Skip to main content

Insentif Shaklee Bantu Capai Impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K & salam perkenalan juga kepada pengunjung baru blog Aisyah K. 

Seminggu sibuk dengan persiapan untuk menyambut 1 Syawal. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dengan izin dari Allah swt. Baru berkesempatan untuk menyambung berkongsi penulisan saya yang baru.

Setiap dari anda pasti mempunyai impian yang ingin dicapai di dalam hidup Tidak kira samada ianya sebuah impian yang besar mahupun impian yang kecil. Semuanya perlu ada kesungguhan & kerja keras bermula dari sekarang.

Impian Saya?

Saya mempunyai 1 impian besar iaitu untuk menunaikan ibadah haji di usia yang muda & sudah pasti dalam keadaan kesihatan yang baik selalu bersama dengan keluarga. Dalam bulan Ramadan yang lalu saya sentiasa berdoa kepada Allah bagi mencapai impian besar saya yang satu ini.

Impian kecil saya pastinya banyak. Salah satunya adalah menyelesaikan hutang pinjaman pelajara MARA denga lebih awal. Saya mahu juga dapat selesaikan pinjaman kereta lebih awal. Mak selalu pesan ada sahaja duit lebih, bayar terus lebih sebulan tu. 

Selain itu, impian kecil saya pada setiap bulan mahu mempunyai simpanan tambahan RM 600 sebulan. Walaupun saya sudah mempunyai kerja yang tetap & telah mempunyai simpanan persaraan setiap bulan, saya amat tertarik dengan insentif shaklee tawarkan bermula bulan Apri 2023 sehingga Jun 2023.

Sebelum terlupa, satu lagi impian kecil saya adalah dapat membeli belah serta berbelanja dengan rasa gembira dan tanpa rasa bersalah untuk diri sendiri, anak - anak & mak abah.

Jika anda mempunyai impian yang hampir sama dengan saya, mari bersama - sama kita usahakan dari sekarang. Pasti ianya lebih menyeronokkan.

Bagaimana Insentif Shaklee Bantu Capai Impian Saya?

Masih tidak cukupkah gaji tetap yang diterima setiap bulan untuk mencapai satu (1) impian besar & banyak impian kecil saya itu? 

Sudah tentulah tidak cukup. Saya katakan ianya tidak cukup kerana sebelum saya menyertai bisnes shaklee, saya pernah cuba untuk membuat simpanan dari gaji tetap saya pada setiap bulan. Namun saya rasa agak lambat untuk saya mencapai impian - impian tersebut terutamanya pergi menunaikan umrah & haji di usia yang muda.

Setelah sertai bisnes shaklee sejak tahun 2016, setiap bulan saya mempunyai pendapatan tambahan yang mana saya boleh menyimpan tanpa menyentuh gaji tetap setiap bulan saya. Paling menggembirakan saya dapat berbelanja dengan gembira. Bayarkan bil elektrik & air untuk rumah mak abah saya setiap bulan.

(1) Insentif shaklee - bantu saya selesaikan hutang pinjaman MARA lebih awal. 

Sangat gembira rasanya apabila saya dapat selesaikan hutang pinjaman MARA lebih awal dari jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Dua tahun lebih awal diselesaikan hutang tersebut. Ringan rasanya beban dibahu ketika itu. Dari bayar sebulan sekali, saya mampun dua kali dalam sebulan. Insentif shaklee banyak membantu.

(2) Insentif shaklee - menambah jumlah simpanan tetap setiap bulan.

Selain simpanan persaraan melalui KWSP pada setiap bulan, saya boleh menyimpan RM 600.00 pada setiap bulan di dalam Unit Trust & Private Retirement Scheme. Simpanan & pelaburan jangka masa panjang. Sejak saya bermula bisnes shaklee pada tahun 2016 dan menerima insentif shaklee & pendapatan tambahan, tanpa menanggguh terus saya membuat simpanan tambahan ini.

(3)  Insentif Shaklee - Belanja mak supplement Shaklee terbaik di Malaysia.

Omega Guard & COQ Trol Plus menjadi dua jenis supplement yang mak saya ambil secara konsisten pada setiap bulan. Dengan insentif shaklee ini saya mampu & boleh belanja mak dengan gembira. 

