Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri kepada pengunjung setia blog Aisyah K. 29 Ramadan lalu mesti ramai yang menanti pengumuman tarikh 1 Syawal. Sambil menunggu pengumuman sambil itu berfikir pukul berapa yang sesuai nak masak rendang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, bakar lemang & biskut raya. Alhamdulillah tahun 2023 kitam semua berpeluang berpuasa selama 30 hari. Semoga Allah menerima amal soleh kita. Aameen تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال كل عام وأنتم بخير Kemeriahan Syawal Tahun Ini. Ada yang sudah mula berpuasa sunat di bulan Syawal? Belum? Saya pun belum mula lagi 😁. Mood raya masih tengah meriah lagi. Aktiviti ziarah menziarahi pun masih berjalan tanpa henti. Setahun sekali. Mesti meriah suasana bersama dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu. Dari Kelana Jaya SS6/2 ke Seksyen 27 Shah Alam rumah mak abah Aisyah K. Kembali semula ke Kelana Jaya SS5/2 rumah mak mertua. Raya ...