Hey what's up guys!! 😀
Bangun sahur tau, jangan tak bangun untuk ambil sedikit keberkatan masa waktu sahur tu.
“Hmm..nak makan apa sahur nanti?” Mungkin anda juga terfikir perkara yang sama seperti saya, tercari - cari idea menu sahur sihat nanti. Saya pasti mesti anda lebih gemar sediakan menu sahur sihat yang paling simple memandangkan kita biasanya tidak begitu bertenaga untuk memasak pelbagai jenis makanan pada awal pagi. Setuju tak?
![]() |
Menu Sahur Sihat |
Apakah jenis makanan yang sesuai untuk sahur?
Idea menu sihat sahur ini sebaiknya terdiri daripada makanan yang tidak terlalu berat, bersifat sderhana tapi masih mampu lagi membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang 12 - 13 jam berpuasa.
Oleh itu menu sahur sihat perlulah yang mudah untuk disediakan tapi masih berkhasiat untuk tubuh badan anda & boleh tersimpan lama.
Ok hari ini saya nak kongsikan idea menu sahur sihat yang sesuai dan mudah untuk semua orang buat. Nak siapkan di awal pagi pun masih sempat. Bangun pukul 5 pagi tau.
(1) Telur Rebus dan Roti Gandum.
Idea menu sahur sihat ini sangat mudah untuk disediakan. Anak bujang anak dara boleh buat & tolong sediakan. Telur rebus dan roti gandum namanya. Dari nama menu sahur ini pun boleh teka apa bahan yang digunakan.
![]() |
Menu Sihat Sahur |
Cara hidangan menu sahur ini : Telur ayam yang telah siap direbus selama 7 minit tu, boleh dihancurkan sedikit demi sedikit tapi jangan hancar sangat tau kasi ada rasa tekstur telur rebus tu & sapu diatas roti gandum. Makan begitu sahaja. Telur rebus nie saya rasa antara sumber protein kegemaran ramai dan mudah di dapati. Boleh sapu buah avocado yang sudah dilenyekkan ke atas roti bersama telur rebus. MasyaAllah rasa lebih berlemak. Sedapnyaaa.. Tidak perlu risau buah avocado adalah lemak yang sihat.
Anda boleh juga dapat sumber protien tambahan berupa minuman berasaskan soya yang akan membantu mengenyangkan perut anda lebih lama sepanjang hari berpuasa. Ambil 2 scoop sahaja sudah mencukupi. Mana nak dapat soya protein ini? Boleh dapatkan dalam set puasa shaklee.
(2) Overnight Oat Bersama Buah - Buahan Segar.
Idea menu sahur sihat ini saya sudah amalkan semasa saya bersahur ketika mengandung di trimester ke -2 dan juga ketika menyusukan anak.
Dihujung minggu saya akan sediakan awal menu sahur overnight oat ini dalam 7 bekas & simpan dalam peti sejuk supaya bila bangun pagi untuk bersahur hanya tinggal ambil sahaja dalam peti ais & sedia untuk dimakan. Lagi lama disimpan lagi bertambah sedap & berkhasiat overnight oat tu.
![]() |
Overnight oat sihat untuk sahur |
Antara bahan yang saya gunakan bagi penyediaan menu sahur overnight oat ini adalah:
- oat
- plain yogurt
- cebisan buah kurma/potongan buah mangga, buah naga.
- chia seed
- protein ESP bagi menggantikan susu segar.
Dalam overnight oat saya tidak letak madu, tapi lebihkan buah bagi mendapatkan rasa manis. Mesti cuba idea menu sahur isihat ni. 7 hari memang saya makan menu ini sahaja. Mudah, simple tapi masih boleh dapat zat yang mencukupi disamping mengenyangkan lebih lama di sepanjang hari ketika berpuasa.
![]() |
Menu sihat sahur. Sedap sangat! |
Idea menu sahur sihat ini saya rasa sangat sesuai diambil setiap hari ketika bersahur kerana disamping khasiatnya yang diperolehi dari campuran buah,otas bersama protein ESP, buah kurma yang banyak kita dapat sepanjang bulan ramadan ini boleh digunakan pada setiap kali menyediakan menu sahur sihat ini. Dah tak perlu fikir nak guna buah apa. Buah kurma kan ada banyak tu! Ulang - ulang makan ini sahaja, cuma boleh variasikan dengan buah lain juga. Tapi buah kurma wajib ada dalam overnight oat ini.
Cara makan overnight oat: Gaul sehingga sebati semua bahan - bahan dan makan 5 sudu besar sudah cukup mengenyangkan. Nak lagi padu minumlah bersama Cinch Shake Soy Protein perisa coklat tu samada suam atau sejuk. Baki overnight oat tu boleh disimpan dalam peti ais dan dimakan semula untuk sahur keesokan hari.
Jangan lupa dalam set puasa shaklee ada cinch shake coklat tu tau.
Penting..Apa Yang Penting tu?
Penting untuk kita cari dan dapatkan idea hidangan menu sihat sahur yang seimbang dengan campuran atau gandingan karbohidrat kompleks, protein dan lemak sihat. Ini bagi tujuan tubuh badan anda menerima nutrient yang baik ketika berpuasa disamping memastikan anda kekal kuat & bertenaga.
Barulah anda akan rasa kurang lapar. Lapar memang tetap akan dirasai kalau tak rasa lapar langusng itu bukan namanya berpuasa, betul tak?
Apa Lagi Idea Menu Sahur Sihat?
Ok sambung cadangan seterusnya bagi idea menu sahur sihat. Saya memang gemar lebihkan makan protein dan sayur ketika bersahur.
