Skip to main content

5 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung blog Aisyah K.

Aisyah ada topik menarik yang nak dikongsikan dengan korang untuk enti kali ini. Topik ini saya belajar secara depan dengan Prof Dr Redza Rahman bersama dengan peserta di dalam program Shaklee Business Solution 18/3/2023 yang lalu. 

Rezeki betul bila saya dapat sertai program satu hari ini di Dewan Kelana Tabung Haji Kelana Jaya. 

Ada satu slot pada sesi petang, masyaAllah..subhanallah..serius tau saya takde mengantuk langsung, takde rasa nak tertidur pun tapi tetap setia & menanti - nantikan untuk mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang doktor yang kepakarannya dalam bidang "Science of Nutraceuticals". Sangat mudah nak faham. Sampai saya tertanya banyak kali dalam hati, "betul ke Dr Redza nie seorang saintis", mudah sangat cara penerangan yang diberikan, orang biasa seperti saya yang bukan dalam bidang sains & kurang memahami terma - terma dalam bidang sains ini, sangat menarik perhatian saya untuk mendengar sehingga pukul 6,30 petang.


Intermittent Fasting ada keburukan juga ke?

Bagi meredakan keterujaan tu, saya kongsikan tajuk yang disampaikan oleh Prof Dr Redza iaitu "Fasting for Weight Loss". Kupasan yang sangat menarik untuk tajuk ini. Penerangan yang diberikan adalah berkaitan dengan cara berpuasa atau intermittent fasting yang betul & apa yang berlaku dalam tubuh badan manusia pada setiap jam di fasa - fasa intermittent fasting tersebut sehingga pengurangan berat badan itu berjaya walaupun selepas 30 hari berpuasa di bulan Ramadan nanti.

Masih terniang - niang di telinga saya apa yang Dr Redza kongsikan di akhir sesi beliau. Bertanya sambil tersengih - sengih..saya ingat raut wajah tu..😁


“So macam mana sekarang? Anda mahu berpuasa dengan cara yang diajar oleh Rasulullah 12-15 jam tapi masih boleh mendapat manfaat dari proses autophagy tanpa perlu berpuasa sehingga 72 mama ATAU nak buat intermittent fasting sehingga 72 jam tapi tidak mendapat manfaat autophagy sepenuhnya”


Pilihan di tangan masing - masing untuk membuat pilihan.


Jangan Terkejut Ramai Orang Tidak Tahu Intermittent Fasting Ada  Keburukkannya.

(1) Tiada Panduan Khusus Pelan Pemakanan Harian



Intermittent Fasting itu sendiri adalah menghadkan tempoh kita makan contohnya kita berpuasa dari makan selama 12-15 jam. Saya ada juga terfikir & tercari - cari sebelum ini apa panduan pemakanan semasa eating window tu. 

Tiada pelan pemakanan yang khusus boleh menyebabkan kita makan secara berlebihan semasa eating window & berat badan pun tidak turun dengan banyak dan konsisten pada setiap bulan. 

Uishh bahaya sangat nie. Dah berpuasa sehingga 12 jam dan manfaat dari pembakaran lemak sudah berlaku tapi semasa eating window kita main bedal jer nak makan ikut nafsu kita. 

Kesian jugak kat sistem penghadaman kita yang dah dapat berehat selama 12 jam tu, tetiba masa eating window tu kita makan ikut sesuka hati. 

Kita tak nak la sia - sia sahaja buat intermittent fasting, berat tak turun banyak & bacaan kolestrol masih sama aje. 

Tak bestkan!


(2) Tahap Kolagen Berkurangan Sebanyak 90%.




Jenis kolagen yang biasa kita ketahui adalah dari jenis I, II & III. Jenis I ini adalah yang paling kebanyakkan dari kita tahu iaitu kolagen yang meliputi kulit, rambut, kuku, organ badan, tulang & ligamen.

Jika kita membuat intermittent fasting bagi mengejar untuk mendapatkan manfaat autophagy sahaja boleh menyebabkan kolagen jenis I ini terjejas dengan begitu teruk. 

Semasa penyampaian dari Prof Dr Redza, beliau ada berkongsi & mengingatkan beberapa kali jika kolagen jenis I ini terkesan teruk sepanjang membuat intermittent fasting kulit akan menjadi kendur (aging skin) walaupun berat badan menurun. Rambut mudah gugur, bahagian pada kuku jadi tak berapa sihat dan badan pun boleh rasa cepat letih & lenguh dek kerana tahap kolagen jenis I tu telah diserang dengan begitu teruk sekali semasa proses demi nak dapatkan manfaat autophagy.

Rugikan!


(3) Ganggu Fungsi Hormon Leptin & Incretin.




