Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung baru & setia blog Aisyah K.
Ramadan tiba..ramadan tiba...🎵🎵
Kurang dari 10 hari je lagi ramadan akan tiba. Ibadah puasa selama 30 hari itu sendiri sudah melatih diri kita untuk kembali & kekal sihat disamping berat badan turun dan kembali kurus. Siapa tak nak kurus sebelum hari raya kan? Mesti cantik je bila sarung baju raya dengan berat badan dah kembali turun dan kurus.
Sihat itu tidak semestinya nampak kurus, tapi yang bestnya kurus yang sihat & mempunyai stamina yang tinggi disamping dapat capai BMI yang sihat dan normal. Ramai yang bernekad sepanjang ramadan ini nak turun berat badan dan kembali kurus yang sihat. Bersahur dengan set puasa shaklee 1- 2 -3 selama 30 hari dapat membantu & mempermudahkan anda berpuasa dengan lebih bertenaga, kenyang lebih lama dan kekal hidrasi.
Motivasi Untuk Kurus Sebelum Raya |
Siapa kata tak sempat nak kurus sebelum raya. Segelintir masyarakat menganggap bulan Ramadan sebagai bulan unutk merealisasikan misi kurus sebelum raya. Percayalah anda semua sempat kurus sebelum raya dengan set hello new you shaklee ini.
SET HELLO NEW YOU SHAKLEE |
Jom..Aisyah K akan perincikan set hello new you ini supaya lebih faham apa yang nak diambil semasa sahur di bulan ramadan nanti untuk kurus sebelum raya!
Tiga (3) Cara Bagaimana Set Hello New You Shaklee Membantu Anda Mencapai Matlamat Kurus Sebelum Raya.
(1) Set Hello New You memudahkan proses bakar lemak tersimpan. Inilah yang paling best! Lelemak yang sudah lama tersimpan boleh dibakar malah lemak dari makanan yang baru sahaja anda makan pun turut dibakar dengan jayanya.
Di sinilah Omega Guard & Lecithin menjalankan tugas membakar lemak yang sediada kerana ia kaya dengan asid lemak omega - 3.
Lecithin pula membantu pecahkan lemak dari sumber makanan menjadi lebih kecil dan tidak menimbun lemak yang baru seterusnya meningkatkan metabolisme badan anda!
(2) Set Hello New You menyihatkan usus. Penyerapan zat dari makanan akan menjadi lebih mudah apabila usus kita sihat. Begitu juga kada metabolisme juga tip top & meningkat dengan cara semulajadi. So mudahlah proses nak kurus sebelum raya nanti!
Di sini Herb - Lax menjalankan tugas menjaga kesihatan usus kita. Ramuan seperti daun senna, jintan manis, daun Alfafa dan lain sangat baik untuk usus yang lebih sihat.
(3) Set Hello New You Menyediakan Zat Yang Lengkap. Bila tubuh badan anda mendapat dan menerima zat yang mencukupi dan lengkap setiap hari, maka akan terkawal selera makan, tidak mengalami craving & makan berlebihan.
Cinch Mixed Soy Protein yang mempunyai 16gram protein, 16 jenis vitamin & mineral serta 6gram serat pilihan tepat untuk anda mendapatkan zat yang mencukupi setiap hari.
Berpuasa di bulan Ramadan dengan Set Hello New You Mudahkan Untuk Kurus Sebelum Raya
Sebelum ini Aisyah K ada kongsikan tentang set puasa shaklee dan bagaimana ia membantu anda menjadi lebih sihat di bulan Ramadan.
Di sini Aisyah K nak berkongsi 7 tips tambahan yang anda boleh lakukan bagi mencapai matlamat kurus sebelum raya ini. Bila sihat sepanjang 30 hari berpuasa (insyaAllah selepas habis puasa), anda akan rasa lebih seronok dan yakin untuk menurunkan berat badan kepada yang lebih sihat & ideal BMInya.
Nak Kurus Sebelum Raya? Ini 7 Tips Tambahan Dari Aisyah K!
