Skip to main content

Keistimewaan & Kelebihan Pengedar Shaklee Kelana Jaya, Selangor.

Anda sedang mencari pengedar sah shaklee di kawasan sekitar Petaling Jaya, Selangor? 

Salam perkenalan kepada semua pengunjung blog Aisyah K. Ya betul. Aisyah K adalah pengedar shaklee yang anda sedang cari. Secara khususnya, saya menetap di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Bersedia 24/7 untuk anda hubungi bagi mendapatkan produk shaklee serta perkhidmatan konsultasi penggunaan produk shaklee yang berkesan.

Sedikit Pengenalan Sebagai Pengedar Shaklee.

Pada 20 Jun 2014 saya adalah tarikh saya mendaftar sebagai pengedar shaklee. Hampir 9 tahun sudah bersama dengan shaklee. Bermula ketika masih bujang & sudah bekerja sehinggalah kini anak sudah 2 orang.  

Bekerja di Klang. Ramai pengguna produk shaklee di sekitar kawasan Klang telah menghubungi saya bagi mendapatkan supplement shaklee dengan kadar segera. 

Sebagai pengedar shaklee yang menetap di Kelana Jaya, sangat mudah untuk saya ke Home Office Shaklee di Sunway Geo Petaling Jaya. Sangat dekat. Hanya 5 minit sahaja dari tempat tinggal saya. Sangat mudah juga untuk anda dapatkan produk shaklee dengan kadar yang pantas.

Pengedar Shaklee Berdekatan Dengan Home Office Shaklee.

Boleh dikatakan hampir setiap hari Sabtu saya bersama anak - anak membeli - belah di Home Office (HO) shaklee di Sunway Geo. Permintaan untuk dapatkan supplement dengan kadar segera sangat tinggi. Kelebihan pengedar shaklee yang menetap berhampiran dengan HO, boleh singgah pada bila - bila masa sahaja.

Jika pada hari bekerja, saya akan singgah ke HO selepas waktu kerja. Waktu operasi HO dari pukul 9.oo pagi sehingga 6 petang. Sempatlah saya membuat pembelian terus di situ sebelum pulang ke rumah di Kelana Jaya. 

Rakan sekerja saya di Klang selalu bertanya jika ada pelan untuk singgah ke HO pada hari Sabtu atau hari - hari lain. Sebab mereka selalu mahu dapatkan supplement shaklee dengan kadar segera. Alhamdulillah saya sebagai pengedar shaklee di Kelana Jaya dapat memberikan perkhidmatan pantas bagi mendapatkan produk shaklee.



Anak - anak perempuan saya pun berasa sangat seronok semasa menemani saya ke HO Shaklee & sudah semakin bijak & pandai tolong ambilkan supplement shaklee di setiap rak bila saya sebut nama - nama produk yang hendak dibeli. Paling seronok bila saya belikan Hero Kiddo untuk mereka berdua.

Cepat dan pantas anda boleh mendapatkan produk Shaklee dari pengedar shaklee di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya & Klang. 

Apa Kata Pengguna Bersama Pengedar Shaklee Kelana Jaya?

Selain membantu membeli produk shaklee terus dari Home Office Shaklee di Sunway Geo, saya menyediakan khidmat bantuan membuat pesanan melalui website shaklee jika alamat penghantaran diluar dari Selangor & Kuala Lumpur.

Mereka sangat gembira dengan perkhidmatan dari pengedar shaklee yang membantu dengan pantas membuat pesanan produk shaklee. Siap saya berikan nombor rujukan penghantaran supaya mudah untuk anda rujuk dan ketahui status penghantaran barang ke alamat yang diberikan. Dibawah ini adalah antara maklum balas gembira dari pelanggan tetap produk shaklee.
Ada juga pengalaman saya sebagai pengedar shaklee memberikan konsultasi kepada pengguna yang baru hendak mencuba supplement shaklee. Kebanyakkan pengguna mahukan badan lebih bertenaga setiap hari. Saya akan berikan konsultasi & cadanagn supplement selepas mengetahui puncanya.
9 Tahun Sebagai Pengedar Shaklee

Sudah pasti banyak pengalaman yang hendak saya kongsikan bersama anda sebagai pengguna & pengedar Shaklee selama 9 tahun dan sehingga kini. 

