Skip to main content

Pengurusan Emosi Bersama Anak - Anak & Keluarga Sepanjang Di Rumah




2 hari lepas saya berkesempatan mendengar perkongsian dari pada Puan Hjh Azlina Roszy bt Mohamad Ghaffar berkenaan tajuk yang sangat menarik “Pengurusan Emosi Bersama Anak - Anak & Keluarga Sepanjang Di Rumah”. Satu perkongsian yang sangat relevan terutamanya di sepanjang tempoh PKP yang berlanjutan sehingga 28/04/2020. Terima kasih saya ucapkan kepada Ikram Putra Mahkota yang telah membuat FB live pada 08/04/2020.

5 Cara Pengurusan Emosi Bersama Anak - Anak & Keluarga Sepanjang Di Rumah.

1. Adakan Rutin Harian.

Tujuan mengadakan rutin harian ini adalah agar hidup menjadi lebih teratur, emosi tidak kelam kabut sebab kita dah tahu “what to expect”. Setiap ahli Keluarga di dalam rumah ada jadual @ rutin harian masing - masing, dari ibu baca sehingga ke cucu (kalau duduk bersama dengan cucu la😁). Tetapkan rutin ini berjalan pada setiap hari contohnya untuk anak - anak yang belum wajib utk solat fardu sebagai contoh :

pukul 8 pagi - bangun dari tidur
pukul 9 pagi - sarapan
pukul 10 pagi - mandi
pukul 11 pagi - main/beraktiviti
pukul 12 tghari - makan tengahari 
pukul 2 petang - tidur, 

sehingga la waktu tido malam.

Begitu juga untuk kita sebagai ibubapa tetapkan & lakukan rutin harian yang sama bersama - sama dengan anak - anak. Dr Azlina ada mencadangkan untuk buat “Star Chart Reward”. Ganjaran berasaskan bintang. Bila anak - anak kita dapat @ berjaya lakukan rutin harian ini dengan baik, kita reward mereka dengan bintang yang banyak, contohnya dah gosok gigi, mandi, kemas katil dll. Kanak - kanak nie memang sukakan sesuatu yang visualize @ nampak ganjaran tu so mereka akan lebih excited utk nak buat lagi pada setiap hari.

Untuk Maryam saya belum buat lagi "Star Reward Chart" nie, just bila Maryam kemas barang mainan dia saya puji dia.. "pandainya Maryam kemas mainan (sambil tepuk tangan 👏🏻👏🏻)” 










2. Bahagikan Tugas.

Tugasan harian dibahagikan antara suami dan isteri & anak - anak. Tapi ibubapa yang perlu mulakan terlebih dahulu, menjadi contoh teladan kepada anak - anak. Jika kita sebagai ibubapa hanya duduk jer x buat apa - apa..duk main game aje...memang rumah akan menjadi lintang pukang..dan anak- anak pun akan ikut sama main game. 

3. Kenal Diri Sendiri.

Adakah kita ini seorang yang mudah tersinggung, mudah marah, perfectionists, sensitif? Jika kita banyak sifat - sifat ini, ianya akan mewujudkan suasana stress di dalam rumah. So kena berhati - hati sebab sekarang semua orang berada di dalam rumah dan nampak each other kan...so apa yang perlu kita buat? Kurangkan sedikit sifat - sifat tersebut. Contohnya kurangkan sifat perfectionist, sebab kanak - kanak sehingga umur 10 tahun memang suka lompat & panjat sana sini, conteng sana sini. So bagi jer peluang anak tu nak melompat sana sini. Kalau anak yang suka melukis dan mewarna di mana- mana, so nak mengurangkan rasa stress, ibu dan ayah sediakan awal - awal @ tampal kertas mahjong atau suratkhabar yg dah x guna..biarkan mereka meluahkan kreativiti @ potensi disitu. Kita tidak stress dan anak - anak pun sama tidak stress.

Selain tu kalo rasa stress yang melampau, tarik nafas dalam2 lepaskan secara perlahan & larikan @ sembunyikan diri sekejap..istighfar & berzikirlah yer😊

Fahami fitrah anak - anak & diri kita sendiri sebagai ibubapa. Jika untuk anak yang dewasa, dengarlah cerita mereka dengan rasa seronok, bagi peluang mereka bercerita sampai habis. Ada teknik juga tau, dengar dulu, dengar betul - betul & dengar sampai habis. 

4. Gunakan Bahasa Yang Baik Dalam Pertuturan Dengan Anak - Anak.

Puji segala usaha anak, contohnya “pandainya gosok gigi, rajinnya mandi, pandai betul kemas katil, terima kasih along tolong mak kat dapur tadi”. Jika anak berumur 2 tahun ke bawah, contoh situasi air tertumpah, instead of kita marah why not cakap baik - baik & ajar apa yang patut buat selepas air tumpah. Ajar mereka solve the problem & ajar skills - ajar cara nak lap air yang tumpah. 

Bila kita as parents ada buat salah kepada anak2, kita terus minta maaf. Ianya secara tidak langsung mendidik anak, bila buat silap terus minta maaf. 

Lagi satu cara berkomunikasi adalah dengan menunjukkan gambar. Contohnya sebelum ini anak - anak dah biasa setiap pagi pergi sekolah so nak bagi anak kecil nie faham & kita pun kurang stress nak cakap banyak kali yang sekolah tutup sekarang (tahu x anak2 yang berumur bawah 6 tahun, mereka akan dapat ingat apa yang kita cakap tu sehingga 4000 kali 😅). So tunjukkan gambar pintu yang bertanda ❎.  Atau pun kalau anak - anak @ orang yang berada di rumah asyik duk berulang - alik ke peti sejuk, tunjukkan gambar ini 😅👍🏻


Dalam berkomunikasi dikalangan ahli keluarga, elakkan membandingkan anak - anak. Sebaliknya pujilah mereka, “anak mama yang solehah nie dah rajin solat & tolong mama”.

5. Latih Sifat Mahmudah Bersama - sama.

Didik, latih & ajar ahli keluarga untuk sama2 bersabar dengan ujian dan dugaan. Belajar untuk redha dengan ketentuan Allah SWT. Contohnya, redha dah x boleh beli pisang goreng depan rumah kita dulu semasa PKP @ #stayathome sekarang. 

Dalam suasana krisis pandemic COVID - 19, berusahalah untuk duduk di rumah, bertawakkal dan berdoa banyak2 @ sentiasa agar keadaan ini tidak berlarutan lama. Banyakkan bersyukur, InsyaAllah akan ditambah rezeki. Saling memudahkan urusan orang lain serta mudah memaafkan kesalahan sesama manusia. 

#stayhealthy
#newNormal
#staystrong
#stayathome

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari semi...