Skip to main content

Tips Berpuasa & Menyusu Tenang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Bertemu kembali di blog Aisyah K. Entri kali ini aisyah nak kongsikan tips berpuasa & menyusu tenang.

PUASA DAN MENYUSU TENANG

Ibu Menyusu & Kekhuatirannya.

Apabila menyentuh tentang menyusu di bulan ramadan, ramai ibu yang sudah mudah gusar kerana habis menyusukan anak akan lapar, lesu, haus, mengantuk dan banyak lagi la.

Mari lihat sama - sama apa yang ibu - ibu sangat khuwatir untuk melalui Ramadan & menyusu:
✅ Lapar
✅ Haus
✅ Nak pitam 
✅ Lesu
✅ Pening kepala
✅ Susu drop
✅ Badan menggigil/ketar 
✅ Tidak yakin. 

Jom kita fahami sedikit sebanyak fungsi air dalam tubuh badan. 


1. Menjaga Hidrasi Tubuh.

Kita semua akan berpuasa selama lebih kurang 12-13 jam sehari tanpa makan dan minum. Walau bagaimanapun, mommies tetap berpuasa dalam keadaan sihat..cukup air cukup makan semua. Fasa 12-13 jam tersebut tidak akan memudaratkan keadaan penyusuan ibu sekiranya mommies menjaga hidrasi terutama setelah berbuka puasa. Maka ia akan menggantikan air yang kurang di siang hari. 

Tetapi ada juga mommies yang sangat sensitif dengan tidak minum dan tidak makan, usah risau jika penjagaan pengambilan air setelah berbuka puasa di buat dengan cara yang betul. 

Bagaimana caranya?

✅ Ambil air sedikit demi sedikit tapi kerap.
✅ Elakkan minum banyak - banyak air sekaligus, lepas tu tak minum dah sampai sebelum nak tidur. 

So 250cc (1 gelas) : Berbuka puasa
1 gelas : lepas makan
1 gelas : selepas solat maghrib
1 gelas : nak solat terawih
1 gelas : selang masa solat terawih (2-3 kali)
1 gelas : masa tengok TV atau semasa baca Al - Quran
1 gelas : sebelum tidur
1 gelas : setiap kali selepas menyusu di malam hari. Sediakan botol air sebelah katil utk mudah dicapai se telah selesai menyusu di malam hari. 
1 gelas : masa baru bangun nak siapkan sahur
1 gelas : masa makan dan bersahur
1 gelas : masa dah nak habis waktu sahur

Mommies pandai - pandai la adjust masa bila nak minum air, sebab ade yang tak tengok TV. So diatas ini sebagai panduan asas waktu yg sesuai minum air secukupnya. 

Air apa nak minum? Minum air apa - apa pun boleh asalkan elakkan minum yg tinggi kandungan gula. Nak minum jus buah pun ok yang penting takyah tambah gula. Saya cadangkan minum air kosong & performance drink shaklee. Ade perisa oren & lemon 🍋 lime. Sedanyaaa😋

.

Minuman Kekal Hidrasi Bulan Ramadan


Cuba kira berapa cc dah tu, kalau ikut betul-betul 2 liter boleh dapat sepanjang berbuka puasa sehingga sahur keesokkannya harinya...

2. Elakkan / Kurangkan Makanan/ Minuman Berkafien /Tinggi Garam.

Pada masa berpuasa elakkan pengambilan minuman manis, minum bersoda, kopi serta makanan yang bergaram tinggi.. kerana kafien dan garam ni ada efek diuretik..


Diuretik tu apa? Diuretik tu adalah keadaan di mana kondisi atau sifat lajunya urinasi(kencing) atau bahasa mudah dia..hangpa makan atau minum minuman berkafein atau makanan banyak garam, hangpa mudah kencing sebab  makanan dan minum ini ada sifat diuresis...


Antara makanan yqng mengandungi kafein adalah kopi, teh, coklat, minuman bersoda/ kabonat.