Akibat tiada panduan atau pelan pemakanan khusus & makan sesuka hati tanpa dikawal semasa eating window , ia boleh mengganggu keupayaan hormon leptin melakukan kerja menghantar signal kepada otak yang perut kita sudah kenyang. 

Sebelum ia mengganggu hormon leptin, hormon incretin yang melakukan kerja hantar signal ke otak untuk memberi tahu badan yang kita sudah terlebih makan/lemak/gula turut terganggu oleh kerana makan sesuka hati dan tak boleh dikawal untuk nak makan dan makan lagi. Lagi banyak kita makan lagi banyak hormon insulin akan dikeluarkan dan ianya secara tidak langsung mengganggu juga fungsi hormon leptin.

Perlu diingatkan jika hormon leptin ini tidak dapat bekerja dengan efektif, maka ia akan mengganggu hormon yang lain yang boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah haid tidak teratur, bacaan kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan lain. 


(4) Gangguan Waktu Tidur.




Apabila anda berasa terlalu lapar ketiks membuat intermittent fasting & mahu mencapai autophay - 72 jam berpuasa, maka ia akan mengganggu anda mendapatkan tidur yang lena.

Tidur yang lena ini sangat penting kerana semasa tidur dan rehat, otak anda akan menghasilkan hormon yang menggalakkan pertumbuhan & penjanaan semula tisu bagi memperbaiki pembuluh darah.  Hormon tersebut meningkatkan sel darah, mewujudkan lebih banyak sel darah putih yang membantu melawan virus dan bakteria.

So jika terlalu lapar & badan akan menjadi lebih rasa letih dan tertekan. Jika badan tidak mendapat rehat atau tidur yang lena & mencukupi, tiada kebaikan dari intermittent fasting yang dapat anda rasai.

Tak best kan rasa macam tu?


(5) Emosi Menjadi Kemurungan (Moody).

Apabila badan anda berasa terlalu lapar sehingga 72 jam membuat intermittent fasting, secara tidak langsung emosi anda akan mudah & cepat terganggu. Moody la senang cerita. Cepat sangat nak marah walaupun masalah itu tidak besar mana pun. Cepat aje rasa laparnya dan pening kepala. 

Takut kan nak buat intermittent fasting jikalau kesannya seperti ini.


Kaitan Intermittent Fasting Dengan Autophagy.


Memang ramai yang mahu mencapai dan melalui proses autophagy semasa membuat intermittent fasting sehingga 72 jam. Apa itu autophagy? Dalam bahasa yang mudah difahami ianya adalah salah satu cara untuk mendapat kesihatan yang tip top setiap masa. Dari segi saintifik, autophagy adalah proses secara biologi di mana ia akan menyingkirkan toksin yang sudah lama terkumpul di dalam tubuh badan manusia & memperbaiki serta memperbaharui sel - sel. 




Ramai yang mahu buat intermittent fasting sehingga ke tahap autophagy bagi tujuan untuk reset semula tahap kesihatan mereka kepada yang lebih sihat & baik. Antara manfaat yang boleh didapati melalui autophagy ini adalah penuaan yang sihat, kadar metabolisma badan yang sihat, kesihatan otak (otak lebih "clear") dan jantung, mengurangkan keradangan dalam tubuh badan & kesihatan otot, contohnya sakit gout. Autophagy sangat membantu untuk anda yang mahu membuat reverse kesihatan anda. Bila ini berlaku anda akan kelihatn lebih mudah & sihat selalu.





Fasa Intermittent Fasting & Apa Yang Tubuh Badan Anda Akan Lalui.


Manfaat setiap jam dari berpuasa


Bermula dari 4-8 jam sehinggalah 72 jam ada juga kebaikan yang dialami mengikut fasa - fasa jam berpuasa. Pernah atau tidak anda mendengar intermittent fasting yang sebenar adalah sehingga 72 jam untuk dapat rasai kesan authophagy tu. Apa kebenda benda alah “Autophagy” nie? Itu saya akan terangakan bila sampai ke tahap 17-72 jam berpuasa.

Manfaat intermittent fasting mengikut jam berpuasa adalah seperti berikut:

4 - 8 jam : blood sugar drops & insulin level pun mula drop.

12 - 15 jam : Berpuasa secara intermittent fasting inilah yang sangat digalakkan selain ianya juga dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu berpuasa dibulan Ramadan. Di sinilah bermulanya proses kesembuhan. Berpuasa kan anda akan berasa lapar. Bila lapar inilah akan berlakunya proses penyembuhan (proses autophagy) dan inilah sebab mengapa Allah SWT memberikan kita rasa lapar tu & menarik nikmat kenyang di bulan puasa ini. Bukan saja - saja tau. 