Bila mak whatsapp mintak tolong belikan dua jenis supplement terbaik di Malaysia ini, saya terus balas whatsapp mak dengan “Ok mak beres”. 

Kadang saya beli terus dari Home Office Shaklee & hantar ke rumah terus atau beli di atas talian dengan hanya klik klik terus GDEX hantar ke rumah mak.

Insentif RM 600 Dari Shaklee.

Bermula April 2023 sehingga Jun 2023 shaklee menawarkan insentif RM 600.00. Insentif ini adalah tambahan dari bonus yang dibayar pada setiap bulan. 

Bonus ditambah dengan insentif shaklee ini menjadikan nilai bonus anda semakin bertambah. Peluang keemasan untuk semua yang menyertai shaklee bermula April 2023 ini. 

Saya mahu mengajak anda semua cuba bayangkan dan berangan ini adalah bonus shaklee yang anda bakal terima untuk bulan April 2023 ditambah pula dengan insentif shaklee sebanyak RM 600.00. 

Selain insentif shaklee ini, shaklee ada tawarkan tiga insentif utama iaitu bonus tunai bulanan, duit kereta dibayarkan secara bulanan & percutian percuma. Inilah satu impian terbesar saya untuk dapat menunaikan umrah bersama Shaklee. 

Bagaimana caranya untuk layak terima insentif shaklee ini?

Hubungi Aisyah K segera untuk kita berjumpa dan bincang secara terperinci tentang insentif shaklee ini.

Saya sentiasa bersedia memberikan konsultasi bagi menjana pendapatan dengan Shaklee. InsyaAllah.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. 


Comments

  1. Terbaik peluang bisnes Shaklee dan program Insentif Shaklee nie buat kita dapat tambahan pendapatan. Jom kita rebut peluang emas daru Shaklee dan bantu ramai orang sihat dan berjaya bersama-sama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...

Set Kurus Shaklee - Boleh Kurus Selepas Bersalin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung blog Aisyah K.  Enti kali ini aisyah nak berkongsi tentang set kurus shaklee & bagaimana ianya membantu momies untuk kembali mendapatkan berat badan yang ideal terutamanya selepas bersalin. Biasanya ibu - ibu selepas bersalin pastinya mahu dapatkan berat badan seperti sebelum mengandung kan..? Atau apa nutrisi yang diperlukan secukupnya bagi ibu yang sedang menyusukan anak, nak sangat elak rasa craving atau terlalu lapar selain buat intermittent fasting . Ok, saya perkenalkan produk dalam set kurus shaklee secara terperinci yang boleh membantu & telah membantu ramai pengguna produk ini mencapai berat badan ideal. Set Kurus Shaklee ini didatangkan dalam set yang diberi nama "HELLO NEW YOU SET". Di akhir entri ni nanti saya akan kongiskan testimoni sebagai motivasi kita bersama. Set Kurus Shaklee terdiri daripada CINCH Chocolate, Omega Guard, Lecithin & Herblax. Satu lagi adalah Vivix, yang ini saya cadangakan ...

Set Puasa Shaklee Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung & pembaca setia blog Aisyah K. Lebih kurang 30 hari +- kita akan menyambut bulan Ramadan. Terasa pantas betul masa berlalu. Rasa baru jpuasa masa mengandung & menyusukan Khadeeja 2 tahun lepas.  Dalam entri blog Aisyah K kali ini, saya nak berkongsi tentang masalah yang sering dialami oleh ibu hamil yang berpuasa di bulan Ramadan.  Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Usah risau, ibu yang sedang hamil boleh berpuasa dengan tenang & kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di sepanjang di bulan Ramadan.  BERPUASA KETIKA HAMIL Sebelum itu, perlu diingatkan ibu hamil telah diberikan kelonggaran dalam agama untuk tidak berpuasa jika khuatir boleh menjejaskan tahap kesihatan diri & anak di dalam kandungan.  Jika ibu hamil yang telah mendapatkan nasihat & pandangan daripada doktor yang membenarkan untuk berpuasa, boleh la teruskan dengan yakin. Tapi pasti di sepanjang berpuasa tu nanti, akan ...