Mommies coffee lovers?ohhh its ok....nak juga? minum la dalam keadaan cair...kalau tak tahan juga, tak pa la ambil je la kopi tu, tapi paham dan tahu la ni kesannya..jangan la nanti duk tertanya - tanya kenapa asyik haus ja ni, kenapa asyik terasa nak kencing ja ni..

.

Walaupun begitu, kadang-kadang badan kita sudah beradaptasi dengan kafein yang kita ambil harian. Jadi kesan diuresisnya tidak terlalu ketara.


Mommies nak jugak minuman berperisa seakan - akan coffee, boleh cuba CINCH Latte Shaklee. Sukakan yang ade rasa coklat boleh cuba minum CINCH Chocolate Shaklee juga 😄.


3.Elakkan/ Kurangkan Makanan Berminyak.


Bila kita makan, makanan bergoreng, berminyak macam sambal, rendang, kita akan mudah haus..so masa nak bersahur nanti elakkan makanan -makanan berminyak seperti ini dan sekutunya...amik skit-skit buat rasa ok ja, tapi jangan banyak sangat..


Seperti saya pengalaman berpuasa ketika menyusukan Khadeeja & Maryam, selalu minum ESP suam, makan buah kurma & vitamin penting ketika bersahur terutamanya.


Untuk kesihatan pun tak berapa nak baik kan...


4. Pilh Makanan Berkarbohidrat Kompleks.


SAHUR LOW GI

Pada saat mommies bersahur, amalkan pemakanan yang memiliki indek gycemik yang RENDAH. Meh Aisyah K terangkan apa maksud LOW glycemic indek ni. Terma ini sangat teknikal tetapi golongan makananya adalah yang berserat tinggi dan korbohidrat kompleks agar peningkatan gula darah meningkat secara perlahan.


Apa yang di maksudkan dengan indeks gycemik ini adalah seberapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah.


Makanan yang meningkatkan gula darah dengan cepat di panggil HIGH GLYCEMIC INDEX. (bubur nasi, mee maggi, bihun, keow teow dan rakannya)


Makanan yang meningkatkan gula darah secara sederhana di panggil MODERATE GLYCEMIC INDEX.


Makanan yang meningkat gula darah secara perlahan di panggil LOW GYCEMIC INDEX. (GI)(kekacang, sayuran, buah-buahan berserat, bijirin)


Tips memilih pemakanan Rendah GI


Pilih 1 jenis makanan rendah IG ketika mengambil snek atau hidangan utama. Contoh ESP suam. Rasa bertenaga yang berpanjangan.


Makanan makanan tinggi IG dalam jumlah yang sedikit


Pilih beras basmati/beras perang.


Pilih roti bijirin dan pasta gandum penuh (whole grain)


Amalkan pengambilan kacang dan lentil seperti kacang kuda, chia seed, dan sekutunya.


Pilih kentang rebus berbanding kentang lenyek. Amalkan suku-suku separuh di saat berbuka puasa serta sahur.


Tingkatkan makanan rendah GI, dan pada saat nak mengunyah pilih mkanan berbijirin sebagai kudap-kudapan.


Selamat mencuba.


5. Kurangkan Berada Diluar/ Bawah Terik Matahari Sekiranya Tidak Perlu.


Elakkan berada pada cuaca panas, hanya bila perlu sahaja, kerana demi menjaga hidrasi tubuh...tapi sekiranya ibu kena duduk bawah panas nak buat macam mana..pandai-pandai adjust ya.


Namun begitu berada di bawah terik matahari bukanlah satu-satunya cara hilangnya hidrasi tubuh. Berada /bekerja di pejabat berhawa dingin juga menyebabkan dehidrasi. 


Oh lupa..bercakap banyak juga akan menyebabkan kering tekak. Tapi kalau mommies adalah seororang guru atau pensyarah mahupun host tv dan DJ radio..setiap butir ilmu yang mommies sampaikan pahala yang besar ganjarannya.


Cuma jangan membawang saja ye mommies😘. 


Maka mommies pandai-pandai la maintain ya penggunaan hawa dingin serta keberadaan di luar rumah...


