Skip to main content

Bagaimana Set Hello New You Bantu Anda Turun Berat Badan Selepas Hari Raya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua pengunjung blog Aisyah K. Selamat Hari Raya. Sudah masuk 24 Syawal. Masih berhari raya ke tu? 

Teruskan amalan ziarah menziarahi di hari raya. Masa inilah nak berjumpa sanak saudara, kawan lama masa sekolah , masa belajar di universiti sambil berborak - borak panjang. 


Memang tidak cukup masa rasanya bila berborak sambil makan - makan juadah hari raya open house di rumah sanak saudara atau kawan - kawan lama. Mahunya berulang - ulang tambah makanan. Banyak topik hendak dibualkan.

Tanpa disedari sudah terlampau banyak juadah dinikmati. Sedap - sedap belaka semuanya. Sebelum saya menimbulkan kerisauan anda selepas sudah makan terlebih banyak, jom nikmati gambar - gambar contoh juadah di hari raya open house di kebanyakkan tempat.

Juadah Raya Yang Sedap - Sedap Belaka.

😋😋😋

“Juadah raya beraneka rasa, makanlah jangan hanya dipandang, ketupat & laksa johor sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi”. 








Dalam lagu raya Anuar Zain & Elina pun meraikan keenakan juadah di hari raya. Silalah nikmatinya. Jarang - jarang hendak merasa juadah seperti ini pada hari biasa. Tidak salah untuk dinikmati, tetapi ada caranya. Makan terlebih banyak dari biasa, berat badan masih boleh turun. 

Bagaimana Berat Badan Mudah Naik Selepas Raya?

Ini sudah terjadi pada anda? Puasa Ramadan berat sudah turun, tetapi setibanya Syawal berat badan naik semula. Kejadian yang tidak mengejutkan di kalangan rakyat Malaysia khususnya.

Apa sudah jadi? 30 hari berpuasa di bulan Ramadan sudah selesai. Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal pun sudah selesai. Berat badan macam kembali semula kepada berat sebelum bulan Ramadan. 

(1) Sarapan Apa Di Awal Pagi.

Ini semua berbalik kepada gaya hidup seharian anda. Tidak kira samada di bulan Ramadan, Syawal atau pun pada bulan yang lain. Ya betul bukan senang hendak mengawal hawa nafsu makan terutamanya juadah hari raya. 

Dari boleh mengawal hawa nafsu makan semasa berpuasa di bulan Ramadan, apabila tiba hari raya terus jadi rasa hendak makan semuanya. Mengalahkan ibu mengandung yang mengidam. Hehe 😁

Lihat sahaja gambar yang saya kongsikan diatas. Saya sendiri mengaku terliur & teringin sangat hendak makan laksa johor tu. Kuah pekat laksa tu, boleh terasa ke anak tekak walaupun baru tengok pada gambar sahaja 😋😁.

Awal pagi semasa bersahur di bulan Ramadan, lihat apa makanan pertama yang anda suap ke mulut sehingga sampai ke perut. 

Jika sarapan di awal pagi sudah menelan roti canai, teh tarik & milo panas ikat tepi, itulah punca utama kenapa sukar untuk mengawal hawa nafsu makan yang melampau atau perut asyik terasa lapar sentiasa.

Timbul rasa teringin sangat hendak makan yang manis - manis setiap masa. Tidak salah, tetapi tabiat mengulang - ulang tanpa henti itu yang merisaukan. 

(2) Tidak Bersenam.

Bersenam & melakukan kerja rumah adalah dua perkara yang berbeza dari secara aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Beza dari segi berapa kalori terbakar dari makanan yang anda ambil seharian. 

Jika anda tidak bersenam makanan yang anda makan berlebihan itu akan tersimpan. Tersimpan dalam bentuk lemak atau pun gula berlebihan di dalam darah. Inilah antara punca utama mengapa berat badan mudah naik. 

Seminggu dua kali bersenam pun sudah mencukupi. Setiap kali sesi bersenam ambil masa dalam 30 - 40 minit.  Masih belum terlewat untuk mulakan atau mulakan semula ya kawan - kawanku 😊.

(3) Buat Intermittent Fasting, Tapi Tiada Panduan Menu Makanan Sihat.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan intermittent fasting (IF) sangatlah bagus. Sudah menjadi kebiasaan juga dikalangan rakyat Malaysia.

Selepas 16jam buat IF dan semasa “berbuka” IF anda makan sesuka hati tanpa panduan menu yang sihat, boleh jadi kesan dari buat IF tidak akan tercapai. Contohnya hendak turun berat badan 2kg, tetapi berat badan masih statik tidak berubah.

Aisyah K Sedia Membantu Dengan Set Hello New You.

Sebelum itu, saya hendak berkongsi perjalanan saya untuk menurunkan berat badan. Dari selepas bersalin Khadeeja tahun 2020, menyusukan Khadeeja dan sehinggalah sekarang.  

