Skip to main content

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

.
Jom mula disini!

Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi. 

Setuju tak?

Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean!
Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun. 

Paling penting dibuat secara konsisten. 
Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut:
(1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek.
(2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda.
(3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat.
(4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari.

Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee?
(1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Shake Eldeberry
  • Mengurangkan nafsu makan & kenyang lebih lama. Inch loss lebih cepat. Bantu kempiskan perut.

(2) Omega Guard
  • Membantu membakar lemak dalam organ & cepat kurus. Membantu masalah kolestrol.
  • Omega - 3 fatty acid yang terdapat di dalam omega guard ini mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi untuk mengawal selera makan dan rasa lapar.
  • Akan rasa puas makan walaupun sedikit & tidak sama sekali berulang - ulang makan.
(3) Lecithin
  • Pengemulasi lemak dalam salur darah. Bantu kurangkan sembelit. Membantu penyerapan  vitamin larut lemak.
(4) Herblax
  • Buang lemak dan toksin dalam badan. Menjadikan badan lebih ringan dan cergas. Cuci usus secara lembut & semulajadi.
(5) Vivix
  • Paling cepat efek kurus.
  • Resveratrol membantu percepatkan kadar metabolisma badan anda. Bila metabolisma tinggi, ianya akan menggalakan penurunan berat badan dengan cepat.
  • Pembakaran lebih banyak kalori dengan apabila metabolisma berjalan secara optimum, maka lebih cepat anda kembali kurus.
Saya kongsikan pula panduan menggunakan Set Kurus Shaklee dan dalam masa yang sama masih boleh menikmati makanan seperti biasa. 

Panduan ini adalah untuk 30 hari. Sebelum memulakan, ambillah gambar dan timbang berat badan. Boleh tengok perubahan berapa kg penurusan atau naik setiap minggu sehinggalah hari terakhir gitu.
(1) Gantikan makan tengahari dengan Cinch Shake. Ini caranya:
  • Pagi 8am: Ambil 3 biji softgel lecithin sebelum sarapan pagi. Selepas itu boleh menikmati sarapan pagi mengikut ukursan suku - suku separuh.
  • Tengahari 12pm: Ambil 2 skup Cinch Shake dicampur dengan 1 cawan susu tanpa lemak & 3 biji kapsul Omega Guard.
  • Petang 6pm: Ambil 3 biji softgel Lecithin sebelum makan malam dan nikmatilah sajian secara suku - suku separuh. Sebelum tidur tambah dengan 4 biji herblax.
(2) Gantikan makan malam dengan Cinch Shake. Ini caranya:
  • Pagi 8am: Ambil 3 biji softgel lecithin sebelum sarapan pagi. Selepas itu boleh menikmati sarapan pagi mengikut ukursan suku - suku separuh.
  • Tengahari 12pm: Sebelum menikmati sajian tengahari secara suku - suku separuh, ambil 3 biji softgel lecithin dahulu ya.
  • Petamg 6pm: Ambil 2 skup Cinch Shake dicampur dengan 1 cawan susu tanpa lemak & 3 biji Omega Guard. Sebelum tidur tambah dengan 4 biji herblax.
Vivix perlu diambil bila pula? Sebaiknya ambil 1 sudu vivix diawal pagi sebelum sarapan.

Cari kawan - kawan untuk buat bersama baru seronok. Suami ajak isteri dan isteri ajak suami sekali. Memang seronok. Kenapa saya katakan ianya seronok? Mari saya kongsikan hasilnya.

Tunggu dulu. 
Ada lagi rutin harian selama 30 hari yang perlu anda lakukan selain dengan penggunaan Set Kurus Shaklee ini.
  1. Minggu pertama (selama 7 hari): Bersenam 20 minit HIIT (burpees, push up, jumping jack, lunges). Nikmati air kelapa, teh atau lemon (no sugar). Bersenam 30 minit dengan aktiviti tarian zumba. Makan buah yang rendah kandungan gula seperti limau, kiwi & tembikai.
  2. Minggu kedua (selama 7 hari): Ambil satu (1) mangkuk salad berwarna - warni, tambah protein kesukaan anda. Bersenam - 20 minit TABATA (jump lunges, air squat, rowing). Pilih bijirin penuh, buah - buahan & sayur -  sayuran. Senaman HIIT selama 20 minit. Ada peluang untuk cuti diet. Yeay! Tapi pilih 1 sajian sahaja bukan buffet.
  3. Minggu ketiga (selama 7 hari): Campurkan 1 sudu teh Vivix dengan air minuman. Minggu tanpa karbohidrat. Bersenam 20 minit HIIT. Nikmati buah - buahan. Workout 30 minit. Tampil ramping dengan Herb-Lax, detoks semulajadi.
  4. Minggu ke - empat (selama 7 hari): Ambil cinch shake protein bagi mengekal & membina otot. Nikmati dalam bentuk smoothies. Jadikan sayur - sayuran sebagai BINTANG Pinggan anda. Sambung workout 30 minit. Lecithin sebelum makan, pembakar lemak semulajadi. Bersenam lagi dengan lompat tali 20 minit. Di hari - hari akhir semarakan dengan tarian zumba 30 minit.
Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.
Apa kata pengguna Set Kurus Shaklee selepas mereka menggunakannya selama 30 hari dan mengikuti juga rutin harian seperti bersenam pada setiap minggu seperti diatas.