Proses pembakaran lemak pun akan berlaku di sini. Tu sebab dalam islam semasa berpuasa di bulan Ramadan digalakkan untuk melambatkan sahur & mempercepatkan berbuka puasa.

Selain tu, sistem penghadaman mula merehatkan dirinya.

Growth hormone pun akan mula "to kicks in" sehingga 1300% kenaikan di dalam pertumbuhan hormon.

Di sinilah kulit muka akan lebih tegang & nampak lebih muda disamping otot mula membentuk dan naik.

17 - 24 jam : Berlakulah proses autophagy semasa melakukan intermittent fasting. Detoks pun sedang berlaku di mana tubuh badan kita akan menyingkirkan segala toksin & sel - sel yang telah mati.



Prof Dr Redza menyarankan jika anda mahu mendapatkan atau merasakan manfaat autophagy disini, ambil sahaja produk Shaklee Supplement Terbaik tu yang membantu dan menyokong proses detok secara semulajadi & juga membantu jika anda mahu membuat intermittent fasting sehingga 24jam.

Sedikit nasihat dari Dr Redza (dalam nada merayu & bersungguh), tolong la jangan ambil produk yang menyebabkan tubuh badan anda cepat bertindak balas dengan membuang selalu (cirit birit) yang mana ianya akan mengganggu sistem penghadaman oleh kerana nutrisi belum pun sempat untuk diserap sudah terus membuang.

36 - 48 jam & 72 jam : Prof Dr Reedza hanya menerangkan secara kasar pada fasa jam intermittent fasting kerana pada pendapat beliau ianya tidak sesuai kepada manusia oleh kerana ianya akan menyeksa tubuh badan manusia untuk bertahan &  berlapar sehingga 72 jam. Jika orang itu sangat kuat, buatlah tiada masalah.




Ya betul. Pada tahap ini autophagy meningkat sehingga 300%, keradangan dalam tubuh badan anda juga akan berkurangan/hilang & menghasilkan stem sel serta mampu boost sistem immunisasi badan kepada yang lebih tip top.


Bagaimana Anda Boleh Mendapat Manfaat Autophagy Tanpa Perlu Buat Intermittent Fasting?

Gaya hidup yang sihat juga sangat membantu untuk anda mendapat manfaat autophagy tu. Iaitu dengan membuat intermittent fasting 12 - 15jam sahaja, makan lemak yang sihat (contoh avocado, produk shaklee, boleh ambil Omega Guard), tidur yang berkualiti (Res-V) & bersenam selalu. Bulan puasa ini berjalan la 1 jam sebelum waktu berbuka puasa & saya selalunya akan sertai online workout selepas selesai solat isyak & terawih.




Prof Dr Redza juga memberi satu tips dimana anda boleh mendapat manfaat dari autophagy tanpa perlu buat intermittent fasting sehingga 72 jam dengan bantuan produk shaklee & mengamalkan gaya hidup sihat seperti diatas ini.


Apa Produk Shaklee Terbaik Untuk Mendapatkan Manfaat Autophagy Semasa Membuat Intermittent Fasting?

Shaklee ini adalah nutraceutical. Ada 2 sahaja produk shaklee yang boleh anda dapat manfaat autophagy iaitu Vivix & CoQ- Trol Plus. Resveratrol adalah sumber natural yang mengaktifkan autophagy selain sumber Astaxantin, Berberine, Citrus Bergamot & Tumeric.

Kombinasi jumlah sumber resveratrol dari vivix dan Coq ini menguatkan lagi keaktifan autophagy ini sepanjang berpuasa di bulan Ramadan atau semasa membuat intermittent fasting & tanpa perlu berpuasa/buat intermittent fasting sehingga 72 jam.

Ambil 2 produk ini sebelum azan subuh (ketika bersahur)

Tambah juga dengan pengambilan Res - V. Ingat tak algoritma bagi mengaktifkan autophagy sepanjang membuat intermittent fasting, ia adalah mendapatkan tidur yang berkualiti dan lena.  


Vivix : Resveratrol yang aktifkan autophagy

Supplement Terbaik Shaklee


Apa Pilihan Cara Anda Berpuasa Bagi Mendapatkan Manfaat Autophagy?

Anda nak berpuasa dengan cara Rasulullah SAW amalkan iaitu 12- 15 jam bersama produk shaklee atau puasa (intermittent fasting) seperti biasa atau sehingga 36 - 72 jam tapi badan rasa lemah longlai, rambut mudah gugur, kulit kendur - kendur.

