Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K. Panjang cuti raya kali ini. Bersambung pula dengan cuti hari pekerja & hari wesak.
Aisyah tidak ambil cuti raya yang panjang tahun ini. Isnin - Rabu tempat kerja memang sudah bagi cuti. Maka hari Khamis terus masuk kerja. Boleh dikira berapa orang staf yang sudah mula bekerja.
Hari Raya Open House Bersama Dengan Keluarga Yang Paling Di Nantikan.
1 Syawal 1444H Aisyah berkesempatan solat sunat Aidilfitri di rumah mak abah di Seksyen 27 Shah Alam. Kali pertama sejak 5 tahun berkahwin. Berpagi - pagian ke rumah mak abah.
Hari raya pertama inilah open house Aisyah. Makan sama - sama dengan mak abah & adik beradik serta suami dan anak - anak. Cuma abang sulung beraya di Bentong, Pahang manakala kakak saya beraya di Johor (tak ingat nama kampung di sana 🤭).
Menu utama sudah semestinya dari air tangan mak. Kuah lodeh. Ada banyak sayur dalam kuah lodeh. Itu yang sangat seronok makan menu kuah lodeh di pagi raya. Menu yang paling sihat di anatra yang lain. Hehe 😁. Kalau bertambah kuah lodeh ini pun tidak rasa bersalah sangat.
Selain kuah lodeh, mak masak juga rendang ayam. Rebus nasi himpit. Terima kasih adik ipar ku Maisarah yang membantu mak di dapur. Maisarah ini isteri kepada adik lelaki saya, Basyir. Bermalam di Seksyen 27 Shah Alam sehari sebelum 1 Syawal.
Oh ya lupa. Adik Iparku bawa kuah kacang. Ok sambung baca lagi perenggan seterusnya.
Aisyah masak siap - siap pulut kuning dan sambal ikan bilis selepas subuh. Kek batik sebagai pencuci mulut. Menjadi rebutan sungguh. Anak - anak sedara la yang paling suka makan. Licin satu bekas besar.
Abang nombor 2 Aisyah, Hamzah namanya bawa 2 batang lemang.
Masing - masing bawa sikit makanan. Bila sudah dikumpulkan nampak banyak juga menu di pagi raya. Mujur Aisyah tangguhkan untuk masak rendang ayam di hari raya ke - 2. Tidak mahu membazir konsepnya.
Bersusun Hari Raya Open House.
Pasti sedang rancak & bersusun jemputan hari raya open house sekarang ini. Hujung minggu sudah pasti banyak jemputan. Paling menyeronokkan jikalau sudah selesai berpuasa sunat 6 Syawal. Hadir ke open house raya untuk raya kali ke - 2.
Pejabat anda sudah buat hari raya open house? Jemput - jemputlah Aisyah ya 😁.
Bila Pula Hari Raya Open House Di Pejabat Aisyah?
Sampai di pejabat semasa ramai lagi yang masih bercuti, secara tiba - tiba terlintas di fikiranku soalan ini “bila ya pejabat akan buat open house raya di pejabat?” 😁
Boleh pula terlintas soalan open house raya. Sunyi sepi pejabat masa itu. Tidak lain tidak bukan mestilah terfikir tentang raya. Lagu hari raya pun masih di pasang pada kebanyakkan stesen radio.
Tunggu sahajalah semua masuk kerja lagi satu minggu. Mesti ada punya hari raya open house di pejabat. Sabar menanti memo permakluman dari pengurusan.
Sementara menunggu, Aisyah terus mulakan puasa sunat 6 hari di bulan syawal. Semoga apabila tiba masanya hari raya open house pejabat, saya sudah selesai puasa sunat syawal.
Minggu lepas hari Jumaat (5/5/2023) sudah dimaklumkan bila akan diadakan hari raya open house pejabat. Perasan saya? Pastinya gembira. Sebab itu yang dinantikan. Satu lagi sebab raikan raya kali ke - 2 sempena selesai puasa sunat syawal.
Jumaat bersamaan 21 Syawal 1444H (12/5/2023), hari raya open house pejabat pengurusan hira. Tempat kerjaku sejak 2009. Lamanya. Ya hampir 14 tahun.
Persiapan sebelum hari raya open house di pejabat seperti biasa adalah mendekorasi bertemakan “kampung style” bersama - sama rakan sekerja.
Oleh kerana Aisyah tidak berkesempatan hadir hari raya open house pejabat, maka bermulalah lakaran & fikirkan prop yang sesuai mengikut tema.
Alhamdulillah mujur Hira Catering ada semua barang keperluan dan gunakan hiasan yang sediada di pejabat. Konsepnya masih tidak mahu membazir 😁.
Rabu, 10/5/2023 Aisyah bersama kawan - kawan pejabat memulakan kerja menghias & dekorasi raya kampung style. Kenapa mula awal sangat? Sebab Aisyah tidak dapat hadir tapi nak juga rasakan suasana rewang.
Maka inilah hasil sentuhan tangan yang sangat kreatif dari warga kerja Institusi Pendidikan Hira selepas seharian berganding bahu tangan & kaki.
Oleh kerana Aisyah tidak dapat hadir hari raya open house pejabat Jumaat ini, maka ambillah peluang ber”selfie” dengan hasil dekorasi hiasan untuk tetamu ber”OOTD”.
Aisyah rakamkan juga kenangan dalam bentuk video. Video ala - ala trend sekarang “Wes Anderson” tu. Hehe 😁.
Cuba komen selepas sudah tonton video ala - ala “Wes Anderson” Aisyah. Percubaan pertama video ku 😁. Trend raya tahun 2023 gitu.
Apa Aktiviti Semasa Hari Raya Open House?
Selain bermaaf - maafan di pagi raya sambil menghulurkan duit raya kepada anak sedaraku yang ramai, mestilah mahu bergambar banyak - banyak untuk kenangan bersama keluarga.
Ya, betul. Ambil gambar. Selfie. Selagi matahari belum terasa panas terik Selagi itulah aktiviti bergambar tidak berhenti. Sebagai kenangan untuk ditatap semula bukan hanya untuk disimpan. Betulkan? 😁
Agihan duit raya dari nenek - nenek 😁 |
Sepupu Maryam, Nusrah ❤️ |
Paklang Aisyah, adik abahku ❤️ |
Berpanas terik pun masih nak bergambar |
Aisyah bersama puteriku, Fatimah Az Zahra |
Anak bujangku, Zayd Fariz |
Mana Maryam? 😁 |
Aisyah & Mizy ❤️ |
Adik ipar Aisyah, Kak Yasmin ❤️ |
Bersama ibu mertua❤️ |
Juadah apa yang anda bayangkan akan terhidang di atas meja makan sebelum tiba di open house raya? Juadah - juadah open house raya sudah semestinya enak belaka. Mesti rasa hendak makan macam - macam juadah.
Tengah mengidam laksa johor pulak sekarang |
Saya akan kongsikan cara bagaimana anda masih boleh menikmati semua juadah di hari raya open house tanpa rasa bersalah atau terpaksa pilih mana yang patut makan & tidak makan.
Nantikan perkongsian seterusnya di dalam entri blog Aisyah K. Sebelum itu mari baca cerita bagaimana penyediaan juadah hari raya open house yang menjimatkan & pantas dari kawan saya Fatin.
Comments
Post a Comment