Skip to main content

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung setia blog Aisyah K. Salam pengenalan juga kepada yang baru singgah di blog ini. 

Shaklee adalah antara syarikat MLM yang sudah menghampiri 40 tahun di Malaysia. Penaung & penaja projek projek Blog Mega Shaklee, iaitu Master Norita Idris adalah antara yang telah bersama dengan Shaklee hampir 24 tahun. 

Pemilihan komuniti bisnes Shaklee yang sesuai & tepat adalah sangat penting jika ingin berjaya

Aisyah K sendiri telah menyertai perniagaan secara sambilan sebagai pengedar shaklee yang sah sejak tahun 2016 & berada di dalam komuniti bisnes shaklee sehingga ke hari ini. 

Hampir tujuh (7) tahun kan Aisyah setia bersama dalam komuniti bisnes shaklee. Lama kan? 

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Kami Ini Best?

1. Perkongsian ilmu yang seimbang. 

Komuniti bisnes shaklee sentiasa membuat perkongsian ilmu berkaitan dengan bisnes dan juga ilmu kehidupan. Ilmu bisnes yang di sampaikan sentiasa up to date dari semasa ke semasa. Menjemput pakar - pakar perubatan untuk membuat perkongsian ilmu tentang produk. 

Ilmu tentang kehidupan juga diselitkan dalam setiap perkongsian bersama ahli kumpulan yang sangat besar. Contohnya ilmu tentang keberkatan rezeki, bagaimana menguruskan hutang dan lain - lain. Ianya memberikan impak yang sangat positif kepada saya sebagai salah seorang di dalam komuniti bisnes Shaklee.

Ilmu pengurusan kewangan 

Jemputan dari pakar perubatann

2. Kumpulan @ Circle Bisnes Yang Positif.

Untuk bergerak laju dalam bisnes shaklee ini boleh buat sorang - sorang, akan tetapi untuk bergerak lebih jauh dalam bisnes shaklee kena buat secara berkumpulan. Gerak bersama - sama. 

Komuniti Bisnes Shaklee

Walaupun komuniti bisnes shaklee ini sangatlah besar, tetapi setiap seorang dalam komuniti bisnes shaklee ini saling memberikan kata - kata semangat, motivasi & peringatan mesra untuk sama - sama berjaya dalam bisnes shaklee ini. Suasana circle yang positif sangat memberikan impak yang besar dari segi semangat untuk meneruskan bisnes shaklee ini sehingga berjaya bersama - sama.       

3. Upgrade/Peningkatan Kemahiran Bisnes Shaklee.

Skill atau kemahiran dalam bisnes perlu sentiasa ada peningkatan & pembaharuan dari semasa ke semasa. Dalam komuniti bisnes Shaklee ini banyak belajar kemahiran baru untuk menjual & mengadakan networking yang kukuh di semua platform media sosial. Contohnya, bagaimana mewujudkan SEO yang kukuh dalam penulisan di blog sehingga boleh menjana “sales”. Itu yang saya dapat pelajari semasa projek blog mega shaklee 1.0

Blog Mega Shaklee

4. Ramai Leaders Yang Berjaya.

Kejayaan ramai leaders dalam komuniti bisnes shaklee. Contoh yang boleh diikuti di samping itu boleh mengambil resepi kejayaan mereka sebagai sumber inspirasi untuk kami di komuniti bisnes shaklee terus berusaha dan berjaya seperti mereka. Ramai antara mereka sudah hampir 10 - 24 tahun menjalankan bisnes shaklee ini. Mestilah nak korek dan dapatkan tips bagaimana mereka boleh bertahan dan masih dapat menjana pendapatan setiap bulan sehingga ke hari ini.

5. Kelas Bisnes & Motivasi Secara Online.

Kelas online pun disediakan

Seperti yang dimaklumi, perniagaan MLM seperti shaklee ini mempunyai komuniti yang sangat besar dan menetap berjauhan. 

Dengan adanya kelas online seperti ini, komuniti bisnes shaklee kami dapat menambah ilmu perniagaan secara atas talian sahaja. 

Kelas Motovasi Online pun disediakan

Kebanyakkan kelas online dalam komuniti bisnes shaklee dibuat menggunakan aplikasi zoom. Mudah & best sebab ramai ahli dalam komuniti bisnes shaklee boleh menyertainya walaupun berjauhan.

6. Semua Ahli Dilayan Sama Rata.

Setiap individu baru yang mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee, kedudukan mereka dikenali sebagai Shaklee Independent Distributor (SID) yang biasa dalam komuniti bisnes Shaklee

Shaklee Independent Distributor yang akan naik pangkat, mereka akan berada di level supervisor, senior supervisor, coordinator, senior coordinator,  key coordinator, senior key coordinator & akhirnya master coordinator.

