Skip to main content

7 Tips Raya Dengan Shaklee Lebih Sihat & Cergas.

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri kepada pengunjung setia blog Aisyah K. 29 Ramadan lalu mesti ramai yang menanti pengumuman tarikh 1 Syawal. 

Sambil menunggu pengumuman sambil itu berfikir  pukul berapa yang sesuai nak masak rendang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, bakar lemang & biskut raya.

Alhamdulillah tahun 2023 kitam semua berpeluang berpuasa selama 30 hari. Semoga Allah menerima amal soleh kita. Aameen


تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال كل عام وأنتم بخير



Kemeriahan Syawal Tahun Ini.


Ada yang sudah mula berpuasa sunat di bulan Syawal? Belum? Saya pun belum mula lagi 😁. Mood raya masih tengah meriah lagi.


Aktiviti ziarah menziarahi pun masih berjalan tanpa henti.  Setahun sekali. Mesti meriah suasana bersama dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu. 


Dari Kelana Jaya SS6/2 ke Seksyen 27 Shah Alam rumah mak abah Aisyah K. Kembali semula ke Kelana Jaya SS5/2 rumah mak mertua.


Raya dirumah mertua SS5/2 Kelana Jaya

Sana sini meriah dengan makanan di pagi 1 Syawal. Bergambar di tengah panas terik memang sanggup diredahi bersama demi menghasilkan potrait keluarga di aidilfitri yang mulia ini.


Bertambah meriah raya kali ini anak lelakiku yang belajar di New Zealand ada bersama di pagi raya setelah hampir 4 tahun tidak bersua.


Turut sama meriahkan lagi raya kali ini juga, dapat bersama dengan puteriku Fatimah Az Zahra untuk pertama kalinya. 



Itulah abang dan kakak kepada Maryam & Khadeeja. Lahir - lahir terus dapat abang & kakak. Rezeki.


Lebih meriah lagi raya kali ini selain dapat bagi duit raya pada mak abah, saya bagi juga Omega Guard Shaklee. Mak saya memang pengguna setia Omega Guard Shaklee selain COQ Trol Plus Shaklee.



Bagaimana Mood Anak - Anak Kecil Di Pagi Raya?

Anak - anak tidur awal seperti hari - hari biasa di malam raya. Pukul 10.30 malam paling lewat masuk bilik & tidur. 

Di awal pagi 1 Syawal alhamdulillah Maryam bangun & mandi dengan mudah. Bila tiba masanya kejutkan Khadeeja dari tidur pukul 6.45 pagi & bawa mandi, terus dia cakap “mommy i don’t want mandi, I want to sleep” (hari biasa bangun pukul 9 pagi 😁).

Memang moody la sikit Khadeeja di pagi syawal. Tapi sekejap sahaja mood Khadeeja kembali ok. Saya pujuk dengan bagi Hero Kiddo di pagi raya. Memang dia suka sangat. Raya dengan shaklee memang menggembirakan anak - anak kecil seperti Khadeeja.

Gembira sungguh bila dapat Hero Kiddo shaklee

Tak lepas Hero Kiddo dari tangan Khadeeja

Anak gembira, hari raya pun bertambah ceria. Tenang untuk solat sunat & takbir di pagi hari raya. 


Masak Apa Raya Kali Ini?


Bab masak juadah hari raya paling senang. Saya masak apa yang anak - anak & suami suka makan. Suami bagi idea masak yang orang lain tak masak. Katanya,


“Kalau pegi rumah mak abah atau kak min (Yasmin : adik Iparku) mesti dah ada rendang & kuah lodge semua tu, so masak makanan yang orang lain tak masak di pagi syawal” 


Bagus jugak idea suamiku. Mudah. Senang. Rendang boleh masak masa hari raya ke -2. Maka malam raya saya dan anak - anak tidur lebih awal.