Berat badan sebelum mengandung Khadeeja, 52kg. Sepanjang sembilan bulan mengandung, berat naik sehingga 10kg. Jadilah 62kg berat badan Aisyah ketika itu. 

Selepas berpantang & menyusukan Khadeeja sehingga umur 2 tahun 3 bulan, berat badan Aisyah menjadi 52kg kembali. Inilah berat badan yang diidamkan. Ketika ini Aisyah belum pernah lagi mencuba Set Hello New You ini. Belum berani hendak menelan 4 biji Herblax sepanjang 2 tahun menyusukan Khadeeja😅.

Bulan Ramadan tahun 2023, Aisyah baru mula amalkan Set Hello New You dari Shaklee ini sehinggalah sekarang. Berat badan sebelum mengamalkan Set Hello New You ini adalah 56kg. Memang berat untuk ketinggian 153cm. 

Aisyah perasan selepas tempoh 2 tahun menyusukan Khadeeja, berat badan senang sangat naik. Sampai ada orang tegur, “Aisyah mengandung ke?” 😅. Bermula dari situ terus bersemangat dan memasang impian hendak dapatkan kembali berat badan 52kg. 

Sedang berusaha dengan Set Hello New You disamping bersenam dua kali seminggu & berlari 3KM pada hari Sabtu pagi. Aisyah bersenam dengan Fit & Fab Ladies setiap hari Selasa malam & Ahad pagi. 


Ok nak tahu berapa berat badan Aisyah selepas Ramadan atau semasa raya? Alhamdulillah turun 2kg. Sebelum puasa 56kg. Selepas puasa dan semasa raya 54kg. Saya masih lagi berhasrat hendak turunkan lagi berat badan ini paling - paling pun dapat 52kg atau 51kg. 

Permulaan Set Hello New You Di Bulan Ramadan. 

(1) 30 Hari Bersahur Dengan Cinch Shake.

Ramadan yang lalu adalah permulaan saya bersahur dengan minum Cinch Shake perisa coklat. Paling penting sedap rasanya. Fungsi utamanya adalah sebagai pengganti makanan. Ya betul. Perut anda akan berasa sangat kenyang lebih lama.

Kandungan protein sebanyak 16gram membuatkan perut anda lebih selesa & tidak berbunyi - bunyi di siang hari. Lengkap dengan 16 jenis vitamin & mineral serta 6gram serat. 

Bila perut mendapat cukup zat setiap hari ianya akan membantu kawal selera makan, tidak mengalami craving & makan berlebihan terutamanya ketika berbuka puasa. Hendak mengganti puasa atau puasa sunat sesuai sangatlah minum Cinch Shake ini.

Mencabar juga rasanya hendak mengganti puasa selepas bulan Ramadan ini. Cinch Shake Soy Protein ini penyelamat anda. Dapatkan dalam Set Hello New You ini. 

(2) Bersenam Sepanjang Ramadan Bantu Turun Berat Badan.


Ya betul. Saya bersenam juga sepanjang 30 hari Ramadan yang lalu. 30 minit sebelum berbuka puasa atau selepas solat isyak. Minum air Cinch Shake sejuk atau suam semasa berbuka. Tidak makan nasi? Makan juga nasi tapi boleh dikira berapa hari sahaja saya makan nasi semasa berbuka. 

Selepas berbuka puasa telan 3 biji Omega Guard, 6 biji Lecithin & 4 biji Herblax sangat membantu untuk mencapai misi saya untuk turunkan berat badan sehingga 54kg. Kunci utama adalah konsisten. Sokongan orang sekeliling sangat membantu.

Kenapa Set Hello New You Sangat Penting?

Cinch Shake Soy Protein, Omega Guard, Lecithin & Herblax yang terdapat dalam set hello new you ini mempunyai fungsi masing - masing dan menbantu melengkapi nutrisi anda setiap hari. 

Kenapa ianya penting untuk diambil setiap hari?

(1) Makan Tidak Menentu Sewaktu Bekerja.

Kadangkala kerana terlalu sibuk bekerja setiap hari, waktu makan pula tidak menentu. Ini membuatkan anda merasa hendak makan apa sahaja apabila terlalu lapar. 

Jika anda selalu dalam situasi ini setiap hari, bancuh 2 scoop Cinch Shake Soy Protein & minum setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Kenyang lebih lama. Perut dapat cukup nutrisi. Kerja lebih fokus. 

(2) Usus Lebih Sihat

Ramuan seperti daun senna, jintan manis, daun Alfafa dan lain sangat baik untuk usus yang lebih sihat. Di sini 4 biji Herblax yang diambil dalam sehari menjalankan tugas menjaga kesihatan usus anda. 

Kenapa penting usus yang sihat? 

(a) Memastikan nutrisi penting dapat diserap dengan lebih baik daripada makanan yang dimakan setiap hari. 

