Skip to main content

Motivasi Bagi Ibu Menyusu : Breastfeeding Is More Than Just Milk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung baru dan setia blog Aisyah K.

Penat menyusukan anak? Sudah semestinya. Banyak tenaga yang digunakan. Boleh sampai terlelap tidur sambil menyusukan anak. Itulah pengalaman saya sendiri menyusukan dua orang puteri Maryam & Khadeeja sehingga umur mereka 2 tahun. Alhamdulillah. 

Usah berputus asa untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Ya betul. Cabaran tetap akan ada disepanjang perjalanan penyusuan anak. Paling utama para ibu sudah jelas matlamat dan suami sentiasa memberikan sokongan moral.

                              

Kadang Rasa Mudah Je Menyusu.

Kehidupan kita ini seperti roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Termasuklah penyusuan susu ibu.

Ya betul. Kadang tu rasa mudah je menyusu, tapi ada hari yang semua tidak kena, dari bawa kelengkapan mengepam tak cukup, susu yang sudah diperah tumpah (ini saya sendiri pernah alami, memang rasa nak menangis sebab terlelap sekejap mase mengepam susu, 5oz susu tumpah 😭), kena marah dengan boss dan lain - lain.

Di uji bukan bererti kita lemah. Mindset yang positif dan doa serta usaha akan membina hari yang lebih positif. InsyaAllah.

Sentiasa ingat apa faktor yang menyebabkan ibu lakukan semua ini.

Badai pasti hadir,
Namun ia juga pasti berlalu!

Jangan penat dalam meniti kesabaran.
Jangan lelah dalam mencari ilmu untuk anak.
Jangan berputus asa dalam setiap apa yang ibu lakukan.

Fokus pada progress bukan garisan penamat! Pasti akan ada hasil suatu hari nanti 😘

Breastfeeding Is More Than Just Milk!

Kadang - kadang penat datang bertandang,
Kadang - kadang keraguan mewarnai,
Kadang - kadang sibuk sehingga tidak cukup kaki dan tangan,
Kadang - kadang seolah - olah segenap pelusuk manusia tidak menyokong ibu menyusu.

Oh Tuhan,
Sungguh rasa ingin berhenti sahaja semua ini.

Tahukah ibu bahawa semua rasa diatas itu VALID?!

Namun bagaimana kita para ibu mendongak dagu untuk terus maju ke hadapan? 

Aisyah ingin mengajak para ibu untuk ingat kembali, hayati dan terus kekal dalam ingatan akan kata - kata motivasi dibawah ini. Moga ianya boleh menjadi kata - kata motivasi pada setiap kali rasa penat atau "down" itu datang bertandang.

Sungguh besar pengorbanan dan jasa ibu, sudah hamil, melahirkan, dan kini menyusui pula.

Mari kita cuba imbas kembali bersama, tahukah ibu bahawa proses penyusuan susu itu sebenarnya sedang membina ikatan yang tiada tandingannya.

Dari proses penyusuan itu sendiri,
Bayi ibu belajar mimik muka, emosi, rangsangan fizikal, dan bersosial. Sehingga ia menjadi proses pembentukan akhlak kepada si kecil kita semua.

Cuba bayangkan,
Bayi sedekat dada,
Melihat wajah ibu, semua mimik muka ibu,
Membina "eye contact" dengan ibu,
Mendengar setiap kalimah yang keluar dari mulut ibu,
Melihat semua tindak tanduk ibu,
Merasai emosi ibu,
Mendapat ransangan fizikal dengan kelainan rasa air susu ibu dari apa yang ibu makan.

Ya!
Penyusuan susu ibu adalah dasar dari segala - galanya.

Penyusuan Ibu Bukan Sekadar Nutrisi.

Setuju tak penyusuan susu ibu bukan sekadar nutrisi? Ianya adalah pemula kepada pendidikan awal bayi para ibu. 

Proses penyusuan itu sendiri sedang mencorakkan kain putih dan bersih. 