6. Buah-Buahan


SEDAPNYAA..


Tembikai, sengkuang, oren adalah antara buah yang tinggi kandungan air.


Sekiranya nak variasi dalam kudap-kudapan, selain dari makanan yang low GI tadi , mommies boleh makanan buah-buahan yang tinggi serat dan tinggi air ini...bagus juga untuk menjaga pencernaan agar tidak sembelit.


Saya yakin setelah selesai sebulan berpuasa, dan sekiraya ibu betul-betul makan seperti ini selama sebulan, ibu pasti berasa lebih segar dan selesa..dan ingin melanjutkan lagi untuk masa-masa kedepan.


7. Jangan Tak Sahur


SAHUR PUASA


Gagahkan diri untuk bangun bersahur walaupun sentiasa berjaga malam menyusukan anak beberapa kali. Maka ibu-ibu yang di rahmati, di dalam Islam juga sangat digalakkan untuk kita melambat-lambatkan sahur. Pemilihan makanan sudah banyak saya kongsi dan tekankan.


Sekiranya mommies merasakan tidak berselera untuk bersahur, pilih makanan yang tidak terlalu berkuah, tidak berminyak, tidak bergoreng, tetapi memiliki ciri-ciri makanan di atas. Minum ESP atau CINCH yang berperisa vanilla/coklat/lattte..yummyyy😋


Jangan terlalu diikutkan nafsu demi kesihatan ibu & bayi mommies.


MENYUSU TENANG DI BULAN RAMADAN

Nantikan entri blog Aisyah K yang seterusnya. Saya akan kongsikan topik berkenaan "Usah Risau Mommies, Bekalan Susu Cukup Sepanjang Ramadan" yang mana ianya adalah sambungan dari blog enti ini.


Nantikan...


----

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...

Set Kurus Shaklee - Boleh Kurus Selepas Bersalin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung blog Aisyah K.  Enti kali ini aisyah nak berkongsi tentang set kurus shaklee & bagaimana ianya membantu momies untuk kembali mendapatkan berat badan yang ideal terutamanya selepas bersalin. Biasanya ibu - ibu selepas bersalin pastinya mahu dapatkan berat badan seperti sebelum mengandung kan..? Atau apa nutrisi yang diperlukan secukupnya bagi ibu yang sedang menyusukan anak, nak sangat elak rasa craving atau terlalu lapar selain buat intermittent fasting . Ok, saya perkenalkan produk dalam set kurus shaklee secara terperinci yang boleh membantu & telah membantu ramai pengguna produk ini mencapai berat badan ideal. Set Kurus Shaklee ini didatangkan dalam set yang diberi nama "HELLO NEW YOU SET". Di akhir entri ni nanti saya akan kongiskan testimoni sebagai motivasi kita bersama. Set Kurus Shaklee terdiri daripada CINCH Chocolate, Omega Guard, Lecithin & Herblax. Satu lagi adalah Vivix, yang ini saya cadangakan ...

Set Puasa Shaklee Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung & pembaca setia blog Aisyah K. Lebih kurang 30 hari +- kita akan menyambut bulan Ramadan. Terasa pantas betul masa berlalu. Rasa baru jpuasa masa mengandung & menyusukan Khadeeja 2 tahun lepas.  Dalam entri blog Aisyah K kali ini, saya nak berkongsi tentang masalah yang sering dialami oleh ibu hamil yang berpuasa di bulan Ramadan.  Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Usah risau, ibu yang sedang hamil boleh berpuasa dengan tenang & kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di sepanjang di bulan Ramadan.  BERPUASA KETIKA HAMIL Sebelum itu, perlu diingatkan ibu hamil telah diberikan kelonggaran dalam agama untuk tidak berpuasa jika khuatir boleh menjejaskan tahap kesihatan diri & anak di dalam kandungan.  Jika ibu hamil yang telah mendapatkan nasihat & pandangan daripada doktor yang membenarkan untuk berpuasa, boleh la teruskan dengan yakin. Tapi pasti di sepanjang berpuasa tu nanti, akan ...