Skip to main content

Terbaru! Set Mengandung Shaklee Untuk Wanita Mengandung.

Selamat Datang Bakal Ibu!

Langkah pertama ke arah kehamilan yang sihat ialah memilih nutrisi untuk anda dan bayi anda. Inilah perkara pertama yang perlu diambilkira bagi semua wanita mengandung.  

Kehamilan merupakan antara fasa kehidupan wanita dimana ia memerlukan nutrisi yang sangat tinggi. Nutrisi yang lengkap untuk wanita mengandung dan bayi boleh didapati melalui pemakanan yang sihat dan juga supplemen mengandung shaklee. 

Mengapa perlu set mengandung shaklee? Set mengandung shaklee membantu mengisi jurang nutrisi yang mungkin berlaku pada si ibu supaya dapat membina asas kesihatan yang kukuh untuk bayi yang sihat. 

Pengalaman ketika mengandung Maryam dan Khadeeja dengan set mengandung shaklee ini sangat membantu dari segi kesihatan dan tumbesaran anak - anak sepanjang berada di dalam rahim sehinggalah melahirkan dan menyusukan mereka selama 2 tahun lebih.
Kelainan set mengandung shaklee kali ini adalah di datangkan bersama dengan produk dari Tanamera iaitu Embun yang dibuat khas dan khusus untuk shaklee sahaja. 

Tiada produk embun ini di mana - mana pasaran Tanamera. Ekslusif sungguh untuk Shaklee!

Saya akan kongsikan produk Embun dari Tanamera X Shaklee sebentar lagi. Tapi sebelum itu mari sama - sama kita ketahui apa nutrien asas untuk kehamilan yang sihat.
6 Nutrisi Asas Untuk Kehamilan Yang Sihat.
Keperluan nutrisi bagi wanita mengandung adalah lebih tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi yang pesat serta meningkatkan simpanan nutrisi bagi wanita mengandung.

#1. Protein Soya.
Ambil lebih banyak protein untuk:
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga dimana janin atau bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat.
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan. Penat ketika mengandung itu adalah normal. Tapi jangan sampai ia mengganggu rutin harian wanita mengandung.
  • Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi wanita semasa mengandung.
#2. Kalsium.
Keperluan untuk mengambil kalsium akan meningkat bagi wanita mengandung sekurang - kurangnya tiga hidangan sehari untuk:
  • Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.
  • Otot yang sihar dan mengurangkan risiko kekejangan otot.
  • Melindungi daripada kehilangan ketumpatan tulang semasa kehamilan dan penyusuan.

#3. Multivitamin & Zat Besi.  
Merupakan vitamin perlu dan mineral yang sangat penting bagi wanita mengandung yang membantu untuk:
  • Mengisi jurang nutrisi wanita mengandung.
  • Memastikan kesihatan ibu pada tahap yang optimum. 
  • Mencegah anemia semasa kehamilan dalam kalangan wanita mengandung.
  • Membantu dan penting dalam penghasilan sel darah merah pada janin.
  • Membekalkan oksigen kepada janin.
#4. Vitamin B.
Vitamin B lengkap seperti B12,folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dengan:
  • Mengurangkan risiko kecatatan kelahiran pada otak dan tulang belakang janin (kecatatan tiub saraf)
  • Mengurangkan risiko anemia.
  • Meredakan mabuk hamil. Yang ini sangat best sepanjang hamil Maryam dan Khadeeja mabuk tidak rasa keterlaluan sangat. Masih boleh dikawal walaupun ada muntah - muntah sikit.
  • Mencegah keguguran pada peringkat awal kehamilan.
Selain 4 nutrien yang utama ini, ada lagi 2 tambahan suplemen yang sangat diperlukan juga bagi wanita mengandung.

#5. Asid Lemak Omega - 3.
Asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk perkara berikut:
  • Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi.
  • Mencegah keradangan
  • Menyokong kesihatan otak wanita mengandung.
#6. Vitamin C.

Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin ini juga sangat penting bagi wanita mengandung untuk:

  • Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.
  • Menyokong penyerapan zat besi.
  • Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.
Yang paling dinantikan sudah tiba! 
Pertama kalinya Set Mengandung Shaklee kali ini didatangkan bersama dengan produk dari Tanamera, iaitu Embun. Dua (2) produk tersebut adalah:
Penjagaan dalaman dan luaran bagi wanita mengandung. Sangat bertuah wanita mengandung memilih set mengandung shaklee yang terbaru ini. Memberikan keselesaan sepanjang 9 bulan 10 hari mengandung.
Harga set mengandung shaklee untuk wanita mengandung ini hanya RM 410.00 untuk ahli. Penghantaran terus ke rumah anda secara PERCUMA! Produk embun yang diformulasikan oleh Tanamera hanya terdapat di Shaklee sahaja.

Dapatkan hari ini! 

Hubungi Aisyah K untuk dapatkan Set Mengandung Shaklee yang sangat sesuai untuk wanita mengandung & ketahui cara pengambilan yang berkesan terutamanya bagi wanita yang sedang hamil anak pertama, kedua, ketiga mahupun yang kelapan. Semuanya adalah pengalaman yang baru dan berlainan.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...

Set Puasa Shaklee Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung & pembaca setia blog Aisyah K. Lebih kurang 30 hari +- kita akan menyambut bulan Ramadan. Terasa pantas betul masa berlalu. Rasa baru jpuasa masa mengandung & menyusukan Khadeeja 2 tahun lepas.  Dalam entri blog Aisyah K kali ini, saya nak berkongsi tentang masalah yang sering dialami oleh ibu hamil yang berpuasa di bulan Ramadan.  Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Usah risau, ibu yang sedang hamil boleh berpuasa dengan tenang & kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di sepanjang di bulan Ramadan.  BERPUASA KETIKA HAMIL Sebelum itu, perlu diingatkan ibu hamil telah diberikan kelonggaran dalam agama untuk tidak berpuasa jika khuatir boleh menjejaskan tahap kesihatan diri & anak di dalam kandungan.  Jika ibu hamil yang telah mendapatkan nasihat & pandangan daripada doktor yang membenarkan untuk berpuasa, boleh la teruskan dengan yakin. Tapi pasti di sepanjang berpuasa tu nanti, akan ...

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...