Ia melibatkan:
  • perkembangan fizikal
  • perkembangan emosi
  • perkembangan mental
  • perkembangan sosial
Kesemua 4 aspek ini berkait rapat dengan proses penyusuan susu ibu itu sendiri. MasyaAllah! 

1. Di saat memberikan susu ibu, sama ada ibu atau ayah, peluk anak tersebut dan lihat mata mereka. Elakkan dari menggunakan telefon, menonton televisi atau cepat-cepat nak selesaikan proses memberi botol itu. Ketika memberi susu, tatap mata dan bercakap. Ibu boleh cerita apa yang ibu makan hari pagi tadi, maka susu yang si bayi minum pun turut mendapat rasa itu. Peluk mereka dengan penuh ehsan dan kasih sayang. Kalau 20 minit maka berikan sepenuh 20 minit itu untuk bayi itu ketika memberikan susu. Proses ini bukan sahaja membuat bayi belajar untuk berasa "selamat" dan membina keyakinan diri mereka kelak, mereka juga mula mendengar perkataan yang ibu bersembang tadi. Inilah bibit bibit awal untuk bayi mendapat kosa kata kelak apabila mereka mula bercakap. 2. Ketika memegang bayi di saat pemberian susu ibu, izinkan anak memegang muka ibu, bermain dengan hidung, mulut atau menggenggam jari ibu. Proses ini meliputi ke 4 aspek perkembangan yang saya nyatakan di atas. Lengkap!

Harapan Setiap Ibu.


Harapan setiap ibu adalah berjaya melalui tempoh penyusuan bersama anak yang dikasihi. Dengan apa yang sedang berlaku, pastinya kita masih yang terbaik buat si manja.

Kejayaan menyusu tidak berpaksi kepada ibu dan anak sahaja, tetapi ia lebih kepada ikatan bonding dan rasa cinta.

"Ya Allah, permudahkan segala urusan kehidupanku, banyakkan susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang Engkau syariatkan"

Semoga doa ini dititipkan dengan pengharapan dan hasilkan sebuah kejayaan. Saya doakan semua ibu yang hebat yang sedang membaca entri saya ini mendapat sesuatu dari kata - kata motivasi, dipermudahkan segala urusan, di angkat darjat dan dihadiahkan dengan ganjaran syurga Firdaus 💜

Sedikit Coretan Menyusukan Maryam & Khadeeja.


Perjalanan penyusuan susu ibu untuk dua orang puteri saya, Maryam & Khadeeja sangalah banyak cerita "jatuh & bangun". Ketika Maryam lahir pada tahun 2018, dan sebagai "a first time mom" ketika itu saya tidak didedahkan dengan ilmu tentang penyusuan susu ibu, walaupun mak sentiasa memberikan kata - kata motivasi.

Alhamdulillah Maryam dapat menikmatinya sehingga 1 tahun 4 bulan.

Bezanya ketika Khadeeja lahir pada tahun 2020, saya didedahkan dengan ilmu penyusuan. Saya cari dan terus mencari ilmu, bertanya pengalaman kawan - kawan sekerja yang mengepam susu di pejabat.

Alhamdulillah Khadeeja dapat menikmati susu badanku sehingga usia 2 tahun 2 bulan walau pelbagai banyak cabaran yang dihadapi (susu perahan tumpah banyak kali 😭), bila jelas matlamat penyusuan ini, saya tetap terus kekal bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat puteri - puteriku ini.

Ibu Adalah Srikandi Di Lapangan Masing-Masing.

Yang EP (ekskluisf pumping) mom, cara EP mom,
Yang suri rumah, ada cabarannya sendiri
Yang bekerjaya tak kalah juga dengan cabaran yang tiada penghujung.

Ingatlah,kita semua sama, yang membezakan cuma cara kita menanggapi setiap cabaran yang hadir dan melantun kembali.

"Breastfeeding is not ALL or NOTHING".
"Breastfeeding is  more than just milk!"

Motivasi untuk semua ibu.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ 

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari semi...

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...