Bangun pukul 6 pagi solat subuh dan masak pulut kuning sahaja. Petang sebelum itu saya sudah siap masak sambal ikan bilis. Masak lebih awal sambal ikan bilis tu supaya sambal tu akan jadi lagi sedap. Itu petua orang lama. 


Juadah raya di pagi raya Seksyen 27 Shah Alam


Raya Kedua Makan Apa Pula?


Perjalanan ke kampung sentosa Paroi Negeri Sembilan bermula pukul 3 petang dari Kelana Jaya. Kampung sebelah abah. Lama rasanya tak jumpa nenek sejak PKP. Gembira jumpa nenek, nampak sihat ceria. 


Alhamdulillah jalan raya banyak kereta tapi tidak sesak. Ikut LEKAS, memang betul - betul “LEKAS” sampai. Pukul 3.30 petang selamat sampai. 


Makteh menjamu bihun sup, soto bersama sate ayam & sate daging. Gambar makanan tak sempat ambil sebab menikmati sungguh makanan yang terhidang diatas meja. 


Nenekteh bagi duit raya kat cucu - cucu

Kg.Sentosa Paroi, Negeri Sembilan

Nikmati Juadah Di Hari Raya Tanpa Rasa Bersalah.


Nikmatilah rendang, lemang, pulut kuning, burasak, soto, sate, biskut raya, kek, sambal sotong, sambal ikan bilis, nasi himpit, serunding, laksam, nasi minyak, nasi tomato, nasi arab, nasi beriyani, lontong dan lain - lain juadah di hari raya.


Tapi makan perlu beringat - ingat juga. Perut kita semua sudah berehat & “di bersihkan” secara semulajadi selama 30 hari berpuasa.


Boleh sangat menikmati semua juadah diatas tu. Pasti selepas ini akan banyak dapat jemputan rumah terbuka tidak lama lagi. 


Saya mahu kongsikan 7 tips agar perut tidak meragam & berat badan tidak naik mendadak. Raya dengan shaklee untuk kekal sihat. 


(1) Minum ESP Shaklee. 


Mulakan setiap hari sarapan di awal pagi dengan secawan protein ESP shaklee. Minum suam atau sejuk boleh sahaja. Protein dari sumber tumbuhan sangat menyamankan perut anda. Mesti cuba.



(2) Telan 5 atau 10 biji Alfafa Complex Shaklee 


Ini pun saya cadangkan ambil di awal pagi semasa perut masih kosong. Jika ada masalah rasa sebu di perut, memang sangat padu Alfafa Complex ini. 



(3) Herblax Shaklee Penyelamat Sembelit Anda 


Hari raya ke - 2 sudah mula rasa sembelit? Usah risau daun Senna, jintan manis, daun alfafa dan yang lain dalam sebiji Herblax ini boleh membantu melancarkan “pembuangan” selepas sudah banyak menikmati juadah hari raya.


“LAWAS” dia tu memang anda tidak akan sempat hendak fikir makan apa selepas ini. Pasti perut rasa lebih lega. Ambil 4 biji sehari selepas makan. 



Usus yang sihat membolehkan serapan nutrisi yang lebih optimum. 

(4) Bakar Lemak Selepas Makan.

Ya saya tahu juadah di hari raya semuanya sedap - sedap. Mana boleh tengok sahaja kan? Kena makan dan nikmati kesedapan semua juadah yang terhidang diatas meja. 

Omega Guard shaklee yang saya berikan kepada mak saya di pagi raya itu akan menjalankan tugas membakar lemak terutamanya dalam organ badan. 

3 biji Omega Guard shaklee ini mengandungi Omega - 3 fatty acid yang bantu mengawal hormon LEPTIN,  maka terkawal juga selera makan & rasa lapar. Bila selera makan dapat dikawal dengan baik maka tiadalah rasa hendak mengulang - ulang makan.



Selalunya saya akan cadang kepada pelanggan untuk ambil juga 6 biji lecithin shaklee bersama dengan Omega Guard shaklee. Lecithin bantu pecah atau leraikan lemak menjadi lebih kecil dan tidak menimbun lemak yang baru.