1. Sahur dengan makanan yang penuh & tinggi kandungan serat.
Bersahurlah dengan 2-3 biji kurma dan kemudian makan makanan yang tinggi dengan kandungan serat. Sahur nie umpama seperti sarapan pagi. Apa yang anda makan akan menentukan kualiti tenaga & mood anda sepanjang hari. Bila perut selesa & kenyang lebih lama, pasti lancar kerja anda. Makanan tinggi serat akan diproses lebih lambat berbanding makanan biasa.
Minumlah Cinch Coklat. Cukup zat. Cukup mengenyangkan! Boleh juga bancuh 3 sudu besar ESP yang juga terdapat dalam set puasa shaklee.
2. Bersenam 2 kali seminggu.
Bunyi macam mustahil nak bersenam ketika di bulan ramadan kan, tapi ianya boleh dilakukan. Saya sendiri pernah bersenam ketika berpuasa. Berjalan kaki selama 30 minit sebelum waktu berbuka & buat rutin senaman secara atas talian selama 40 minit selepas selesai solat terawih.
3. Jaga Tidur Anda
Ibu - ibu terutamanya yang kurang tidur, saya amat memahami keadaan tersebut. Cubalah cari jalan untuk tidur dalam waktu yang singkat tapi berkualiti. Satu lagi, kurang - kurangkanlah scroll media sosial di bulan ramadan ini. InsyaAllah anda akan dapat tidur lebih lena.
Jangan lupa ambil sesudu vivix sebelum tidur tau.
4. Masak sendiri di rumah.
Bila massk sendiri juadah sahur atau berbuka di rumah, pasti anda akan dapat tentukan apa yang boleh & tidak boleh di makan. Pemilihan menu berada di tangan anda.
Sediakan bahan - bahan untuk masak lebih awal supaya tidak terkejar - kejar masa bila balik dari tempat kerja. Masak menu yang mudah tapi kenyang untuk seisi keluarga makan. Makin cepat la kurus sebelum raya.
5. Elakkan makanan manis ketika berbuka puasa.
Mulakan dengan 2 biji buah kurma dan air kosong sedikit demi sedikit untuk hilangkan rasa teringin makanan manis. Cuba elakkan suapan pertama ketika berbuka atau sahur dengan kuih kuih yang manis - manis.
Berbuka atau sahur dengan makanan manis akan sentiasa membuatkan perut anda rasa lapar & kenyang yang sekejap sahaja.
Oleh itu makanlah makanan utama yang membuatkan anda rasa kenyang lebih awal & lama sehingga tidak ada rasa “craving” makanan manis. Makin sempatlah nak kurus sebelum raya.
6. Minum air masak secukupnya (2 liter) & Berhenti Minuman Manis.
Salah satu cabaran besar ketika berpuasa adalah untuk mendapatkan kuantiti liter air yang mencukupi setiap hari. Bila badan kurang mendapat bekalan air, ianya akan membuatkan anda rasa cepat lapar seterusnya makan secara berlebihan.
Cari masa antara selepas solat maghrib dan antara rakaat solat terawih tu untuk cukupkan minum air kosong 2 liter. Kecukupan air adalah bergantung kepada berat badan anda. Contoh 1 liter air untuk berat 25kg, jika berat anda 80kg maka ambillah sebanyak 3 liter air.
Tips tambahan untuk mengurangkan rasa haus sepanjang hari adalah dengan mengurangkan mengambil makanan yang mengandungi sodium yang tinggi atau kurangkan minum kopi.
Aisyah K sarankan untuk minum Performance Drink Lemon - Lime yang ada dalam set puasa shaklee tu bagi menghilangkan rasa dahaga & mengekalkan hidrasi pada tubuh badan.
7. Berdoa.
Nak kurus sebelum raya memang sempat. Sebelum, semasa dan selepas berusaha nak turunkan berat badan, sentiasalah berdoa terutama sepanjang di bulan ramadan yang penuh dengan rahmat ini. Mintalah pada Allah supaya berat badan dapat kembali kepada XXkg, tapi mintalah yang realistik dan boleh dicapai tau. Contoh nak turun 5 kg sepanjang 30 hari berpuasa.
Jadi bagaimana? Bersemangat tak nak kurus sebelum raya dengan SET HELLO NEW YOU SHAKLEE dan tips tambahan dari Aisyah K ini?
Jom komen sikit.
PROMOSI SET KURUS SHAKLEE.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _
Comments
Post a Comment