Terbaiknya komuniti bisnes Shaklee ini adalah walaupun ramai leader yang telah berada pada pangkat yang tertinggi, mereka tidak memandang rendah kepada ahli biasa, walaupun ahli biasa tersebut sudah lama tidak naik pangkat.

Komuniti bisnes Shaklee kami tidak pernah “kick out” ahli yang tidak mencapai sasaran, malah leader kami dalam komuniti bisnes Shaklee di Europhia sentiasa mengalu - alukan ahli yang mahu membuat “comeback” dengan Shaklee. 

7. Sentiasa Menyalurkan Kemaskini Info Dari Shaklee.

Tidak semua info semasa dari Shaklee akan disalurkan secara terus kepada semua ahli. 

Ada info tertentu yang Shaklee akan salurkan kepada leaders sahaja untuk disampaikan kepada ahli biasa. 

Leaders yang sentiasa keep me updated

Alhamdulillah, dalam komuniti bisnes Shaklee kami tidak pernah ketinggalan untuk berkongsikan kemaskini info semasa kepada semua ahlinya. Rasa beruntung sangat berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini.

8. Sentiasa Mengadakan Kelas Tazkirah.

Kelas Tazkirah Ustazah Mariyam Saari

Alhamdulillah, komuniti bisnes Shaklee yang saya sertai ini sentiasa mengadakan kelas tazkirah sebulan sekali. Penting untuk kita yang beragama islam untuk saling ingat mengingati sesama kita. 

Takzirah yang diadakan di dalam komuniti bisnes Shaklee ini sentiasa mengingatkan supaya melakukan muhasabah atau refleksi diri sepanjang menjalankan perniagaan Shaklee ini. Adakah perniagaan yang dijalankan ini sejajar dan mengikuti langkah perniagaan yang telah dilakukan di zaman Rasulullah supaya ada keberkatan dari rezeki yang kita dapat pada setiap bulan.

9. Kelas Di Atas Talian Oleh Pakar Nurtisi Shaklee.

Perkongsian Ilmu Nutrisi & Perniagaan Shaklee
oleh Pakar Nutrisi Shaklee sendiri

Kelas online yang mereka laksanakan pada setiap bulan ini adalah diatas inisiatif founder komuniti bisnes Shaklee kami sendiri bersama dengan pihak syarikat Shaklee Malaysia. 

Pada setiap bulan saya bersama komuniti bisnes shaklee berpeluang untuk menghadiri kelas bimbingan berkenaan dengan produk dan perniagaan shaklee melalui aplikasi zoom meeting. 

Walaupun ilmu berkenaan dengan produk Shaklee boleh sahaja dibaca melalui laman sesawang Shaklee Malaysia, akan tetapi bila kami mendapat ilmu & penerangan secara terus dari pakar, ianya akan menguatkan lagi kefahaman tentang produk & perniagaan Shaklee ini.

Kesimpulan.

Saya betul - betul rasa sangat beruntung berada di dalam komuniti bisnes Shaklee ini sehingga ke hari ini. Ilmu sentiasa bertambah disamping menambahkan keyakinan dalam diri untuk terus berkongsi & memberikan manfaat kepada orang di sekeliling kami. 

Jika anda menyertai saya sebagai Shaklee Independent Distributor, anda turut boleh merasai keistimewaan apabila berada bersama di dalam komuniti bisnes Shaklee ini. 

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee

----

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. thank you aisyah k, you are a valuable member of PAF Network!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Testimoni Pengguna Set Kurus Shaklee Selepas Cabaran 30 Hari.

. Jom mula disini! Usahlah menyalahkan makanan yang selalu dan sedang viral di media sosial jika berat badan anda masih ditahap yang sama malah semakin naik pula berat badan. Benda boleh diubah, kenapa ditangguh - tangguh lagi.  Setuju tak? Fakta yang menggerunkan adalah, Malaysia JUARA penduduk paling gemuk di negara Asean! Mulakan sekarang dengan tukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dari minum manis kepada kurang & terus tak minum manis. Dari tidak aktif kepada lebih aktif. Perubahan dan langkah pertama perlu dimulakan walaupun sekecil mana pun.  Paling penting dibuat secara konsisten.  Panduan asas untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut: (1) Tiada makanan berproses seperti kerepek, biskut dan kek. (2) Tiada minuman manis seperti jus buah dan soda. (3) Sentiasa pilih sajian rendah karbohidrat. (4) Kekal terhidrat dengan 8 gelas air setiap hari. Apa yang ada di dalam Set Kurus Shaklee ? (1) Cinch Shake perisa coklat & cafe latte ATAU Life Sha...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...