(5) Bersenam Dua Kali Seminggu 


Jadikan senaman sebagai satu gaya baru untuk hidup lebih sihat. Raya, raya juga. Senaman perlu diteruskan walaupun meriah dengan aktiviti ziarah - menziarahi. 


Saya cadangkan buat senaman di awal pagi atau petang. Boleh berlari keliling kampung atau pantai di awal pagi sambil hirup udara segar & mendapat sumber vitamin D. 


Paling lama senaman dalam 30 - 40 minit sahaja. Ajak bersama - sama anak & suami, pasti menyeronokkan & meriah.


(6) Puasa Sunat Syawal.


Ini paling senang untuk dibuat. Alang - alang baru selesai berpuasa 30 hari di bulan Ramadan, teruskan dengan puasa 6 hari di bulan Syawal. Sahur dengan Cinch Shake Shaklee, ESP Shaklee & Performance Drink Lemon. 


Puasa 6 semasa hari bekerja. Lebih mudah & sudah biasa dibuat. Jika ada jemputan rumah terbuka hari raya boleh datang di sebelah malam selepas berbuka puasa.


Bila perut sudah terbiasa berpuasa & bersahur dengan shaklee, ianya melatih untuk makan sedikit tanpa berulang - ulang tambah makanan. 


(7) Tidur Lena & Berkualiti.


Memandu jauh pulang ke kampung halaman pasti memenatkan badan. Terutama perjalanan ke pantai timur. Masa diatas jalan sangatlah panjang & Lama. 


Berhenti memandu & ambil sedikit masa sebentar untuk tidur. “Power nap” yang berkualiti. Saya cadangkan untuk ambil sesudu vivix di awal pagi. Sebelum tidur ambil 2 biji softgel Res - V shaklee. 


Punyalah powerful bahan2 dalam Res -V sebab tu dia laju buat kerja caj balik badan kita yang habis bateri tu. rata2 yang ambik Res -V ni bagi feedback tidur lebih berkualiti. 


Amalkan 7 tips diatas barulah raya dengan shaklee lebih sihat & insyaAllah kekal sihat sentiasa. Jom berbalas pantun raya dengan Aisyah K di ruangan komen ya!


Takbir bergema di pagi raya,

Puasa berakhir dengan lebih sihat

Berpada - padalah makan juadah di hari raya,

Raya dengan Shaklee pasti lebih sihat.


Hubungi Aisyah K bagi mendapatkan konsultasi raya dengan Shaklee lebih sihat & cergas disamping menjana pendapatan dengan Shaklee. InsyaAllah.


#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. 

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Sha...

3 Ciri Utama Kepentingan Vitamin C Shaklee Pada Semua Golongan.

Secara umumnya, ramai yang sudah ketahui manfaat mengambil vitamin C dalam diet seharian. Jika mahu disenaraikan pasti panjang berjela dalam blog saya ini. Mari saya kongsikan antara manfaat & kepentingan vitamin C pada setiap orang yang dewasa adalah: Meransang penghasilan dan menggalakkan fungsi sel imun. Membantu badan menghasilkan antibodi untuk menyerang, melawan dan meneutralkan kuman. Mengurangkan jangka masa selsema dan memendekkan tempoh demam. Membantu perkembangan saraf dan sel janin yang sihat. Mengurangkan masalah gusi berdarah ketika hamil. Mengurangkan masalah kulit kering pada ibu menyusu. Meransang penghasilan kolagen baru. Mencantikkan kulit, kuku dan rambut. Membantu memudarkan parut jerawat. Mencerahkan kulit secara semulajadi dan selamat. Menggalakkan penghasilan sel darah putih. Melindungi sel darah putih daripada serangan radikal bebas. Menguatkan kulit yang menjadi perisai pertama melawan jangkitan kuman dan virus. Kurangkan paras asid urik dalam darah. Kura...