Skip to main content

Siapa Yang Perlukan Multivitamin Shaklee Berwajah Baru?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung baru dan setia blog Aisyah K.

Sudah masuk bulan baru. Jun 2023. Ada barang yang akan berwajah baru. Nak tahu apa yang akan berwajah baru? Baca sehingga habis entri blog saya ini. 

Ramai yang memerlukan multivitamin Shaklee yang berwajah baru ini. Ya anda yang sedang membaca entri ini adalah salah seorang yang perlukan multivitamin shaklee ini. Siapa lagi yang memerlukan multivitamin ini selain dari anda? Mari saya kongsikan.

Sebelum itu, sedikit pengenalan tentang multivitamin shaklee yang berwajah baru ini. Pada tahun 1915, Dr Forrest C.Shaklee telah mencipta multivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi multivitamin yang berwajah baru ini.

Tagline bagi multivitamin shaklee berwajah baru ini adalah "Nutrisi Penting untuk Kesihatan Optimum". 

Adakah multivitamin shaklee ini hanya berwajah baru atau terdapat formulasi yang baru? Sudah tentu ada formulasi yang baru. Nama multivitamin shaklee ini juga ada pembaharuan sedikit. 

Apa yang perlu diambil dalam sehari bagi memastikan tubuh badan mendapat mikronutrien yang mencukupi? Soalan kedua, mampukah anda ambil semua ini dalam sehari?

  • Zat Besi - 1 cawan kubis Brussels
  • Vitamin C - 2 biji oren saiz sederhana
  • Vitamin D - 5 cawan susu difortifikasi
  • Viatamin E - 31 biji kacang badam dipanggang
  • Vitamin A - 10 cawan brokoli
  • Tiamin - 2 cawan bijirin difortifikasi
  • Biotin - 3 biji telur
  • Kromium - 200 gelas anggur
  • Magnesium - 1.5 hidangan kekacang campuran
  • Asid Pantotenik - 17 cawan cendawan
Saya sendiri baca pun rasa tidak mampu untuk pastikan saya ambil semua diatas ini dalam masa sehari & setiap hari. Usah risau. Multivitamin Shaklee berwajah baru ini memudahkan anda semua untuk dapatkan bekalan nutrisi/mikronutrien yang mencukupi setiap hari.

Siapa Yang Memerlukan Mulvitamin Berwajah Baru Ini?

  • Ibu hamil & menyusu
  • Dewasa - diet tidak seimbang
  • Dewasa - aktif
  • Dewasa - sibuk
  • Dewasa - tertekan
  • Dewasa - kurang berat badan
Anda tergolong di dalam senarai diatas ini? Saya pasti salah satunya adalah anda dan saya juga tidak terlepas. 

Saya pernah hamil & menyusukan 2 orang puteri, Maryam & Khadeeja pada tahun 2018 sehingga 2022. Bacaan HB sentiasa normal sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan 10 hari. Penat lesu semasa berpantang & menyusu sudah pasti. Saya atasi dengan ambil multivitamin shaklee ini.

Saya juga seorang ibu yang bekerjaya. Setiap hari berulang - alik dari Kelana Jaya ke pejabat saya di Klang. Rasa penat itu pasti. Balik dari kerja, Maryam & Khadeeaj ajak bermain. Saya layankan permintaan puteri - puteriku. Alhamdulillah masih bertenaga untuk main "hide & seek" 😁

Saya juga seorang yang aktif bersenam bersama dengan geng fit& fab ladies. Dua kali dalam seminggu saya akan melakukan workout. Rabu malam & pagi ahad. Setiap sesi mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit. Sangat bertenaga. Mood semakin bertambah baik.
 
Mana wajah baru multivitamin Shaklee tu? Saya akan kongsikan sebentar lagi. Sebelum itu saya mahu kongsikan apa antara contoh kesannya jika anda kekurangan mikronutrien?

Contoh kesannya jika anda kekurangan mikronutrien
  • Jari kebas & denyutan jantung tidak normal : disebabkan kekurangan kalsium
  • Masalah tulang & perubahan mood : disebabkan kekurangan vitamin D
  • Lesu, sesak nafas, sejuk pada tangan dan kaki & kuku rapuh : disebabkan kekurangan zat besi
  • Risiko kecacatan kehamilan, cirit birit & sakit perut : disebabkan kekurangan folat.
Ok jom lihat wajah baru multivitamin shaklee ini.

Nama baru multivitamin shaklee ini adalah Vita - Lize. Sebelum ini dikenali sebagai Vita-Lea Iron Plus. Dahulu tertera dibotol multivitamin ini 28 essential nutrients. Sekarang ini tertera 25 essential nutrients. Apalagi formulasi yang baru di dalam multivitamin shaklee yang baru ini? Jom lihat dibawah ini.

Perkara penting yang mahu saya fokuskan disini berkenaan multivitamin shaklee berwajah baru ini adalah :
  • Setiap hidangan membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting
  • 2 tablet Vita - Lize membekalkan 600 mcg asid folik dan vitamin B
  • Sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik.
Inilah kelebihan multivitamin shaklee berwajah baru ini. Paling berkesan bagi saya semasa ambil ketika 9 bulan mengandung. Penyerapan asid folik itu yang penting. Mengurangkan risiko kecacatan kepada janin.

Kebaikan Mengambil Multivitamin Shaklee Berwajah Baru.

2 tablet multivitamin shaklee ini diambil setiap hari selepas makan, maka ini kebaikan yang anda akan dapat rasai:
  • mengisi jurang nutrisi
  • meningkatkan tahap tenaga
  • menambah baik mood
  • mengurangkan tekanan dan kebimbangan
Cuba amalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan dapat rasai kebaikan dari multivitamin shaklee berwajah baru ini. Sejak tahun 2015 saya sudah ambil multivitamin shaklee ini & saya mahu terus dapatkan kebaikannya bersama - sama dengan anda.

Promosi Jun 2023 & Multivitamin Shaklee Berwajah Baru.


Ya. Itulah rupa botol baru Vita - Lize bersama dengan pakej baru Vivix & Res-V. Bulan Jun 2023 ini Shaklee buat pertama kalinya menawarkan easy plan, bayaran secara ansuran selama 6 bulan. Jika anda pengguna kredit kad Maybank, inilah peluang untuk anda nikmati kelebihan & manfaat dari polifenol.

Serendah RM130.95 anda sudah boleh miliki pakej istimewa  berwarna merah menyala ini. Ada 5% diskaun juga untuk anda sepanjang bulan Jun 2023.

Dapatkan promosi Jun 2023 ini. Pelbagai kombo promosi bersama dengan vivix & res-v ini. Multivitamin shaklee berwajah baru ini juga bakal menemui anda bulan Jun 2023 ini juga, bila tarikhnya? Tunggu pengumuman dalam masa terdekat ini.

Hubungi Aisyah K untuk dapatkan multivitamin shaklee ini & cara pengambilan yang berkesan terutamanya bagi ibu hamil yang mahukan bacaan HB yang cantik & sihat.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari semi...

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...