Jom saya kongsikan di sini!

Bulan Ogos 2023 yang lalu, Shaklee ada membuat 1 pertandingan "30 Days Transformation Challenge" yang disokong dengan Set Kurus Shaklee. Ini adalah testimoni dari pengguna:
Dari segi fizikal, badan saya berasa lebih ringan dan tiada lagi masalah gastrik. Saya suka kombinasi produk dalam Set Kurus Shaklee. Setiap produk membantu saya dalam proses mencapai berat badan impian saya.
Saya berjaya mencapai berat badan target saya kerana progam ini menguatkan azam saya supaya konsisten selama 3️⃣0️⃣ hari dengan pemakanan yang teratur dan seimbang. ⏰🫶🏻. Antara perubahan ketara termasuklah stamina saya semakin padu dan saya berasa lebih segar, cergas dan produktif. Orang sekeliling saya mula bertanya apabila melihat perubahan fizikal saya. 🤩 
Tiada lagi perut buncit!🕺🏻Terbukti dengan menjalani program ini, tiada lagi perut buncit. Kini saya lebih konsisten dengan diet, senaman dan pengambilan suplemen. 🏃🏽🍛✨Program ini sangat berbaloi. Saya mengesyorkannya kepada mereka yang ingin membuat perubahan positif untuk diri sendiri.
30 Hari + Fokus 💯% = Hidup Sihat dan Aktif. Progam ini memberikan saya semangat untuk fokus 💯% kepada matlamat saya untuk menurunkan berat badan dalam masa 3️⃣0️⃣ hari untuk gaya hidup lebih sihat dan aktif. Hasilnya? 💫 Lebih bertenaga😴 Tidur lebih berkualiti🫶🏻 Kulit lebih sihat.
Gabungan produk dari Set Kurus Shaklee terbaik! Ia membantu saya mencapai gaya hidup sihat yang saya idamkan.Melalui program 3️⃣0️⃣ Day Transformation Challenge, saya berjaya mencapai matlamat saya untuk meningkatkan kesihatan. Selain daripada perubahan fizikal, saya berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan lebih fokus semasa bekerja. 🏃🏽✨. 
Gabungan produk Set Kurus Shaklee sangat membantu sepanjang proses penurunan berat badan saya. Saya tidak mudah berasa lapar, dan juga berjaya membakar lebih banyak lemak sepanjang program. 🫶🏻

Berkat program ini, saya telah memupuk tabiat pemakanan sihat bersama-sama dengan pemakanan tambahan. Jadi tak hairanlah bila saya membuat keputusan untuk meneruskan amalan positif yang saya pelajari sepanjang program 3️⃣0️⃣ hari ini, untuk jangkamasa panjang. ⏰

Sebagai tambahan kepada Set Kurus Shaklee, saya berpuas hati dengan produk Herb-Lax™ untuk detoksifikasi. 💯. Hasil daripada transformasi saya, kini saya boleh melakukan aktiviti yang lebih lasak dengan mudah, tidur lebih lena dan fokus pada pelajaran. ✨

Testimoni saya sendiri yang sudah lalui cabaran 30 hari transformasi dengan Set Kurus Shaklee 4 bulan yang lalu di hujung bulan Ogos 2023.
Peluang untuk kembalikan berat badan kepada yang lebih sihat dengan cara yang mudah diamalkan setiap hari. 

Berat badan sudah turun, tetapi ada masanya kadang kala berat badan boleh naik semula. Itu tidak dapat dielakkan. Jom bersama Aisyah K dalam misi menurunkan lagi berat badan kepada yang lebih ideal. Misi saya hendak turun lagi 3kg. Anda pula? Jom!

Hubungi Aisyah K sekarang untuk bimbang & panduan pengambilan Set Kurus Shaklee ini. 
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ 

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...