Ketika masih bujang pada tahun 2014 - 2016, saya mula mengamalkan supplement Shaklee yang paling asas iaitu ESP, Vitamin C, Alfafa Complex, Ostenutrix, Omega Guard, B Complex & Vita Lize. 

Tujuan utama ketika itu adalah untuk kembali bertenaga tidak rasa lesu & lemau setiap hari selepas balik dari tempat kerja. Dari sini saya mula belajar untuk detoks. Menyahtoksin dari tubuh badan. Dari vitamin harian yang asas itu sahaja saya sudah rasai kesan yang sangat memuaskan. Badan rasa lebih segar & bertenaga.

Tahun 2017 saya berkahwin. Kepeluan supplement shaklee juga bertambah. Fokus utama selepas berkahwin adalah ikhtiar untuk hamil & menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Selain vitamin asas, saya menambah Gla Complex, Vita E Complex, Vivix, Res-V, Zinc Plus dan DTX Complex. Suami juga turut sama amalkan sedikit demi sedikit pada permulaan tahun 2017 sehingga kini.

Apa Kepakaran Saya Sebagai Pengedar Shaklee?

Melalui ilmu yang dipelajari sepanjang menjadi pengedar shaklee, banyak kepakaran yang telah saya bina. Dari ilmu yang dipelajari dari perkongsian pakar nutrisi & doktor, saya aplikasi di dalam gaya hidup sihat saya sehingga ke hari ini.

Ilmu tentang produk shaklee banyak membantu saya sebagai pengedar shaklee untuk merasai sendiri keberkesanan produk dengan cara yang betul seterusnya berkongsi dengan pengguna lain dengan begitu yakin.

#1. Kehamilan dan Berpantang Yang Sihat di Usia 35 Tahun & 37 Tahun.

Sebagai pengedar shaklee, saya mula belajar aturan pemakanan vitamin mengikut waktu yang sesuai dan faham apa tujuan ambil vitamin ketika hamil & berpantang.

Di usia 34 tahun. Allah menghadirkan janin di dalam rahimku seawal 4 bulan selepas bernikah iaitu di hujung bulan Dismeber 2017 dan bersalin ketika usia 35 tahun. Di usia 36 tahun, Allah hadirkan sekali lagi janin di dalam rahimku dan bersalin di usia 37 tahun.

Sepanjang tempoh 9 bulan hamil anak pertama & kedua, saya tidak mengalami masalah kesihatan. Syukur semuanya normal semasa doktor buat ujian darah & pemeriksaan anak di dalam rahim.
  • Bacaan HB normal
  • Bacaan tekanan darah normal
  • Berat badan naik secara purata sebanyak 1kg
  • Berat bayi di dalam kandungan normal mengikut minggu
  • Bacaan gula dalam darah normal (2x) - sebelum & selepas berpuasa
Ilmu yang saya pelajari di dalam setiap kelas nutrisi yang disediakan oleh Shaklee sangat membantu saya sebagai pengedar shaklee untuk berkongsi dengan yakin cara yang betul & berkesan bagaimana untuk mengamalkan set hamil shaklee kepada anda pengguna di luar sana. 

Berpantang selepas bersalin juga amat penting dengan nutrisi yang lengkap bagi mendapatkan semula tenaga dan kembali sihat. Dua kali saya berpantang selepas bersalin secara pembedahan. Proses penyembuhan begitu cepat berlaku. Di sinilah pentingnya saya sebagai pengedar shaklee perlu ada ilmu nutrisi & faham supplement apa yang perlu diambil. 

Saya sebagai pengedar shaklee perlu terlebih dahulu merasai kesan yang amat baik & berpuashati dengan apa yang dirasai sehingga ke hari ini agar saya dapat berkongsi juga dengan anda sebagai bakal pengguna produk shaklee.

#2. Penyusuan Anak Sehingga Usia 2 Tahun

Masalah utama ibu menyusu adalah sentiasa rasa letih & lapar selepas menyusukan anak. Betul. Saya tidak menafikannya kerana saya sendiri pernah merasainya semasa menyusukan Maryam (anak pertama). Sepatutnya ibu menyusu akan cepat turan berat badan sepanjang berpantang dan selepas habis tempoh berpantang.

