Assalamualaikum & Salam sejahter kepada pengunjung blog Aisyah K sekali lagi.
Alhamdulillah anda semua sudah berada di 10 malam terakhir bulan Ramadan. Aisyah K sudah dapat turun berat badan sebanyak 2kg, subhanallah berkesan sungguh apa yang saya amalkan sepanjang bulan Ramadan ini.
Bukan sahaja pada bulan Ramadan sahaja saya amalkan, tetapi sebelum & selepas itu pun saya jadikan ia sebagai gaya hidup setiap hari. Bagi tahu awal - awal, ianya tidak mudah akan tetapi bila buat setiap hari dan dapat tengok "result" walaupun kecil, ianya sebagai satu motivasi untuk terus konsisten.
Sudah pasti anda mesti tidak mahu termasuk dalam golongan dua orang dewasa di Malaysia yang menghadapi masalah berat badan berlebihan & obesiti. Jangan ditambah bilangan ini dalam rekod terbaru. Ngeri betul.
Perlu diingat selalu, nak cepat kurus bukan ambil masa dalam sehari untuk nampak kesan. Memang kena banyak sabar dan terus konsisten berusaha.
Cabaran & Halangan Nak Cepat Kurus.
Selalu terjadi pada kebanyakan dari kita semua, bila sudah dapat turunkan berat badan atau kembali kurus dengan berat badan yang ideal kembali gemuk semula. Kenapa boleh jadi begitu agaknya? Jawapannya sangat mudah : tidak jaga makan dan tidak bersenam.
Pengalaman saya sendiri, berat badan akan naik semula bila suami ajak pergi jalan - jalan cari makan terutamanya di Melaka & Pulau Pinang. Godaan makanan di sana memang saya sendiri tidak boleh tahan. Pasti akan makan dan makan 😄.
Mari baca apa cabaran nak cepat kurus.
Cabaran 1 : Makan Dengan Banyak.
Sepanjang menyusukan Khadeeja tidak ada pula rasa hendak makan macam - macam, elok sahaja. Sudah elok berat badan boleh turun & kembali kurus (52kg) sepanjang menyusukan Khadeeja (anak no.2 saya). Setiba genap umur Khadeeja 2 tahun, selera makan saya lain macam bertambah - tambah tapi bukan sebab saya mengandung tau.
Kena dengan selera tekak pulak tu, memang saya akan selalu makan dan bermulalah makan dengan kuantiti yang banyak terutamanya manisan seperti apple crumble dan pastri. Suami pulak sejenis yang suka sangat mengajak makan benda - benda macam tu.
Saya masih dalam fasa cuba menahan makan manisan seperti itu. Alhamdulillah Ramadan berjaya mengawal nafsu makan ku.
Cabaran 2 : Makanan Memang Sedap & Pelbagai
Cabaran 3 : Balik Kampung
Tidak lama lagi akan berhari raya. Semua akan pulang ke kampung halaman masing - masing. Sudah semestinya setiap kali balik kampung, mak/ibu anda akan masak banyak makanan yang sedap dan kegemaran setiap anak - anaknya.
Biasanya air tangan mak ni susah sikit hendak ditolak sebab bukan selalu merasa. Setuju tak?
Cabaran 4 : Makanan Percuma & Jamuan Yang Dibayar Sendiri.
Biasanya dekat pejabat ada macam -macam jamuan. Jamuan sambut hari lahir, jamuan sebelum berpuasa, jamuan meraikan staf nak pergi menunaikan haji & jamuan hari raya tidak lama lagi.
Belum dikira lagi rumah terbuka hari raya nanti. Semua itu makanan percuma sahaja. Mesti akan makan sesuka hati.
Buffet ramadan tidak terkecuali juga. Alang - alang sudah bayar mesti anda makan makanan setimpal dengan harganya.
Semua empat cabaran ini perlu diatasi jika anda berhasrat nak cepat kurus.
JOM MULA DI SINI!
Alamak, tapi tak nak la tidak makan langsung. makanan di Malaysia semua sedap - sedap!
Bagaimana Nak Cepat Kurus Paling Berkesan Tapi Masih Boleh Makan Lagi?
Semestinya ramai dikalangan anda ingin tahu cara bagaimana nak cepat kurus, paling efektif dan semestinya berkesan. Cara nak cepat kurus yang akan saya kongsikan ini memang sudah dan sedang amalkan setiap hari. Berkesan dan selamat semestinya.
Berat badan saya pernah mencecah 60kg sebelum ini, hari ini berat sudah kembali kepada 52kg dan sedang menguatkan tekad di hati hendak dapat 50kg pula.
Apa yang paling utama?
Yang paling utama adalah ketetapan hati. Perlu sentiasa kuat, sebab diluar sana macam - macam dugaan & cabaran sebab perlu disiplin jaga makan dan membuat aktiviti fizikal. Tak nak la hangat - hangat tahi ayam. Mesti buat sehingga jadi. Jadi dapat cepat kurus.
5 Tips Cepat Kurus Paling Berkesan.
Ingat ya, paling utama yang anda perlu set dalam kepala adalah hendak cepat kurus & kekal kurus dan sihat.
(1) Jaga Permakanan.
Pelbagai cara untuk menjaga makan. Ada yang puasa sunat. Ada yang buat intermittent fasting. Bulan ramadan paling bagus untuk melatih cara pemakanan kita semua. Setuju tak. Saya sendiri amalkan cara permakanan suku - suku separuh. Lebihkan sumber protein, sayur dan buah & kurangkan bahagian nasi.