(3) Isi Ayam Bakar/Panggang bersama Daud Salad.
![]() |
Menu Sihat Sahur Lagi! |
Apa - apa menu sahur sihat yang hendak dimakan keesokan harinya perlulah disediakan bahan - bahannya terlebih awal sehari sebelum atau sebelum nak masuk tidur selepas solat terawih. Untuk menu sahur sihat ini bahan yang diperlukan pun mudah didapati di pasaraya segar & mudah disediakan.
(4) Puding Chia Seed Kurma.
Anda pernah cuba menu sahur sihat - puding chia seed kurma?
Chia seed adalah antara makanan superfood yang terkenal di seluruh dunia. Tapi walaubagaiman super pun makan itu, kalau diambil secara berlebihan tetap tidak baik juga.
Sedikit info berkenaan dengan salah satu bahan dalam menu sahur sihat ini, iaitu chia seed. Chia seed adalah makanan penting orang Maya di Mexico dan Amerika Tengah. "Chia" itu dalam bahasa orang Maya kuno bermaksud strength atau kekuatan.
Walaupun dengan ukurannya yang begitu halus, chia seed ini memiliki zat nutrisi yang luar biasa. Chia seed mengandungi zat besi, kalsium, serat, protein, lemak, vitamin B1, B2 & B3 dan kalori yang tinggi.
Chia seed ini juga kaya dengan omega 3 dan antioksidan. MasyaAllah..Allahuakbar besarnya nikmat Allah di dalam sebuah ukuran kecil makanan ini.
![]() |
MasyaAllah sedap berkhasiat |
Mari kita nikmati chia seed ini sebagai puding pula. Bahan - bahannya seperti berikut :
- 1 sudu teh Chia seed
- Susu segar atau boleh juga bancuh 1 scoop ESP..yummy 😋
- buah kurma
Cara penyediaan menu sahur sihat ini pun mudah.
1) Masukkan satu sudu chia seed di dalam bekas kecil atau mug kaca lutsinar yang ada penutup. Ada jual RM 3 kat pasaraya.
2) Tuang susu segar atau bancuhan ESP sehingga chia seed tenggelam.
3) Tutup bekas atau mug kaca tu dan masukkan ke dalam peti sejuk, tunggu sehingga chia seed kembang.
4) Carik - carik buah kurma dan letakkan di atas puding tersebut.
5) Siap untuk dimakan.
Terliur tak? Mesti cuba tau!
Sedap makan sejuk - sejuk ni semasa bersahur nanti.
Entri blog saya kali ini dah jadi macam gedung resepi menu sahur sihat pulak dah 😄. Ok ini last idea menu sahur sihat khas untuk memberi selera makan sahur anak - anak di awal pagi masa mata tengah mengantuk tu..
(5) Bergedil Daging.
Menu sahur ini pasti akan membuka selera anak - anak terutamanya untuk makan ketika bersahur nanti. Ada rasa juicy dari dagingnya, manis dari bawangnya. Nak makan begitu sahaja pun boleh atau nak guna untuk pekatkan kuah pun boleh sangat.
![]() |
Bergedil daging |
Bahan - bahannya pun tak banyak dan mudah di dapati di mana - mana pasaraya. Menu sahur yang sihat ni perlulah memudahkan cara penyediaannya juga.
- Kentang (terpulang ikut banyak mana nak buat)
- 1 biji lobak merah
- 1 biji bawang besar merah
- Daun bawang
- Daging/ ayam cincang
Bangun sahur lebih awal sikit dari hari - hari biasa sebelum ini sebab masa penyediaan dalam lebih kurang 30 minit. Cara penyediaan menu sahur ini adalah seperti berikut:
1) Goreng hirisan kentang, bukan rebus tau sebab takut terlerai nanti. Menu sahur ini saya tak salut dengan telur. Dah sejuk sikit lenyekkan.
2) Goreng bawang besar merah pula
3) Goreng daging cincang
4) Kisar bawang & lobak merah
5) Tuang isi daging cincang yang dah digoreng tu ke dalam adunan kentang lenyek
6) Letak 1 sudu kecil serbuk lada sulah - bulatkan adunan tadi
7) Goreng atau masuk dalam air fryer dan siap untuk dimakan lepas dah sejuk sikit.
Boleh dapat dalam 40 - 45 biji bergedil daging. Banyak dan cukupkan sebagai menu sahur sihat seisi keluarga. Sangat berbaloi buat sendiri selain mudah dan murah, Anggaran kos dalam RM 14 sahaja. Lengkap ada karbohidrat, protein dan serat. Lobak merah tu boleh ganti dengan sayur hijau seperti sawi.
Menu sahur ini lebih lengkap lagi dengan dihidangkan bersama air bancuh cinch perisa coklat/latte/vanilla sejuk atau suam - suam. Lebih mengenyangkan dan tidak rasa terlalu lapar sepanjang hari berpuasa.
![]() |
Cinch coklat idamanku |
Selamat mencuba 5 idea menu sahur sihat sepanjang berpuasa di bulan Ramadan ini. Mudah, sihat & disukai ramai.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Terima kasih perkongsian. Sis.. Nampak sedap pergedil tu.
ReplyDeletesila tambah sambal kicap..haha;-)
Deletelove sangat dragon fruit esp tu
ReplyDeleteyummy -;)
Deletebergedil tu kena ada sambal kicap aisyah hahaha
ReplyDeletebergedil tu khas utk si kecil yang tak makan pedas..hehe
DeleteWaaa. Banyak menu menarik kna try ni! Thank you share
ReplyDeletesama - sama
Delete