Rasa cepat letih & lapar itu saya atasi sedikit demi sedikit dengan mengetahui apa puncanya. Atasi punca itu dahulu. Alhamdulillah masalah itu dapat saya atasi sepanjang penyusuan anak pertama dan kedua sehingga usia mereka mencecah 2 tahun. 
Selepas mengepam susu pun sudah tidak rasa terlalu lapar sangat. Pastikan cukup bekalan protein setiap hari. Kurangkan pengambilan gula. Bagaimana saya mengawal rasa "craving" dan cepat lapar itu adalah dengan melengkapkan tubuh badan dengan nutrisi dari supplement asas/harian dan pemakanan yang sihat & seimbang.
Saya sebagai pengedar shaklee yang berpengalaman sentiasa bersedia membantu & berkongsi dengan anda di dalam penyusuan anak & berpantang dengan secara lebih sihat.

#3. Gaya Hidup Sihat Pengedar Shaklee.
  • Bersenam
  • Aqua Zumba
  • Detoks 
  • Intermittent fasting
  • Hiking, sekali sekala 
Bermula aktif bersenam ketika mengandung anak ke - 2 pada hujug tahun 2019. Semasa di trimester ke - 2 sehinggalah sebelum melahirkan Khadeeja pada 17 September 2020, saya mengikut kelas senaman melalui Youtube sahaja.

Berdasarkan 9 tahun pengalaman di dalam penggunaan produk shaklee, pengambilan supplement perlu disertakan dengan senaman sebanyak 2 kali seminggu selama 30 - 40 minit pada setiap sesi. Selepas habis tempoh berpantang & sepanjang menyusukan anak, saya meneruskan senaman bersama dengan kumpulan Fit&Fab Ladies Shah Alam sehinggalah ke hari ini. Setiap hari Rabu & Ahad.
Sebagai pengguna dan pengedar shaklee, saya mahu berasa seronok sepanjang menjalani gaya hidup sihat dengan cara bersenam. Saya sudah tahu & berpengalaman tentang supplement atau vitamin apa yang perlu diambil sebelum, sepanjang dan selepas sesi senaman. Anda pasti akan dapat rasai perbezaannya. 

Perbezaan dari segi tenaga semakin baik. Perbezaan dari segi badan rasa lebih ringan dan mudah melakukan rutin senaman. Paling seronok adalah anda akan berasa gembira setiap kali selesai sesi senaman. 
Sebulan sekali saya sertai Aqua Zumba. Sangat menyeronokkan walaupun penat selepas setiap kali sesi selama 1 jam. Sebagai pengedar shaklee, saya ambil supplement sebelum dan selepas senaman. 

Syukur kerana ilmu nutrisi yang saya pelajari dan diamalkan sebagai gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan rasa "sore" & rasa seronok bila dapat mencapai sasaran bacaan BMI yang normal setiap kali coach kami mengambil ukuran & berat badan.
Bersenam dan mengamalkan Set Hello New You sepanjang di bulan Ramadan yang lalu sehinggalah ke hari ini juga sangat memuaskan hati saya terutamanya sebagai pengedar shaklee yang berpengalaman  selama 9 tahun ini. Saya pasti anda juga akan berpuas hati dan seronok dengan gaya hidup yang sihat seperti yang saya amalkan ini. 
Tips untuk kekal konsisten dengan gaya hidup yang sihat ini adalah lakukan bersama - sama dengan rakan atau ahli keluarga yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda. Saya sebagai rakan & pengedar shaklee anda sentiasa bersedia membantu.

"Exercise delivers oxygen and nutrients to your tissues and helps your cardiovascular system work more efficiently. And when your heart and lung health improve, you have more energy to tackle daily chores.

take your supplements wisely!"

Selain bersenam, aqua zumba dan mengamalkan Set Hello New You, saya juga berpengalaman melakukan detoks secara bulanan tanpa rasa perit. Detoks yang saya amalkan ini disokong oleh supplement shaklee yang berkaitan seperti Vivix, Alfafa Complex, Dtx Complex, ESP dan Herb Lax. Maka proses detoks berjalan dengan begitu tenang sekali.

