Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K. Selamat Hari Raya. Selamat berhujung minggu.
Sabtu Yang Istinewa.
Pengalaman pertama sertai event bersama komuniti besar dUCk di Glasshouse Seputeh pada hari Sabtu 6/5/2023. Hari untuk mak - mak berseronok sekejap gitu 😁.
Vivy Yusof bersama duckies semalam menyambut & meraikan ulang tahun yang ke - 9 dUCk. Cukup meriah. Meriah dari segi “free flow” makanan & minuman. Meriah dengan suasana di dalam glasshouse tu sendiri.
Dengan tema “ALL WHITE” dengan mengenakan square & shawl edisi 9th dUCk menambahkan lagi kemeriahan. Semua “duckies” sangat peramah walaupun baru sahaja kenal seminit yang lalu😁
Secara peribadi ini event pertama saya sertai. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan kawan - kawan baru di dalam komuniti yang baru. Acara paling utama adalah bergambar, makan, berborak & ambil gambar semula.
Bagaimana Aisyah K Sertai dUCk 9th Birthday?
![]() |
Me Selfie with Vivy Yusof |
Tarikh 5/5/2014 adalah tarikh hari lahir dUCk. Selamat Hari Lahir, Happy Anniversary dUCk! Tidak pernah terfikir pun dapat sertai event petang semalam. Bertuah rasanya menjadi anatra 500 orang pertama mendapat “The Golden Ticket”
Tengok pada kepingan tiket keemasan di bahagian “place” boleh pula tertera tulisan “Shh. It’s A Secret”. Memang lagi bertambah excited menunggu dimanakah tempat event tu.
2/5/2023 iaitu pada hari selasa malam tergerak hati untuk buka instagram sebelum mula online workout. Terus nampak IG theduckgroup tengah bersiaran langsung. Aisyah tengok sekejap sebelum workout bermula.
Seperti biasa kalau ada “IG LIVE” tu mesti ada pelancaran produk baru. Memang betul. dUCk lancarkan tudung squre & shawl edisi hari jadi yang ke - 9 tahun. Harga sehelai tudung tu anda sendiri boleh teka berapa. Bagi penggemar koleksi dUCk pasti sudah agak RM berapa 😁.
Pada malam itu di akhir acara “IG LIVE”, Anis & Erin yang merupakan pengacara pada malam itu mengumukan satu kejutan. Koleksi baru edisi 9 tahun belum lagi dijual diatas talian atau di dalam applikasi dUCk. Hanya boleh dibeli di dUCk store sahaja.
Muncul la ayat dan perkataan seperti “oh no!” “Why?” “Please open online”, “bila nak jual online” & “di Singapore punya store bila nak ade jual?” di ruangan komen.
Kedua - dua pengacara pandai mengambil hati semua duckies dalam “IG LIVE”. Mereka cadangkan untuk guna “personal shopper” (PS). Beli tudung & shopping beg edisi 9th dapatlah 1 “Golden Ticket” tu 😁. Shh 🤫 It’s A Secret!
Shh. It’s A Secret.
Tiket sudah dapat. Cuma tempat berlansungnya acara pada Sabtu 6/5/2023 masih dirahsiakan. Akan tetapi ada diberikan “hint” di sekitar “Klang Valley”. Hari event semakin hampir. Aisyah sudah rancang untuk pakai baju serba putih bersama bawal edisi 9 tahun. Senang.
Sementara hendak tahu dimanakah tempat acara sambutan 9 tahun dUCk akan berlansung, Aisyah buat “reservation” dahulu. Dari sehari ke sehari menunggu email dari dUCk, kejap buka kejap tutup email 😁.
Alhamdulillah malam 5/5/2023 jam 8 malam sudah dinaklumkan tempat. Dekat dari rumah. Bagi tahu suami awal - awal. Rancang pukul berapa hendak gerak dari rumah. Rancang juga dengan suami supaya Maryam & Khadeeja “tidak boleh ikut” 😅.
Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.