Manisan pula, saya akan makan sebulan sekali atau setiap kali makan kek harijadi anak 😃. Air manis sudah lama saya tinggalkan. Hampir tujuh tahun juga sehinggalah ke hari ini. Cabaran yang sudah dapat saya sendiri atasi dengan bantuan supplement shaklee yang terbaik di Malaysia.
(2) Bersenam Selalu.
Bersenam memang salah satu cara nak cepat kurus yang paling efektif. Sudah dua tahun saya sertai kumpulan senaman (workout) FIT&FAB LADIES. Seminggu 2 atau 3 kali saya bersama kumpulan ini akan melakukan rutin senaman dengan panduan dari coach yang bertauliah di dalam bidang sains sukan.
Selain melakukan rutin senaman bersama kumpulan FIT&FAB LADIES ini, saya juga selalu berjalan di waktu pagi selama 30 minit bersama dengan anak - anak. Kadang tu saya kayuh basikal. Konsisten paling utama untuk cepat kurus dan kekal sihat & dapat berat badan yang ideal.
Rahsia yang bukan lagi menjadi rahsia. Sebenarnya Shaklee ada menyediakan beberapa supplement yang terbaik membantu kawal rasa craving terutama makan atau minum yang manis - manis ni.
B Complex : Mengawal paras gula dalam darah.
- Jika anda mahu memulakan apa jua jenis diet, vitamin B sangat penting dan wajib diambil. Vitamin B sangat bagus dalam mengawal rasa craving. Ambi dengan cara yang betul.
- B Complex juga lebih dikenali sebagai vitamin membantu beri ketenangan. Mengurangkan rasa tekanan. Bila tekanan dapat dikawal dengan baik, maka rasa craving akan berkurang.
- Paras gula dalam darah yang baik dan stabil turut sama membantu mengawal rasa craving. B Complex ini paling berkesan bagi saya.
- Jika ibu yang sedang menyusu anak, B Complex ini sangat membantu agar tidak makan yang melampau oleh kerana rasa lapar selepas selesai menyusukan anak.
- Vita - Lea Iron Plus ini lengkap dengan 28 jenis vitamin dan minerals harian anda. Bila tubuh badan anda dapat cukup zat, maka kuranglah rasa craving melampau.
- Zat CHROMIUM yang terdapat dalam Vita - Lea Iron Plus ini bantu kurangkan rasa craving.
- Perut juga tidak kerap rasa lapar dengan bantuan zat/mineral Chromium ini.
Omega Guard : Singkir Lemak - lemak.
- Omega guard ini mengandungi Omega - 3 fatty acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan & mengawal rasa lapar.
- Bila selera makan dapat dikawal, anda akan rasa puas makan walaupun sedikit & tidak akan berlaku makan berulang - ulang lagi.
Vivix : Paling Cepat Kurus.
- Resveratrol membantu percepatkan kadar metabolisma badan anda. Jika metabolisme badan kita tinggi, ini akan menggalakkan penurunan berat badan dengan cepat.
- Apabila metabolisme mula dijalankan dengan optimum, badan akan membakar lebih banyak kalori. Lagi banyak kalori hilang, lagi cepat anda boleh kurus.
- Vixix juga akan memusnahkan sel - sel lemak dalam badan dengan cepat secara semulajadi dan ditukarkan kepada tenaga.
- Paras hormon estrogen yang menyimpan lemak dalam badan juga dikawal dengan pengambilan vivix ini. Kita tidak mahu lemak berlebihan disimpan dalam badan.
Supplement terbaik dari Shaklee yang dicadangkan ini merupakan keperluan asaa yang diperlukan oleh tubuh badan setiap dari anda. Apabila tubuh badan mendapat zat harian yang mencukupi, tiada lagi masalah craving.
Ianya mudah untuk diamalkan secara konsisten dan sangat praktikal tanpa anda perlu menahan lapar. Tubuh badan anda sendiri yang akan memberikan signal "rasa tidak ingin makan ".
Tunggu dulu. Ada lagi dua tips untuk anda cepat kurus paling berkesan.
(4) Jaga Waktu Tidur : Tidur Awal & Lebih Lena.
Tidur awal dan dapat jumlah jam yang mencukupi pada setiap hari sangat memberi impak kepada diet seharian anda. Tidak cukup tidur memberi kesan kepada mood sepanjang hari. Mudah pula rasa craving hendak makan macam - macam.
Untuk dapatkan tidur yang lebih lena, Aisyah K cadangkan ambil 2 biji RES-V. Tidur yang lena pada setiap hari akan membantu tubuh badan anda berfungsi dengan lebih baik terutamanya bila anda fokus untuk nak kurus cepat & paling berkesan.
Ambil 2 biji softgel RES-V ini sahaja sebelum masuk tidur. Pastikan tidur awal ya!
Aisyah K hanya akan cadangkan yang paling berkesan tau. Sebab Aisyah sendiri sudah mengamalkannya sehingga ke hari ini. Semasa puasa di bulan Ramadan lagi cepat kurus dengan SET HELLO NEW YOU ini.
Tidak kira apa jua diet yang anda mahu buat, pasti setiap hari mendapat zat yang mencukupi. Ambil sahaja SET HELLO NEW YOU ini untuk cepat kurus paling berkesan. Usus sihat, mudah serap zat harian, lebih bertenaga dan lebih rasa kenyang tanpa craving melampau.
Hasilnya anda akan cepat kurus dengan cara yang paling berkesan ini.
Cara nak mengambil supplement cepat kurus ini?
Hubungi Aisyah K bagi mendapatkan konsultasi lanjut cara pengambilan supplement dan buat cadangan untuk kurus dengan cepat. Saya sentiasa bersedia membantu. InsyaAllah .
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _
Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Comments
Post a Comment