Setiap hari badan kita semua terdedah dengan pelbagai radikal bebas dan tanpa sedar sudah banyak toksin di dalam badan. Pemakanan yang tidak dijaga juga boleh menyebabkan kehadiran toksin berlebihan. Itu sebab saya pilih untuk amalkan gaya hidup sihat secara bulanan dengan melakukan detoks.

Saya juga berpengalaman membuat detoks & intermittent fasting dengan cara yang berkesan ketika menyusukan Maryam & Khadeeja semasa mereka berusia 4 bulan. Susu badan masih melimpah ruah & mencukupi. Stok EBM pun semakin bertambah setiap hari. 

Sebagai pengedar shaklee, penting untuk saya amalkan gaya hidup sihat ini secara bulanan. Bila toksin dapat dibuang melalui senaman dan berpandukan jadual menu, barulah nutrisi dari supplement shaklee dapat diserap secara lebih optimum & memberikan kesan yang sangat memuaskan dan menyeronokkan.  

Saya kongsikan di bawah ini pengalaman melakukan detoks bersama dengan interminttent fasting. Seronok apabila ianya digabungkan & disokong dengan supplement shaklee. 
Bersenam & detoks bersama IF sangatlah membantu saya sebagai pengedar shaklee di dalam menjayakan penyusuan anak sehingga usia 2 tahun. Badan sihat cergas, barulah susu badan dapat dihasilkan dengan lebih optimum. Digabung & disokong juga dengan pemilihan supplement shaklee yang tepat & betul.

Anak tidur dengan lena berbekalkan susu badan saya. Pada masa yang sama tubuh badan saya pun berasa lebih bertenaga selepas melakukan detok & IF.

Sekali sekala saya & suami melakukan aktiviti hiking di Bukit Kiara TTDI, Bukit Nenas & Tugu Negara, KL. 

Promosi Shaklee Bulan Jun 2023!

Banyak promosi produk shaklee pada bulan ini. 

Kebanyakkannya saya telah berpengalaman menggunakannnya bermula dari hari pertama sebagai pengedar shaklee. Berpantang, menyusukan anak sehingga usia 2 tahun & sepanjang hari sehingga ke hari ini untuk menyokong gaya hidup saya bersama keluarga.

(1) ResV - ivix
(2) Res-V
(3) Vivix
(4) Set Hello New You

Promosi ResV & Vivix bulan ini anda boleh membuat pembayaran secara ansuran selama 6 bulan. Keistimewaan cara pembayaran secara easy pay ini adalah bagi pengguna kredit kad Maybank sahaja.

Hubungi Aisyah K untuk mendaftar sebagai pengedar shaklee dengan bayaran hanya RM 35 seumur hidup. Saya bersedia membantu memberikan konsultasi cara pengambilan yang betul, sesuai & berkesan dengan tujuan kesihatan anda.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Lega! Sudah Ada Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi

Apa yang berlaku semasa kita bergerak? Tubuh badan kita semua disokong dengan 206 tulang, more than 230 sendi dan 600 otot. Tulang menyokong berat badan dan memberikan bentuk kepada tubuh badan. Otot pula "contracting and relaxing" bagi memudahkan pergerakan. Sendi, memberikan fleksibiliti bagi membolehkan otot menggerakkan tulang. Dapat dilihat disini, tulang, otot dan sendi saling bekerjasama ketika kita bergerak & melakukan apa jua aktiviti pada setiap hari. Tidak kira samada aktiviti lasak atau pun yang  biasa.  Jika tidak diberikan sokongan dan penjagaan yang betul kepada tulang, otot dan sendi ini maka akan kedengaranlah bunyi..krikk! crack! ouch! Krikkk! Crack! Ouch!  Itu bunyi dari tulang dan sendi anda? Pernah dan biasa dengar? Usah terkejut ya di usia muda pun ada yang pernah mengalami bunyi seperti ini. Bunyi ini sangat sinonim dengan sakit sendi.  Apa itu sakit sendi? Sakit sendi adalah satu rasa yang tidak selesa, sakit atau keradangan yang timbul pada mana

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Shake Eldeberry M

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yang demam. Tapi gagah