Hari yang dinantikan telah tiba. 6/5/2023. Jam 2 petang bertolak dari rumah. Walaupun dekat tetap kena keluar lebih awal.
Alhamdulillah sampai seawal pukul 2.30 petang di Glasshouse Seputeh. Suami “drop off” sahaja. Keluar dari kereta penuh dengan duckies berpakaian putih . Wow. Menakjubkan sungguh. Cantik. Berseri. Indah.
Terus daftar sahkan nama. Sebelum naik ke tingkat atas, Aisyah ambil beberapa video sedikit di bahagian bawah. Bahagian bawah pun sudah terhias cantik, di atas lagilah cantik. Bayangan dulu..belum sampai atas lagi😁
MasyaAllah, Subhanallah cantiknya hiasan. Pokok - pokok hijau yang sememangnya cantik dan indah dihiasi dengan kehadiran duckies berpakaian serba putih bersih. Sejak dari semalam (Sabtu), saya sudah rancang pakaian harian ke tempat kerja pilih baju warna putih sahaja. Senang!
Acara utama sepanjang acara sambutan hari lahir dUCk yang ke sembilan adalah ambil gambar, makan - makan, berborak & ambil gambar semula. Itu sahaja la aktiviti yang diulang - ulang. Selagi makanan masih ada, makan. Selagi masih ada artis - artis yang datang termasuk Vivy Yusof, bergambar sahajalah semua dukies😁.
Oh, ada acara pop kuiz. Ada permainan berkonsepkan “fun fair”. Ada hadiah setiap acara - acara itu. Cuma tiada rezeki nak bawa balik hadiah. Hadiahnya sudah pasti dari dUCk. Pelitup muka & peralatan masakan.
Jom Aisyah kongsikan gambar - gambar sepanjang acara petang Sabtu 6/5/2023.
Gambar bahagian pertama : Makanan 😁
![]() |
Minuman pertama : Smoothies nenas😋 |
![]() Coffee Starbucks untuk suamiku |
Cuaca sepanjang program pun sangat baik dari awal sehingga ke akhir. Jam 3 petang - 6 petang. Alhamdulillah. Paling menyeronokkan adalah makanan & minuman semua berkonsepkan “free flow”. Boleh tengok pada video diatas ini. Pelbagai pilihan yang enak - enak dan sudah pastinya sedap.
Sebelum ke Glasshouse, saya buat intermittent fasting 16jam. Bermula jam 10 malam 5/5/2023 sehingga pukul 2 petang 6/5/2023. Alhamdulillah kalau sudah biasa buat intermittent fasting sebelum ini, tidaklah berlaku makan apa sahaja dengan banyak. Tidak rasa lapar pun sebenarnya. Datang sebab hendak bergambar banyak - banyak 😅😁.
Sebelum menikmati makanan & minuman sepanjang event 9th dUCk birthday, Aisyah minum 1 sachet Cinch Tea Mix & telan 2 biji softgel RES-V. Sumber polifenol yang sangat membantu supaya saya tidak mengulang - ulang makan banyak kali 👍🏻
Gambar Bahagian Kedua : Vivy Yusof, Amyra Rosli, Izara Aishah & Duckies ❤️
![]() |
Amyra Rosli. Cantik ❤️ |
![]() |
Izara Aishah. Comel & Cantik ❤️ |
![]() |
Kawan & komuniti dUCk baru jugak ❤️ |
![]() |
Nina Salleh. Kawan Blogging Shaklee |
![]() |
Birthday cake. 9th dUCk |
Small steps and big leaps,
It’s been 9 years in the making.
This unity is for keeps,
Let’s keep climbing and quacking...
Love, D
Hubungi Aisyah K bagi menyertai Bisnes Shaklee terbaik Malaysia ini. Bersedia memberikan konsultasi bagi menjana pendapatan dengan Shaklee. InsyaAllah.
Wah baca sahaja dah rasa enjoy sangat, kalo pergi sana lagi la kan? hikhikhik. Happy for you dear
ReplyDelete