerima makanan pertama setelah 16 jam berpuasa. Protein berasaskan tumbuhan lebih bersifat lembut dan mudah untuk dihadamkan.

Selain itu, pengambilan serat seperti buah - buahan dan sayur - sayuran juga sangat membantu untuk proses penghadaman makanan protein haiwan seperti ayam atau ikan. Di sinilah peranan Vivix Shaklee & ResV Shaklee sangat penting untuk diambil semasa berbuka puasa.

Chebulic Myrobalan di dalam setiap softgel ResV Shaklee sangat membantu untuk sistem penghadaman yang sihat, menyokong kesihatan hati dan paru - paru disamping mengawal bacaan gula dalam darah ke tahap yang sihat. 

Apabila bacaan gula dalam darah anda terkawal maka rasa "craving" juga dapat dikawal dengan mengamalkan Vivix Shaklee & ResV Shaklee. Deria rasa pada lidah anda sudah pandai memilih makanan yang lebih sihat dan tidak terlampau banyak & berlebihan. 

Pengambilan Vivix Shaklee & ResV Shaklee.

Saya amat menyarankan anda untuk mula mengamalkan pengambilan vivix shaklee & resv shaklee dalam pemakanan harian anda. Kebergantungan kepada makanan seperti nasi, ayam, daging, ikan, buah dan sayur sahaja pada masa kini tidak dapat memastikan anda mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi.

Faktor pencemaran dan tahap kandungan nutrisi pada setiap makanan yang dimakan setiap hari tidak mampu untuk kita pastikan samada mencukupi atau pun tidak. 
Rutin harian dalam pemakanan anda sudah boleh diubah atau tukar dengan pengambilan Vivix Shaklee & ResV Shaklee bagi melindungi sel - sel di dalam tubuh badan sentiasa dipelihara dengan manfaat daripada polifenol. Lindungi daripada radikal bebas, stres, diet yang tidak sihat dan persekitaran yang banyak toksin.

Rebut Peluang Promosi Vivix & ResV Shaklee!

Promosi pada bulan Jun 2023 akan berakhir pada hari ini 30/06/2023. Akan tetapi promosi ini masih lagi berjalan pada bulan Julai 2023. Rebut peluang ini yang jarang - jarang ada. Promosi sebanyak 5% - 10% bagi 3 botol Vivix & ResV Shaklee dan gabungan ResV-ivix.
Berita gembira juga bagi pemegang kad kredit Maybank. Anda boleh mendapatkan Vivix & ResV Shaklee dengan bayaran secara ansuran selama 6 bulan. Peluang ini hanya sekali sekala sahaja berlaku. Dapatkan sekarang untuk kesihatan sel yang lebih baik di masa hadapan.

Hubungi Aisyah K bagi mendapatkan promosi hebat Vivix & ResV Shaklee ini untuk diri sendiri dan ahli keluarga serta kenalan anda. Saya bersedia membantu memberikan konsultasi cara pengambilan supplement yang betul, sesuai dan berkesan dengan tujuan kesihatan anda.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ResVShaklee
#VivixShaklee
_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Sha...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...