Supplement Terbaik, Collagen Shaklee


Tambahkan la juga shaklee supplement terbaik iaitu Collagen Plus Powder bersama Vita C Sustained Released. Kesan buruk intermittent fasting sehingga 72 jam, kulit kendur dan sebagainya akibat pengurangan jumlah kolagen terutamanya apabila usia semakin meningkat.

So best kan berpuasa cara Rasulullah SAW dan dikombinasikan dengan produk shaklee. Pendek kate boleh buat intermittent fasting tapi pilih la 12 - 15 jam & add on la dengan produk shaklee seperti yang dicadangkan oleh Prof Dr Redza Rahman.

Hubungi Aisyah K untuk konsultasi pengambilan produk shaklee.

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. Sebalik IF yang ramai terlepas pandang! great sharing dear. Thank you

    ReplyDelete
  2. Memang rugi kalau buat if tapi tak capai autophagy. Terima kasih sis perkongsian yang jelas dan mantap.

    ReplyDelete
  3. Baru faham tentang autophagy. Betul lah kena buat IF dengan ilmu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Testimoni Shaklee Berpantang Selepas Bersalin & Menyusukan Anak Sehingga Usia 2 Tahun.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung  setia & baru blog Aisyah K.  Sudah genap 9 tahun pada bulan Jun tahun 2014 saya mendaftar sebagai pengedar sah shaklee. Bermula dengan set supplement asas sahaja. Dari situ bermulalah pelbagai testimoni shaklee yang saya sendiri perolehi. Bermula dari bujang sehinggalah kini anak sudah ada 2 orang. Testimoni shaklee semasa hamil 9 bulan 10 hari. Testimoni shaklee semasa menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.  Ada juga testimoni shaklee ketika kulit muka naik jerawat.  Menakjubkan sungguh bila konsisten ambil supplement shaklee terbaik di Malaysia ini. Kulit muka saya kembali sihat dan jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan parut.  Paling menggembirakan adalah saya hanya fokus untuk 1 sahaja akan tetapi dapat 2 sekali testimoni shaklee sepanjang hamil, berpantang & menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kesan sampingan yang tidak disedari. Sebab fokus ketika itu hanya hendak sihat tubuh badan & anak pun sihat bersam

Keistimewaan & Kelebihan Pengedar Shaklee Kelana Jaya, Selangor.

Anda sedang mencari pengedar sah shaklee di kawasan sekitar Petaling Jaya, Selangor?  Salam perkenalan kepada semua pengunjung blog Aisyah K. Ya betul. Aisyah K adalah pengedar shaklee yang anda sedang cari. Secara khususnya, saya menetap di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Bersedia 24/7 untuk anda hubungi bagi mendapatkan produk shaklee serta perkhidmatan konsultasi penggunaan produk shaklee yang berkesan. Sedikit Pengenalan Sebagai Pengedar Shaklee . Pada 20 Jun 2014 saya adalah tarikh saya mendaftar sebagai pengedar shaklee . Hampir 9 tahun sudah bersama dengan shaklee. Bermula ketika masih bujang & sudah bekerja sehinggalah kini anak sudah 2 orang.   Bekerja di Klang. Ramai pengguna produk shaklee di sekitar kawasan Klang telah menghubungi saya bagi mendapatkan supplement shaklee dengan kadar segera.  Sebagai pengedar shaklee yang menetap di Kelana Jaya, sangat mudah untuk saya ke Home Office Shaklee di Sunway Geo Petaling Jaya. Sangat dekat. Hanya 5 minit sahaja dari te

Amalan Gaya Hidup Sihat Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang.

Mana satu pilihan anda?A atau B? (A) Ibu cepat lapar        Ibu kerap makan        Berat badan ibu bertambah        Berat badan ibu sukar nak turun        Ibu moody        Ibu lesu  Atau, (B) Tidak ada lagi masalah susu merudum        Ibu lebih cergas        Bayi lebih tenang (sebab cukup susu)        Ibu lebih ceria (sebab bayi tenang)        Bayi membesar elok, ibu tidak mereput, segar dan berseri. Pastinya mesti ramai yang memilih (B) tetapi bagaimana pula caranya? Saya akan kongsikan amalan gaya hidup sihat berdasarkan pengalaman saya menyusu & berpantang dua orang puteri, Maryam & Khadeeja di usia lewat 30.  Sekarang berusia 40 tahun. Bagi tahu awal - awal umur supaya anda juga akan rasa mampu menjalani dan melakukan amalan gaya hidup sihat seperti saya insyaAllah. Sebelum itu saya kongsikan terlebih dahulu apa rutin sebagai ibu yang bekerja, menyusukan anak & ketika berpantang selepas bersalin. Rutin Ibu Bekerja & Menyusukan Anak .  Bangun seawal pukul 4.30 pagi