(b) Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit yang serius seperti kanser kolon. 

Cara lain untuk dapatkan usus lebih sihat adalah seperti berikut;
  • Makan lebih serat : kehadiran serat melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan simptom beberapa gangguan penghadaman seperti buasir.
  • Minum lebih banyak air : serat bertindak seperi span & menyerap air. Tanpa cecair yang mencukupi, serat tidak dapat menjalankan tugas dengan baik dan akan menyebabkan sembelit.
  • Banyak bersenam : berjalan, berlari dan menari. Senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Meransang otot usus sekaligus menyebabkan makanan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda. 
(3) Bakar Lemak Berlebihan Yang Sudah Lama Tersimpan

Sampai bila hendak simpan lemak berlebihan? Bagaimana hendak tahu badan anda mempunyai lemak yang berlebihan? Pertambahan berat badan dengan melihat pada ukuran pinggan dan bahagian hadapan badan. Sukar tidur. Selalu keletihan. 

Pengambilan juadah hari raya terutamanya atau makanan seharian yang berlebihan bilangan kalori, maka lebihan kalori itu akan tersimpan dalam bentuk lemak di dalam tubuh badan anda. 

Itu sebab penting minum Cinch Shake Soy Protein bagi mengelakkan makan berlebihan & berulang - ulang. Selain itu pengambilan Omega Guard & Lecithin bantu menyingkirkan lemak berlebihan. 

Asid lemak Omega 3 dalam Omega Guard menjalankan tugas membakar lemak yang sediada.  

Lecithin pula membantu pecahkan lemak dari sumber makanan menjadi lebih kecil dan tidak menimbun lemak yang baru seterusnya meningkatkan metabolisme badan anda. 

Promosi Set Hello New You.


Harga Set Hello New You kali ini jauh lebih murah untuk promosi bulan May 2023. Harga asal RM 505.00 untuk ahli. Sekarang RM 353.00 sahaja!

Peluang untuk kembalikan berat badan kepada yang lebih sihat dengan cara yang mudah diamalkan setiap hari. Jom bersama Aisyah K dalam misi menurunkan lagi berat badan kepada yang lebih ideal. Misi saya hendak turun lagi 2kg. Anda pula?

Hubungi Aisyah K hari ini untuk bimbang & panduan pengambilan Set Hello New You ini. 

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ 

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

7 Tips Raya Dengan Shaklee Lebih Sihat & Cergas.

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri kepada pengunjung setia blog Aisyah K. 29 Ramadan lalu mesti ramai yang menanti pengumuman tarikh 1 Syawal.  Sambil menunggu pengumuman sambil itu berfikir  pukul berapa yang sesuai nak masak rendang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, bakar lemang & biskut raya. Alhamdulillah tahun 2023 kitam semua berpeluang berpuasa selama 30 hari.  Semoga Allah menerima amal soleh kita. Aameen تقبل   الله   منا   ومنكم   صالح   الأعمال  كل   عام   وأنتم   بخير Kemeriahan Syawal Tahun Ini. Ada yang sudah mula berpuasa sunat di bulan Syawal? Belum? Saya pun belum mula lagi 😁. Mood raya masih tengah meriah lagi. Aktiviti ziarah menziarahi pun masih berjalan tanpa henti.  Setahun sekali. Mesti meriah suasana bersama dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu.  Dari Kelana Jaya SS6/2 ke Seksyen 27 Shah Alam rumah mak abah Aisyah K. Kembali semula ke Kelana Jaya SS5/2 rumah mak mertua. Raya dirumah mertua SS5/2 Kelana Jaya Sana sini meriah dengan makanan di p

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu menyelesaikan mas

Testimoni Shaklee Berpantang Selepas Bersalin & Menyusukan Anak Sehingga Usia 2 Tahun.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung  setia & baru blog Aisyah K.  Sudah genap 9 tahun pada bulan Jun tahun 2014 saya mendaftar sebagai pengedar sah shaklee. Bermula dengan set supplement asas sahaja. Dari situ bermulalah pelbagai testimoni shaklee yang saya sendiri perolehi. Bermula dari bujang sehinggalah kini anak sudah ada 2 orang. Testimoni shaklee semasa hamil 9 bulan 10 hari. Testimoni shaklee semasa menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.  Ada juga testimoni shaklee ketika kulit muka naik jerawat.  Menakjubkan sungguh bila konsisten ambil supplement shaklee terbaik di Malaysia ini. Kulit muka saya kembali sihat dan jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan parut.  Paling menggembirakan adalah saya hanya fokus untuk 1 sahaja akan tetapi dapat 2 sekali testimoni shaklee sepanjang hamil, berpantang & menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kesan sampingan yang tidak disedari. Sebab fokus ketika itu hanya hendak sihat tubuh badan & anak pun sihat bersam