Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.
Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.
Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2) berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.
Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ;
(1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari seminggu dengan kaedah 8jam puasa 16 jam makan. Jika rasa 7 hari tu badan rasa lebih baik (ada kesan yang positif), anjakkan tempoh kepada 14 hari sehinggalah sebulan. Sabtu & Ahad biasanya saya memang tak buat IF di awal mase mencuba buat IF. Mommies boleh juga tambah waktu IF kepada 8jam, 12jam atau16jam puasa 8jam makan.
Disini saya belajar untuk adjust kesesuaian berapa jam puasa & berapa jam makan. Of course hari pertama memang gagal..tapi saya terus cuba & cuba lagi 😁
(2) Minum air kosong sekerap yang mungkin untuk jaga tahap hidrasi tubuh badan. Setiap kali selepas anak menyusu direct atau selesai pump susu, terus minum air kosong usah ditangguh2 ya😃. Sepanjang saya buat IF, produksi susu badan masih mencukupi mengikut keperluan Khadeeja seperti biasa.
(3) Masa waktu makan (eating window), saya dahulukan dengan minum protien dari sumber tumbuhan. Saya minum protein ESP, kadang tu minum protein Life Shake atau Cinch coklat. Lepas tu makan la lauk atau sayur seperti biasa.
(4) Tido awal. Ini sangat penting ya supaya badan dapat rehat yang cukup & kita tidaklah ada ruang waktu untuk terlajak dari makan macam - macam sneak yang kurang nutrisinya. Sayangkan..dah puasa 16 jam.
(5) Jika mommies dah biasa wajib ambil sarapan setiap pagi, boleh mulakan IF lebih awal. Sebagai contoh sarapan pukul 6 pagi, IF boleh dimulakan pada pukul 2 petang untuk hari yang seterusnya.
(6) Nak lagi rasa seronok sepanjang buat IF, buatlah secara berkumpulan at least ade yang boleh bantu & saling sokong each other. Lebih ramai buat lagi best lagi meriah 😁👍🏻.
Momies lebih sihat - susu badan lebih berkualiti - anak gembira & kenyang. Tidur lebih lena.
Jom mommies cuba buat IF. Boleh baca juga perkongsian kawan saya tentang pengalaman dia buat intermittent fasting turun 11 kg.
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023.
tak sangka ibu menyusu pun boleh buat IF !
ReplyDeletecuba dan terus cuba..pasti boleh mommies!!
ReplyDeleteTerbaiklah. Keep inspring ya
ReplyDelete